oleh Mohd Azrone Sarabain
Sekitar Oktober
2020, Pustaka Iqbal Nazim yang terletak dalam 'gugusan'
RupHA dipilih antara lima penerima hadiah Pertandingan Sudut
Bacaan di Rumah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah.
Kutubkhanah mula
dibuka pada 10 April 2013 diurus pasangan suami isteri penerima Hadiah
Sastera Perdana Malaysia (HSPM) masing-masing pada tahun penilaian 2017/2018
dan 2015/2016, iaitu Sukor Usin atau lebih dikenali Hasyuda Abadi dan Sahara
Jais.
Ketika ini,
perpustakaan itu menyimpan lebih 7,000 judul buku yang tertua
Gema Tanah Air - Prosa dan Puisi diterbitkan pada 1952.
Buku
kesayangan Penerima Hadiah Sastera Malaysia (HSM) 1985 itu adalah Hang
Tuah terbitan Dewan Bahasa dan Pustakan (DBP) pada 1962.
Buku terbaharu antaranya Sihir
Cinta, Juri Durabi DBP 2022; 100 Selected Poems, William Wordsworth,
2020; Berteduh daripada Kegelisahan Hati, Pahrol Mohamad Juoi, Iman
Publication, 2022; Jambangan Puosi jentikan Nurani, Dr Maza, DBP, 2022;
dan Tukang Puisi, Bijirin Bintang Malam, Katapillar, 2021.
Koleksi buku
penulis yang aktif dalam bidang penulisan melalui Kelab Penggiat Komuniti
Buku Negeri Sabah (KEBUKU) meliputi Karya Am, Falsafah, Agama, Sains Sosial,
Bahasa, Sains, Teknologi, Kesenian, Kesusasteraan, keratan akhbar,
Geografi dan Sejarah.
Lokasi pustaka itu berhampiran dua univesiti awam, iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah, selain Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent pastinya memanfaatkan siswa siswi serta serta siswa guru institusi pendidikan terbabit.
Pada Disember 2015, perpustakaan itu menerima kunjungan siswa dan siswi UMS.Dari Lumadan ke
Gudon. Penulis buku Balada Paduka Mat Salleh terbitan DBP pada 1989 dilahirkan
di Kampung Lumadan, Beaufort pada 1960 dan kini menetap di Kampung Gudon.
Carian dalam media
sosial (Facebook Hasyuda Abadi) menemukan penulis dengan wawancara Hasyuda Abadi (HA) bersama rakan wartawan, Abd Naddin yang disiarkan
Utusan Borneo (UB) pada Oktober 2020.
UB:
Bagaimana mula tertarik buat perpustakaan?
HA:
Sebenarnya sejak bersekolah lagi. Saya terlibat sebagai
pustakawan. Kebetulan saya memang gemar pada buku. Atuk saya banyak kitab dalam
tulisan jawi. Ada sebuah, saya sempat bawa ke pustaka saya iaitu Syair Dandan
Setia.
Setelah bekerja
saya rajin membeli buku namun banyak yang musnah kerana terkena hujan dan
sebagainya akibat berpindah randah semasa hidup bujang dulu. Namun setelah
berkahwin saya mula menyimpan dengan sebaiknya.
Koleksi buku makin meriah setelah bergabung dengan koleksi buku milik isteri, kebetulan kami mempunyai minat sama yakni membeli dan mengumpul buku. Pendek kata menjadi bibliofil mengesahkan wujudnya pustaka ini.
Sehinggalah pada
tahun-tahun kebelakangan ini apabila membina rumah di Kampung Gudon,
saya fikir perlu disediakan bilik atau ruang bacaan. Inspirasi sebuah
perpustakaan juga terilham daripada mentor-mentor saya seperti Allahyarham
Datuk Haji Shuhaibun Yussuf dan Datuk Haji Hussain Qasau.
Ini ditambahi lagi
apabila saya menyertai lawatan ke Sumatera dan Jakarta terutama di Rumah Puisi
Taufik Ismail di Aie Angek Padang Panjang dan Fadli Zon Library.
Pustaka Iqbal Nazim terletak di Rumah Puisi Hasyuda Abadi (RupHA),
Kampung Gudon, Menggatal.
Maka terjadilah sebuah koleksi buku bermula di sebuah sudut kecil yang saya ubah suai selepas bersara dari perkhidmatan kerajaan, malah kini diperluaskan lagi apabila menempatkan buku-buku yang semakin bertambah (kira-kira 6,000 judul ketika itu) di ruang tamu rumah.
Pustaka Iqbal Nazim menerima kunjungan siswa dan siswi |
Rumah saya lebih dikenali sebagai Rumah Puisi Hasyuda Abadi (RupHA) kini menjadi sebutan untuk dikunjungi terutama dalam kalangan kawan-kawan penulis, pelajar universiti awam dan sukarelawan.
Ada yang bertanya
kenapa 'Iqbal Nazim'? Sejarahnya ada. Akan diceritakan kemudian, isteri saya
berpesan biarlah rahsia dulu.
Begitu buku .menjadi bahagian utama di rumah kami yang amat sederhana itu, saya beri nama Rumah Puisi Hasyuda Abadi dengan hasrat yang besar agar rumah ini menjadi pusat sumber kepada anak-anak saya dan masyarakat kampung serta rakan-rakan yang ingin membuat rujukan.
Mudah-mudahan usaha
ini memberi ruang yang terbaik buat ummah mendalami ilmu dan menjabarkan ilmu
kepada yang memerlukan.
UB: Terima kasih
kerana sudi meluangkan masa untuk diwawancara. Semoga kutubkhanah ini setanding
dengan Rumah Puisi Taufik Ismail pada masa depan.
Reaksi
"Kutubkhanah Pustaka Iqbal Nazim bagaikan satu benua dan ia pernah berikan saya ilham lalu menulis cerpen kononnya semasa saya masuk satu sudut perpustakaan, saya terjerumus di satu lohong dan jatuh pada Abad ke-30 ketika semua buku dikumpul untuk dijadikan arang".- Penulis, Yatim Ahmad.
“Singgah di RupHA
sebenarnya menerbitkan perasaan kurang tenteram apatah lagi jika waktunya
singkat. Melihat begitu banyak buku tetapi tak sempat membacanya. Seketika aku
ingin saja menjadi halimunan, bersembunyi dalam hutan, ilmu pengetahuan”.-
Wartawan, Abd Naddin Shaiddin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan