"Menulis puisi bermakna menulis fikiran. Secara semula jadi memang beginilah dan tanpa disedari. Berkreatif bermula ketika idea-idea muncul di jendela fikir. Idea-idea mengugah fikiran, menyalin aktiviti berfikir dalam bentuk yang boleh difahami iaitu melalui kata-kata. Kata-kata terpilih digubah menjadi bentuk dan gaya bahasa menjatikan lagi sesebuah ciptaan. Semakin padat semakin segar.Sebagai penulis, saya sedar hal sedemikian namun tidak tahu ‘nasib’ puisi-puisi yang dihasilkan. Saya berusaha menyambut sudut pandang Almarhum T. Alias Taib untuk memikat pembaca tiada lain dengan menghasilkan puisi yang baik dan mengandungi nilai keindahan. Tidak memadai dengan itu - keindahan sesebuah puisi juga bergantung kepada bentuk, isi dan kejujuran.
Sejujurnya, saya sesekali memaksakan sesebuah idea dikembangkan. Idea semula jadi adalah benar, bagaimanapun menyiapkannya memerlukan tindakan yang bersungguh-sungguh dan berani. Seboleh yakin melahirkan kalimat-kalimat baharu, bernas dan indah. Ini memerlukan keberanian. Bagaimana melakukannya sudah tentu dengan keazaman - rajin berkarya, rajin berfikir, rajin berinteraksi dan rajin membaca. Saya yakin puisi tidak dapat diajar tetapi boleh dipelajari. Ada pendekatan sainsnya. Maknanya menghasilkan karya kreatif genre ini tiada jalan singkat.
Karya yang akan dibentangkan kepada khalayak seharusnya sebuah hasil yang terbaik untuk pertembungan karya-kara lain secara terbuka. Bukanlah yang teramat baik, kerana tiada yang teramat terbaik berbanding dengan ciptaan Ilahi. Namun, sebagai sebuah karya kreatif, terlalu banyak yang boleh dibentuk mengikut acuan idea, fikiran atau tema-tema yang dikehendaki melalui cara dinamik yang tersendiri. Bagaimana sosok berbaju fikir meruapkan pengalaman-pengalaman zahir dan batin itu dipertemukan.
Jika mendasari cadangan sains dalam menulis puisi, saya bersetuju kita boleh melihat semula, atau merasai kembali suka duka menghasilkan puisi. Namun jika itu semata-mata kepuasan, kita tidak akan menemukannya secara total. Sesungguhnya menulis puisi hanya separuh daripada perjalanan menikmati rahsia kehidupan, tetapi saya bercita-cita agar karya-karya itu melekat dalam fikiran pembaca atau bisa mengubah kehidupan seseorang. Saya inginkan takdir yang terbaik selain diterima pembaca, iaitu dinobatkan sebagai karya yang digemari sepanjang zaman. Seperti adanya sejumlah kecil karya daripada kumpulan puisi ini, agar menjadi perbualan batin terhadap sesuatu yang lain dalam kehidupan dibancuh selumatnya menjadi pradigma keindahan tersendiri. Suatu hutan kehidupan yang rencam, ‘hutan ayah’ yang mengajarkan sejumlah perjalanan. Bukankah menikmati merupakan hal ghaib yang sukar dibicarakan dalam bentuk kata-kata? Saya berharap pertanyaan ini dapat dijawab setelah menghadam puisi-puisi di sini.
“semakin memaknai perjuangan
hutan terus menggelorai
setiap detak rahsia fikir.”
2017
2022
A.Halim Ali
Adat
Agama
Aktiviti HA
Aktiviti IPS
Al-Quran
Amil Jaya
Analisis
Andekdot
Anekdot
Anugerah
Anugerah Pena Kinabalu
Anugerah Sasterawan Negeri Sabah
Apresiasi
Artikel
Artikel Sastera
ASN
Azlinah
Azrone
BAHASA
Bahasa Melayu
Baitul Muqaddam
Baju Hasyuda Abadi
Bakhtin
Bayaran
BBK
Berita Harian Online
Bicara Karya
Biodata
Biodata Ringkas
Budaya
Bukit Selembau
Buku
Buku Puisi
Catatan Perjalanan
Cerpen
Datuk Hj Suhaibun Yussuf
DBP Malaysia
DBP Sabah
Deklamasi Puisi
Desigining
Dewan Masyarakat
Dewan Sastera
Dialogisme
Dr Mahathir
dunia sastera
Ekokritik
Esei
Fatwa Sastera Islami
Fauziah Moksin
Filem
Fitri
Foto
Frost
Futuristik
Gapena
H1 N1
Hadiah Sastera
Hadiah Sastera Sabah
Hadijah
Haji
Hamka
Hari Kebangsaan
Hasyuda Abadi
Hedonis
hiper
Hirah
HSPM
Hutan Ayah
Hutan Ayah (Cover)
Hutan Ayahm IPS
Idea
Intertekstualiti
IPS
Istiqomah
Izzuddin Fitri
Jakim
Janatan Kandok
Jasni Matlani
Jheains
Juara Rakyat
Julia Kristeva
Katapilar
Keberhasilan
Keberhasilan Tertinggi Hasyuda Abadi
Kelahiran Sekuntum Cermin
Keluargaku
Kemali di Lahad Rahsia
Kematangan
Kembali di Lahad Rahsia
Kembara Kalimantan
Kepaduan
Keratan akhbar Sabah
Kesenian Islam
Kesusasteraan Borneo
Klise
Komposisi
Kritikan
Maal Hijrah
Madani
Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara
Majalah
Makalah
Makkah
Malaysia Madani
MAPENA KINABALU
MASTERA
Maulidurrasul
Melawan
Melawan Kebiasaan
Memuji
Merdeka
Muizz
Musim Perubahan di Negeri Kami
Muzalifah
Nadwah Sastera Islam
Narudin
Nasyid
Norawi Hj Kata
Numera
Nusantara
Panduan Menulis Puisi
Pantun
Paradox
Patriotisme
Penulis Sabah
Penyair
Penyair Islam
Percakapan Tentang Tema
Persidangan Persuratan Kebangsaan
Perspektif
Pilihan raya
plagiarisme
politik
Potugis
PPSB
PPSMI
Psikologi
Puisi
Puisi Amil Jaya
Puisi Esei
Puisi Islami
Puisi Ramadan
Pustaka Iqbal Nazim
Rabbani
Raja Lawak
Rencana
Riadah Seni
Rumah Puisi Hasyuda Abadi
RupHA
RupHAm
Sabah
Sabah Maju Jaya
Salam buat Kekasih
Sastera
Sastera Islam
Sastera Kanak-kanak
Sastera Nusantara
Sastera Sabah
SASTERAWAN
Sasterawan Negara
Sasterawan Negeri Sabah ke-3
Sasterawan Sabah
Sayembara
SEA Write Award
Seberkas Idea Tentang Pohon
Sepanggar
Sepasang Sayap Jelita
Sesekali Menoleh Ke Belakang
SMJ
Suara yang Terbuka
Suntik
Surat
Surat Khabar
Susatera
Tadabur
Teater
Terjemahan
Titik di kalbu nazim
Tots
Ucapan
Ulasan Cerpen
Ulasan Sayembara Peraduan Menulis Cerpen Sempena Hari Malaysia 2020
utube
Utusan Borneo
Wacana Sasterawan
Wasatiyyah
Wawancara
Zubaidi
Zubir Ali
Isnin, Julai 24, 2023
Penyertaan Peraduan Hadiah Puisi T.Alias Taib melahirkan buku puisi 'Hutan Ayah'
Ini sekadar bukti kehadiranku sebagai peserta peraduan penulisan bagi Hadiah Puisi T.Alias Taib anjuran Kata-Pilar Books dan Tukang Puisi. Saya bernasib baik juga kerana daripada ratusan manuskrip puisi yang diterima, karya saya tersenarai antara 29 kumpulan puisi. Walaupun tidak tersenarai sebagai 5 terbaik, saya bersyukur; pertama menyertai peraduan berprestij ini dan keduanya berjaya menghasilkan sebuah manuskrip. Kumpulan puisi ini saya judulkan 'Hutan Ayah'. Memang azam saya hujung daripada peraduan Hadiah Puisi T.Alias Taib ini saya akan terbitkan sendiri. Alhamdulillah melalui inisitif penerbitan Ikatan Penulis Sabah telah mengambul usaha merealisasikan 'Hutan Ayah' menjadi sebuah buku yang dicetak.
Ikuti catatan kecil saya pada buku ini:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan