Apakah sasterawan itu cukup hanya kepada bilangan karya yang dikatakan mewah dengan idea. Padahal dia tidak lahir secara sendiri. Sastera juga tidak muncul sendiri. Ada mekanismenya.
Namun hari itu telah dinobatkan lahir seorang sasterawan di negeri kami. Banyak mata melotot membilas hari-hari kehadirannya. Berlambak buku yang kurang dibaca. Karya besar setelah dimenangkan. Karya picisan jadi teks setelah politik harum di bilik pemilihan.
Siapa berani memintanya mengurus sastera yang kacau apabila tampil igauan paradigma dan metodologi pelbagai. Siapa inginkan ia meneroka gerakan sastera tanah air yang ia hadir semata-mata latar diambil, fikiran diambil, busana dan sejarah diambil. Meminjam pentas.
Tiba-tiba pada sidang yang kurang bernafsu itu membuka balang kaca bukan permata yang berlari, berjuang serta mempertahankan milik leluhurnya. Jika bersorok di bilik kreatif dan mengatakan membina yang muda itu pun dijulang sangat berwibawa.
Inilah naratif yang telah dilipat sejarah buat generasi yang tidak mengenali antara sosok cinta dengan menjati dalam darah dan raga jiwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan