Label

2017 2022 A.Halim Ali Adat Agama Aktiviti HA Aktiviti IPS Al-Quran Alur Amil Jaya Ammi Manja Analisis Analisis Puisi Andekdot Anekdot Anugerah Anugerah Pena Kinabalu Anugerah Sasterawan Negeri Sabah Apresiasi Apresiasi Sastera Ariffin Artikel Artikel Sastera Artistik ASAS ASIS2 2024 ASN Azlinah Azrone Baca Puisi Bagandang BAHASA Bahasa Melayu Bait-bait Baitul Muqaddam Baju Baju Hasyuda Abadi Bakhtin Basirah Bayaran BBK Bengkel Puisi Berimpak Tinggi Berita Harian Online Bernama Bicara Karya Biodata Biodata Ringkas Biodata Ringkas2 Budaya Bukit Selembau Buku Buku Puisi Burung Burung-burung Demokrasi Catatan Perjalanan Cerpen Dajal Data Hasyuda Abadi Datuk Hj Suhaibun Yussuf DBP Malaysia DBP Sabah Deklamasi Puisi Demokrasi Desigining Dewan Masyarakat Dewan Sastera di Samudera Dialog Teluk 11 Dialogisme Diam diLembukan Dr Mahathir dunia sastera Ekokritik Emin Madi Esei Esei Sastera Fatwa Sastera Islami Fauziah Moksin Filem Fitri Foto Frost Futuristik gagasan Galeria Visual Hasyud Abadi Gapena Gizi H1 N1 HA Arts Hadiah Puisi K.Bali Hadiah Sastera Hadiah Sastera Sabah Hadijah Haji Hamka Hari Kebangsaan Hari Sastera Hasyuda Abadi Hedonis hiper Hirah HSPM Hujan Hutan Ayah Hutan Ayah (Cover) Hutan Ayahm IPS Idea Ikatan Penulis Sabah Ilustrasi intelek Intertekstualiti IPS Istiqomah Izzuddin Fitri Jakim Jamdin Buyong Janatan Kandok Jasni Matlani Jheains Juara Rakyat Julia Kristeva K.Bali Kata Kata-kata Katapilar Keberhasilan Keberhasilan Tertinggi Hasyuda Abadi Kekuasaan Kelahiran Sekuntum Cermin Keluargaku Kemali di Lahad Rahsia Kematangan Kembali di Lahad Rahsia Kembara Kalimantan Kepaduan Keratan akhbar Sabah Kesenian Islam Kesusasteraan Borneo Ketua Satu IPS Khilaf Klise Komposisi Kota Kota Kinabalu Kota Literasi Dunia Kota Sastera Kritikan Lagu IPS Larut Lirik Lagu Penulis Sabah Literasi Lukisan Maal Hijrah Madani Mahathir Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Majalah Makalah Makkah Maktab Sabah Malam Hari Tiga Malaysia Madani MAPENA KINABALU Masa lalu MASTERA Maulidurrasul MBSS Melawan Melawan Kebiasaan Membakut Memilih Memuji Menikahi Merdeka MHT Miri Montaj Motto IPA Muhasabah Muizz Musim Perubahan di Negeri Kami Muzalifah Nadwah Sastera Islam Nadwah Serantau Persuratan Islam Naratif Kesempatan Narudin Nasyid Norawi Hj Kata Numera Nur Nusantara Orang Jaga Panduan Menulis Puisi Panji Pratama Pantun Paradox Patriotisme Pelancaran Buku DBP Pemikiran Hasyuda Abadi Pena PENA. Hasyuda Pencalonan ASNS3 Pengarang Pengolah Pengurusan Sastera Penulis Penulis Kreatif Penulis Sabah Penyair Penyair Islam Percakapan Tentang Tema Perpaduan Persidangan Persuratan Kebangsaan Perspektif Persuratan Islami Pilihan raya Pingat Penulis Sabah plagiarisme Pokok politik Politikj Potugis PPS PPSB PPSMI Profesional Proper Psikologi Puisi Puisi Adalah Puisi Adalah... Fenomena Puisi Amil Jaya Puisi Esei Puisi Islami Puisi kabur Puisi Ramadan Pustaka Iqbal Nazim Putatan Rabbani Rahman Shaari Raja Lawak Rencana Riadah Seni Rumah Kita Rumah Puisi Hasyuda Abadi RupHA RupHAm Sabah Sabah Maju Jaya Sahara Sajak Koperasi Salam buat Kekasih Sastera Sastera Islam Sastera Kanak-kanak Sastera Nusantara Sastera Sabah SASTERAWAN Sasterawan Negara Sasterawan Negeri Sabah ke-3 Sasterawan Sabah Sayembara Sayembara Puisi Adalah SEA Write Award Seberkas Idea Tentang Pohon Sejarah Hadiah Puisi K.Bali Sengsara Sepanggar Sepasang Sayap Jelita Sesekali Menoleh Ke Belakang Siapa Hasyuda Abadi SMJ SMK St John Suara yang Terbuka Suntik Sunyi Surat Surat Khabar Susatera Tadabur Teater Terjemahan Tinta Titik di kalbu nazim Tokoh Mahrajan 2014 Toleran Tots Tuan Tun Juhar TYT Sabah Ucapan Ulasan Cerpen Ulasan Sayembara Peraduan Menulis Cerpen Sempena Hari Malaysia 2020 UNESCO utube Utusan Borneo Wacana Sasterawan Wasatiyyah Wawancara Zubaidi Zubir Ali

Sabtu, Februari 25, 2023

SUMBANGAN HASYUDA ABADI TERHADAP PENDIDIKAN KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN DI SABAH


Oleh: Fauziah Haji Moksin


Mengenali Hasyuda Abadi suatu ketika dahulu ketika saya masih di bangku sekolah. Nama beliau ketika itu pada saya sudah meniti di bibir-bibir pencinta sastera termasuklah para pelajar ketika itu seperti saya. 

Saya mengenali beliau ketika mula-mula saya menyertai Minggu Penulis Remaja pada tahun 1992, itupun atas nasihat dan kata-kata semangat daripada allahyarham abang saya, dan ketika itu nama Hasyuda Abadi lah salah satu nama yang disebut beliau yang katanya sahabat. Sehinggakan suatu ketika abang saya pernah bertanya, ada jumpa kawan saya Shukur Husin? Saya kata tiada bang, Hasyuda Abadi sahaja. dan ketika bengkel itu jugalah saya mengenali Puan Azmah Nordin, bersama tenaga pengajar Ali Majood dan Rahman Shaari. Serta ahli-ahli IPS ketika itu. 

Hasyuda Abadi dalam dunia kesusateraan terlalu banyak sumbangannya terhadap pendidikan kesusasteraan dan kebudayaan di Sabah. Hasyuda Abadi telah menghasilkan lebih 1,000 buah puisi di pelbagai media, 45 buah cerpen, 300 buah esei sastera dan 15 buah skrip drama pentas/radio. Puisi-puisi Hasyuda dimuatkan dalam kumpulan puisinya: ‘Balada Paduka Mat Salleh’ (DBP, 1989), ‘Akar Cahaya’ (IPS, 1997), ‘Datang Kembali’ (IPS, 1997), 'Menginai Badai' (DBP, 2004), 'Sirna Sirna' (DBP, 2006) dan 'Kembali di Lahad Rahsia' (Iris, 2008), 'Suara yang Terbuka' (ITBM, 2014) dan ‘Kelahiran Sekuntum Cermin’ (Iris, 2018). Cerpen-cerpen Hasyuda dihimpunkan dalam Kumpulan Cerpen 'Sepasang Sayap Jelita' (Inpes, 2004). Sebuah buku himpunan pantun karya Hasyuda Abadi juga diusahakannya dalam 'Usul Mengenal Asal' (IPS, 2014). Puisi-puisi Hasyuda Abadi juga turut diterbitkan secara bersama dengan para penulis lain melalui 65 buah antologi puisi, antologi cerpen (3 buah), antologi skrip drama pentas (1 buah) dan antologi esei sastera (3 buah). 

Dalam bidang kebudayaan, beliau telah melibatkan diri bersama Anak Seni Kinabalu dan juga terlibat dalam seni teater. Ketika itu guru beliau yang banyak memberi tunjuk ajar dalam penulisan ialah Datuk Zaiton Ajamain. Hasyuda Abadi juga aktif dalam seni teater dan tarian bersama anak seni dan pernah membuat persembahan hingga ke Brunei. Beliau aktif menyertai anak seni dalam bidang tarian antara tahun 1979 hingga 1989. Yang ketika itu banyak membimbing beliau dalam senit teater dan kebudayaan ialah Tn.Hj. Zulkifli Zain, manakala dalam baca puisi pula Tuan Haji Marzuki Ali. 

Bertuah Tuan Hj.Hasyuda Abadi memang sejak awal belajar daripada nama-nama yang hebat. Hasyuda Abadi sememangnya seorang penulis yang prolifik sejak tahun 1979. Malahan Datuk Jasni Matlani pernah berkata bahawa Hasyuda Abadi adalah "salah seorang penulis yang amat konsisten dalam bidang kepenyairan di Sabah” kata-kata ini adalah kerana sepanjang 40 tahun Hasyuda Abadi telah mencipta rekod dalam sejarah sastera Sabah sebagai penulis yang konsisten menulis secara berterusan. 

Kata-kata beliau dalam buku antologi pertama iaitu Akar cahaya yang diterbitkan oleh IPS 1997 selain ucapan terima kasih kepada keluarga adalah beliau sesekali tidak melupakan rakan-rakan dalam IPS yang katanya sama-sama merakam denyut fikir bangsaku. Saya berkata-kata mungkin melihat lebih kepada aspek pendidikan itu sendiri iaitu saya mengambil contoh Hasyuda Abadi sebagai tokoh sasterawan yang dapat menjadi pemangkin kepada golongan pelajar tidak kiralah di sekolah-sekolah atau pun di Institusi pengajian tinggi. Ketokohan beliau sering kita kaitkan dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan pelajar. Contohnya, beberapa sekolah pernah mengundang beliau menjadi penceramah bengkel-bengkel penulisan kreatif dan perkongsian kerjaya sebagai penulis kepada para pelajar. SMK SANZAC misalnya telah beberapa kali menjemput beliau dan ternyata, terkini pula adalah pada tahun lepas bersama-sama IPS, Hasyuda Abadi telah menjadi pembimbing peserta bengkel penulisan di salah sebuah sekolah menengah di Sandakan dan seterusnya hadir di SMK Taman Ria Tuaran untuk membuat perkongsian kerjaya. 

Sejak penglibatan beliau dalam penulisan, Hasyuda Abadi menulis berkisar mengenai tranformasi pemikirannya terhadap kemanusiaan, alam batin, kritik sosial dan juga soal-soal keagamaan. Dalam sajaknya yang ditulis dalam tahun 1994 iaitu: 

Aku Penyair 

Tidak aku sebagai penyair jika tidak kerana sajak
Tidak aku membaca sajak jika tidak kerana merak
Tidak aku melepasi merak jika tidak kerana sepi.
Aku tak bergelar penyair semata-mata kerana sajak
Tiada hebatku Menyusun kata-kata jebat
Tiada jebat yang mendada

Daripada kata-kata yang disusun dalam bait-bait sajak ini jelas menunjukkan sifat sederhana yang dimiliki oleh Hasyuda Abadi sejak dulu, kalau saya sepertimana saya mengenali beliau dulu, begitulah yang saya kenal pada hari ini walaupun sudah bergelar Tokoh sasterawan negeri Sabah. 

Konsep wasatiyah yang menjadi pegangan Hasyuda Abadi memang terserlah, sebagaimana kata beliau wasatiyyah itu adalah kesederhanaan. Dalam pelbagai aspek katanya, kita perlu bersederhana, sama juga kata beliau kepada saya bahawa menjadi penulis kita mesti tekun membaca...dan membaca itu adalah seperti kita mengaji. Setelah pandai membaca, kita teruskan menuntut ilmu. 

Hasyuda Abadi dalam perjuangannya mengembangkan sastera adalah untuk memberi apresiasi. Sebab itu kata beliau, sastera sentiasa ada dalam diri kita. Kita berbahasa, kita berkata-kata dan setiap emosi yang wujud dalam diri kit aini itulah sastera. Usahlah kata-kata sastera itu dimomok-momokkan dan seperti suatu yang melalaikan kerana setiap apa-apa terlintas di benak fikiran kita itulah hasil cetusan sastera. 

Hasyuda Abadi melaungkan sajak cukup bertenaga ketika sambutan hari pahlawan pada tahun lepas. Pemilihan beliau ketika itu pada saya sangat memberi kesan yang mendalam kepada anak-anak muda yang sama-sama menyertai perbarisan dan menyaksikan majlis itu, walaupun di Sabah ini memang tidak dinafikan ramai pendekalmator hebat. Tapi kemunculan Hasyuda Abadi ketika itu dapat menjadi pemangkin kepada anak-anak muda. Selepas majlis itu, anak-anak murid saya yang ada di situ Kembali ke sekolah bersemangat memberitahu “cikgu, kami kenal sudah Hasyuda Abadi”. Wah best ooo, kawan-kawan cikgu ni hebat-hebat. Senyum saya, iya saya kata Alhamdulillah, dapat mengenali insan hebat dan kita belajar daripada mereka. 

Impian belliau kepada anak-anak muda yang masih bersekolah, rebutlah peluang untuk menuntut ilmu. Mungkin pada awalnya anak-anak mud aini hanya suka-suka atau mahu belajar untuk lulus. Tetapi mereka harus ingat, bahawa sastera ini adalah sentiasa berada dalam ruang lingkup seharian kita. Nilai sastera sentiasa berada dalam kehidupan kita. Seorang pemimpin misalnya, atau ahli politik ..mereka perlu bijak berkata-kata dan berbahasa. Jika mereka tidak mempunyai kemahiran ini, mana mungkin mereka bisa bercakap di khalayak, menyampai segala amanat, perjuangan visi dan misi mereka. Kata hasyuda Abadi, kita jangan kalah dengan kata-kata yang memomokkan sastera. 

Oleh itulah, setiap kali beliau bercakap tentang sastera, Hasyuda Abadi sentiasa berkata rebutlah peluang, jika minat menulis teruskan menuntut ilmu, kerana dalam sastera ada masa depan. Bina kerjaya dan beranilah menulis yang tercetus menjadi idea. Pada masa yang sama usah takut ditegur dan berhenti menuntut ilmu. Sebagaimana dalam sajak beliau SEBUNGKUS NIAT : 

Kalau niat dibungkus dalam daun yang Tuhan jadikan jauh
daripada iktibar bebaskanlah dari terus diratah dan latahan,
kubimbangi beratnya beban ditanggung saat ditanya setiap
makhluk yang digunakan. Kau alpa dibungkus ketaksuban
ketika seluruh deria telah dirantai syaitan.
Sebelum terlambat pulanglah di pelabuhan, labuhkan kapal
akal sambil melihat kembali gelombang yang menghantar
biduk sengsara di pantai dan ombak prasangka.

Prof. Madya (ts) Dr Ramzah Dambul, Timbalan Naib Cancelor Universiti Malaysia Sabah, ketika membaca karya-karya Hasyuda Abadi:
 

"Berbeza dengan beberapa penyair Sabah, Malaysia yang pernah kita mesrai karyanya, Hasyuda Abadi memilih jalur fikir yang agak tersendiri. Ketika ramai penyair lain gemar berbicara tentang konflik dalaman diri (sama ada melibatkan gelora cinta, idealisme, kerohanian atau pencarian nur jiwa) – penyair ini keluar dari kongkongan begitu. Beliau lebih cenderung memberi kritik sosial. Yang ditujukan kepada pelbagai ceruk komuniti dan entiti-entiti manusiawi yang terolah di persekitaran."

Tiada ulasan: