Selepas enam lima masih dicari
merdeka, di mana. Setelah diberikan
dari tangan ke tangan masih tak betah,
Kedengaran tempikan yang serupa, diulang-ulang,
namanya, merdeka. Bukan lagi jati, kini
menjadi nenek semakin renta.
Kecuali kudrat-Nya sudah tidak mampu dibilang
bahkan tidak mampu lagi berlari-lari hingga
ke garisan.
Merdeka tak mati-mati membilang usia
mencari merdeka di mana, di poket penguasa
ketawa sia-sia, galak mengira.
Merdeka pergi lagi dan datang.
Akademi Rupha
30-8-2022
Tiada ulasan:
Catat Ulasan