Label

2017 2022 A.Halim Ali Adat Agama Aktiviti HA Aktiviti IPS Al-Quran Alur Amil Jaya Ammi Manja Analisis Analisis Puisi Andekdot Anekdot Anugerah Anugerah Pena Kinabalu Anugerah Sasterawan Negeri Sabah Apresiasi Apresiasi Sastera Ariffin Artikel Artikel Sastera Artistik ASAS ASIS2 2024 ASN Azlinah Azrone Baca Puisi Bagandang BAHASA Bahasa Melayu Bait-bait Baitul Muqaddam Baju Baju Hasyuda Abadi Bakhtin Basirah Bayaran BBK Bengkel Puisi Berimpak Tinggi Berita Harian Online Bernama Bicara Karya Biodata Biodata Ringkas Biodata Ringkas2 Budaya Bukit Selembau Buku Buku Puisi Burung Burung-burung Demokrasi Catatan Perjalanan Cerpen Dajal Data Hasyuda Abadi Datuk Hj Suhaibun Yussuf DBP Malaysia DBP Sabah Deklamasi Puisi Demokrasi Desigining Dewan Masyarakat Dewan Sastera di Samudera Dialog Teluk 11 Dialogisme Diam diLembukan Dr Mahathir dunia sastera Ekokritik Emin Madi Esei Esei Sastera Fatwa Sastera Islami Fauziah Moksin Filem Fitri Foto Frost Futuristik gagasan Galeria Visual Hasyud Abadi Gapena Gizi H1 N1 HA Arts Hadiah Puisi K.Bali Hadiah Sastera Hadiah Sastera Sabah Hadijah Haji Hamka Hari Kebangsaan Hari Sastera Hasyuda Abadi Hedonis hiper Hirah HSPM Hujan Hutan Ayah Hutan Ayah (Cover) Hutan Ayahm IPS Idea Ikatan Penulis Sabah Ilustrasi intelek Intertekstualiti IPS Istiqomah Izzuddin Fitri Jakim Jamdin Buyong Janatan Kandok Jasni Matlani Jheains Juara Rakyat Julia Kristeva K.Bali Kata Kata-kata Katapilar Keberhasilan Keberhasilan Tertinggi Hasyuda Abadi Kekuasaan Kelahiran Sekuntum Cermin Keluargaku Kemali di Lahad Rahsia Kematangan Kembali di Lahad Rahsia Kembara Kalimantan Kepaduan Keratan akhbar Sabah Kesenian Islam Kesusasteraan Borneo Ketua Satu IPS Khilaf Klise Komposisi Kota Kota Kinabalu Kota Literasi Dunia Kota Sastera Kritikan Lagu IPS Larut Lirik Lagu Penulis Sabah Literasi Lukisan Maal Hijrah Madani Mahathir Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Majalah Makalah Makkah Maktab Sabah Malam Hari Tiga Malaysia Madani MAPENA KINABALU Masa lalu MASTERA Maulidurrasul MBSS Melawan Melawan Kebiasaan Membakut Memilih Memuji Menikahi Merdeka MHT Miri Montaj Motto IPA Muhasabah Muizz Musim Perubahan di Negeri Kami Muzalifah Nadwah Sastera Islam Nadwah Serantau Persuratan Islam Naratif Kesempatan Narudin Nasyid Norawi Hj Kata Numera Nur Nusantara Orang Jaga Panduan Menulis Puisi Panji Pratama Pantun Paradox Patriotisme Pelancaran Buku DBP Pemikiran Hasyuda Abadi Pena PENA. Hasyuda Pencalonan ASNS3 Pengarang Pengolah Pengurusan Sastera Penulis Penulis Kreatif Penulis Sabah Penyair Penyair Islam Percakapan Tentang Tema Perpaduan Persidangan Persuratan Kebangsaan Perspektif Persuratan Islami Pilihan raya Pingat Penulis Sabah plagiarisme Pokok politik Politikj Potugis PPS PPSB PPSMI Profesional Proper Psikologi Puisi Puisi Adalah Puisi Adalah... Fenomena Puisi Amil Jaya Puisi Esei Puisi Islami Puisi kabur Puisi Ramadan Pustaka Iqbal Nazim Putatan Rabbani Rahman Shaari Raja Lawak Rencana Riadah Seni Rumah Kita Rumah Puisi Hasyuda Abadi RupHA RupHAm Sabah Sabah Maju Jaya Sahara Sajak Koperasi Salam buat Kekasih Sastera Sastera Islam Sastera Kanak-kanak Sastera Nusantara Sastera Sabah SASTERAWAN Sasterawan Negara Sasterawan Negeri Sabah ke-3 Sasterawan Sabah Sayembara Sayembara Puisi Adalah SEA Write Award Seberkas Idea Tentang Pohon Sejarah Hadiah Puisi K.Bali Sengsara Sepanggar Sepasang Sayap Jelita Sesekali Menoleh Ke Belakang Siapa Hasyuda Abadi SMJ SMK St John Suara yang Terbuka Suntik Sunyi Surat Surat Khabar Susatera Tadabur Teater Terjemahan Tinta Titik di kalbu nazim Tokoh Mahrajan 2014 Toleran Tots Tuan Tun Juhar TYT Sabah Ucapan Ulasan Cerpen Ulasan Sayembara Peraduan Menulis Cerpen Sempena Hari Malaysia 2020 UNESCO utube Utusan Borneo Wacana Sasterawan Wasatiyyah Wawancara Zubaidi Zubir Ali

Rabu, Februari 22, 2023

Wawancara Emin Madi (Bernama)

1.  1.    Setakat ini berapa jumlah (a) cerpen (b) puisi (c) esei sastera dan (d) skrip drama yang Haji telah hasilkan?

 

A - Cerpen (50) B – Puisi (1454) C – Esei Sastera (244) D – Skrip Drama (15)

 

2.    Apa tema/mesej yang Haji mahu sampaikan melalui karya puisi Haji? i.e soal kemanusiaan? Alam sekitar dan sebagainya.

 

Kritik sosial – kemanusiaan, dakwah, politik dan alam sekitar.

 

3.    Bagaimana Haji mendapat inspirasi untuk menulis puisi atau cerpen? 

 

Melalui pembacaan, melalui internet, status-status di Facebook, cerita kawan-kawan dan gelagat manusia sekeliling.

 

4.    Adakah Haji membuat penyelidikan sebelum menghasilkan karya puisi atau cerpen?

 

Ya.

 

5.    Apa topik/tema yang paling digemari Haji? 

Kritik sosial. 

6.    Sejak bila Haji bergiat aktif dalam penulisan kreatif? Dalam kewartawanan?

 

1979 dalam bidang penulisan kreatif. Dalam kewartawanan tidak banyak sesekali menulis berita dan artikel budaya.

 

7.    Pernah ikuti kursus atau bimbingan dari mana-mana pihak? 

 

Bengkel penulis utama saya ialah Bimbingan Penulis Anak Angkat bersama Allahyarham Dato’ Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) pada tahun 1987 dan Bengkel Penulisan MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara) bersama Allahyarham Dr Sapardi Joko Damono, Dr Abdul Hadi WM dan Taufik Ismail di Pusat Bahasa Jakarta, Indonesia.

 

Saya juga pernah mengikuti bengkel-bengkel teater, seni tari dan bengkel penulisan berkala. Antara pembimbing saya ialah Zulkifli Zain, Haji Marzuki Ali, Fahd Razi, Dr Jeniri Amir dan Dr Mana Sikana. Saya gemar menimba ilmu penulisan. Program penataran terkini saya sertai adalah bengkel perolehan untuk menerbitkan buku puisi bertemakan semiotik yang dibimbing oleh Dr. Mohamad Shahidan dan Sdr Zainal Panit (Zaen Kasturi).

 

8.    Penulis/sasterawan Malaysia/Antarabangsa yang menjadi idola Haji? 

Dato’ Kemala dan Dato; A. Samad Said di Malaysia. Jika di peringkat antarbangsa Sapardi Joko Damono (Indonesia), Johar Buang (Singapura).

 

9.    Pandangan dan cadangan Haji tentang apa yang boleh dilakukan untuk memupuk tabiat membaca di kalangan masyarakat Malaysia? 

 

1.    Memperbanyak bahan bacaan. Menyediakan dana pembiayaan percetakan kepada agensi berkaitan seperti DBP atau kepada para penerbit buku persendirian. Kerap dianjurkan peraduan penulisan.

 

2.   Promosi buku. Melaksanakan aktiviti apresiasi seperti bicara buku atau bedah karya kepada khalayak yang lebih besar seperti di kawasan perumahan, tapak-tapak tamu yang sesuai selain secara berkelompok di dewan-dewan komuniti perumahan, perkampungan dan perbandaran.

 

3.    Kerap menganjurkan pameran dan jualan buku melalui karnival atau pesta buku.

 

4. Menganjurkan pertandingan membaca dan apresiasi buku baik dalam kalangan pelajar mahupun umum.

 

5. Di peringkat sekolah apresiasi buku harus dilakukan lebih agresif lagi bukan setakat membantu pelajar yang lemah dalam pembacaan tetapi memberikan galakan kepada mereka untuk terlibat dalam pembikinan sesebuah buku dan sebagainya.

 

6.    Persatuan-persatuan penulis harus bergerak aktif dalam membantu ahli-ahli yang memiliki buku mereka sendiri untuk memasarkan, melakukan promosi melalui apa jua flatform yang mesra maklumat seperti media-media sosial dan sebagainya.

 

 

10. Bagaimana pula Haji melihat potensi dan masadepan penulisan bidang kesusasteraan di Sabah? Malaysia? 

 

Bagi saya, masa depan dunia persuratan di Sabah khasnya dan Malaysia amnya telah bergerak dengan sangat baik. Keperluan genre-genre sastera masih ada. Soal pendekatan mengetengahkan bahan-bahan penulisan sastera kreatif bukan masalah besar kerana masyarakat boleh memilih sama ada pembaca secara manual atau melalui maya (e-book).

 

Kita telah menyaksikan buku-buku seperti novel sangat berlambak di kedai-kedai buku di mana-mana juga di tempat lain. Seolah-olah tiada pembeli untuk buku-buku berkenaan. Sebenarnya, pada pandanga saya, penerbit atau penulis harus melakukan gerak kerja yang komprehensif bagaimana setiap buku itu sampai kepada para pembaca.Mereka perlu sensitif kepada keperluan pembaca. Contoh tema apa yang sering menjadi pilihan pembaca. Sasaran buku harus kepada siapa dan seterusnya.

 

Promosi seperti pameran dan jualan sangat popular ketika ini di Malaysia. Di Sabah juga mula ada tetapi perlu diperluaskan lagi. Perlu wujud agensi atau badan-badan pemasaran yang boleh membawa penerbit atau penulis memperkenalkan buku-buku mereka. Agensi kerajaan seperti Perpustakaan Negeri di seluruh negeri boleh memainkan peranan ini. Di Sabah kita ada pasar atau tamu pada setiap minggu bahkan banyak program sosial yang dianjurkan pihak Kerajaan mahupun swasta. Peluang harus diberikan kepada penerbit atau penulis mengambil bahagian.

 

Ini bagi saya antara cara untuk memecahkan kebuntuan bagaimana buku-buku sampai kepada sasarannya.

 

11. Pemasaran  dan kebolehpasaran karya-karya kreatif juga satu isu besar di Malaysia, khususnya di Sabah. Apa pandangan Haji?

 

Saya berpendapat jika perlu diwujudkan sebuah pusat pemasaran buku bagi para penulis yang menerbitkan secara persendirian. Ini saya fikir sebagai salah satu lagi pendekatan dalam isu pemasaran dan keboleh pasaran karya-karya kreatif di Sabah. Pada masa ini, memang ada segelintir penulis yang menggunakan pendekatan pasarkan buku melalui media-media sosial yang dilihat lebih mendekat kepada khalayak. Cuma kita tidak ada kajian sejauh mana pengaruh media sosial mampu menarik para pembeli buku-buku para penulis berkaitan.

 

Pusat membeli belah misalnya boleh memainkan peranan menyediakan gerai-gerai mampu sewa sebagai langkah memberikan peluang para penulis atau peniaga buku. Peranan perpustakaan juga penting, begitu juga pusat-pusat pengajian tinggi.

 

Saya kembali fokus kepada pusat pemasaran buku, tidak semata-mata menyediakan tempat atau ada pekerja dan sebagainya tetapi harus diperluaskan lagi dari segi promosi. Sebagai contoh menganjurkan bicara buku atau bedah karya. Perlu ada sinergi bersama dengan agensi berkaitan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, persatuan-persatuan penulis atau persatuan-persatuan pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi. Biasanya semua ini memerlukan dana pengajuran program. Bagi saya masih ada ruang untuk sama-sama memikirkan kerana yang penting khazanah buku yang ada sampai kepada masyarakat pembaca.

 

Kita juga sering melihat peluang pemilikan buku dalam kalangan masyarakat itu kepada peranan para pemimpin yang mempunyai peruntukan tertentu khusus kepada pembinaan minda sihat dan madani. Maksudnya ke arah memajukan pemikiran besar melalui pengilmuan. Buku-buku merupakan keperluannya. Baik kreatif mahupun ilmiah, pendekatan ini perlu. Para pemimpin berkaitan menggunakan dana tahunan mereka membeli sebanyak mungkin buku-buku tulisan pengarang-pengarang tempatan untuk disalurkan kepada pusat-pusat dokumentasi atau perpustakaan-perpustakaan seluruh di kawasan masing-masing termasuk di jabatan-jabatan Kerajaan dan premis-premis swasta.

 

Mungkin pandangan ini amat klise. Namun bagi saya buku-buku atau apa juga bentuk penerbitan yang memuatkan karya-karya kreatif harus dimanfaatkan seluas-luasnya kepada masyarakat. Setiap orang perlu sensitif kepada perkembangan buku semasa. Media-media masa baik elektronik mahupun yang berbentuk manual harus turut memainkan tugas ini. Para penulis perlu memahirkan diri dalam kepesatan teknologi maya seperti TikTok dan seumpama dengannya. Mungkin cara ini kelihatan sangat santai tetapi sesuai mengikut keperluan zaman. 

 

12. Nyatakan sedikit mengenai fungsi dan aktiviti RUPHA.  

RupHA menempatkan mini perpustakaan – Pustaka Iqbal Nazim dan Rumah Ngaji Baitul Muqaddam.  Perpustakaan mini ini menyimpan lebih kurang 7 ribu judul buku pelbagai jenis termasuklah yang berkaitan dengan agama, politik, sastera, budaya, ensaiklopedia, majalah dan sebagainya. Pustaka ini dibuka kepada umum terutama para pelajar pengajian tinggi yang berhampiran. Pustaka ini pernah meraih hadiah pertandingan sudut bacaan di rumah anjuran DBP Cawangan Sabah pada 2020. 

RupHA diwujudkan juga sebagai pusat setempat aktiviti persuratan dan dakwah di Sepanggar. Saya mendaftarkan sebuah komuniti melalui Kelab Penggiat Komuniti Buku Negeri Sabah atau KEBUKU dengan Pendaftar Pertubuah Malaysia pada 2020. Dari KEBUKU saya meletakkannya menjadi sebuah akademi kecil dengan menganjurkan program-program sastera. 

Sementara Rumah Ngaji Baitul Muqaddam pula menyediakan khidmat mendidik sebagai pemula kepada masyarakat kampung persekitaran dalam pengajian al-Quran terutama dalam kalangan kanak-kanak dan kaum ibu. 

RupHA mempunyai sebuah dewam mini yang dinamakan Dewan An-Nur, boleh dijadikan dewan mengaji dan juga pusat kegiatan bagi mana-mana pihak yang ingin memanfaatkannya. 

13. Sedikit latarbelakang kerjaya Haji. 

 

Pada tahun 1979, saya diberikan tawaran bekerja oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di Jabatan Penyiaran Negeri Sabah. Saya ditempatkan di Unit Urusan Rancangan Radio. Tugas saya antaranya mengendalikan urusan penyediaan pita-pita rakaman yang digunakan oleh para penerbit rancangan radio. Selain itu, unit ini juga menyelaras penggunaan studio-studio untuk tujuan rakaman rancangan-racangan para penerbit. Dua tahun kemudian saya dipindahkan ke Unit Seranta. Unit ini saya terlibat dengan dua pengalaman tersendiri. Pertama pengurusan perpustakaan bahan-bahan bacaan dan rujukan. Kedua, menyelaras jadual-jadual rancangan radio Sabah untuk tujuan siaran di surat khabar tempatan.

 

Setahun selepas itu, saya dipindahkan pula di Unit Rancangan Radio Bahagian Pembangunan dan Pelbagai Bahasa. Di unit ini saya digalas tugas sebagai penerbit rancangan radio. Pengalaman pertama saya mencari bahan untuk rancangan radio membuat rakaman ucapan sebuah majlis pelancaran penggunaan bulb lampu. Saya diarah oleh penyelia, untuk menemuramah pihak pengurusan syarikat berkenaan. Pengalaman ini sungguh bermakna sekali walaupun banyak yang kurang. Mungkin penglibatan saya dalam dunia penulisan kreatif ketika itu memberikan anjakan yang memberikan inspirasi untuk melakukan yang terbaik dalam tugasan yang diberikan. Berlaku juga sesuatu yang lucu saya alami semasa bertugas di Bahagian Pembangunan ini kerana saya hanya diberikan tugas sebagai penerbit dan menulis skrip tetapi suatu hari saya menyampaikan secara ‘live’ sebuah rancangan radio, selepas itu saya dipanggil oleh Pengelola Rancangan Radio dan menegur kesalahan saya itu. Sebenarnya rasa ingin mencuba saya sungguh tinggi walaupun saya tahu suara saya tidak sesuai untuk digunakan di udara. Kalau dibandingkan dengan penyampai radio sekarang saya fikir lebih suara kami kurang lebih.

 

Pada tahun 1985 saya meninggalkan Jabatan Penyiaran kerana menerima tawaran bekerja di Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Sabah. Di jabatan ini saya menggalas tugas sebagai Penolong Pegawai Penerangan/Pilihan Raya. Jawatan ini digalas oleh dua orang sahaja bagi setiap negeri di seluruh Malaysia. Tugasnya agar mencabar kerana sentiasa berhadapan dengan orang awam terurama pengundi dan ahli-ahli politik. Saya diberikan peranan memberikan penerangan mengenai urusan-urusan penting berkaitan pilihan raya seperti urusan pendaftaran pemilih, urusan penjalanan pilihan raya dan persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya. Bagaimana pun tanggungjawab yang sentiasa menguji ketahanan fiizikal dan mental setiap kakitangan di SPR ialah semasa berlangsungmya proses Pilihan raya Umum (PRU) atau Pilihan raya Kecil (PRK). Sepanjang berkhidmat di SPR selama 30 tahun, saya telah melalui 7 PRU dan puluhan PRK.Saya juga terlibat dalam mencipta logo SPR yang masih digunapakai sekarang.

 

Pada 2015, saya bersara daripada perkhidmatan kerajaan secara pilihan pada usia 55 tahun. Apabila bersara, saya mengurus Rumah Puisi Hasyuda Abadi. Saya juga melibatkan diri sebagai Jururunding sebuah syarikat pelaburan di Kota Kinabalu. Selain itu saya bergerak aktif di Masjid al-Mujahidin Kampung

Gudon, Manggatal, pernah menjawat tugas sebagai Timbalan Pengerusi masjid tersebut dan kini menggalas tugas sebagai Setiausaha Pengurusan Masjid. Melalui masjid ini saya mengikuti Kursus Sijil Insentif Pengurusan Masjid anjuran Pusat Islam UMS dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Neger Sabah.

 

Selepas bersara saya menaik taraf pustaka mini di RuPHA dan mewujudkan beberapa aktiviti persendirian melalui Akademi RupHA dan penubuhan Kelab Komuniti Penggiat Buku Negeri Sabah (KEBUKU). Di RupHA, saya sediakan sebuah dewan mini yang dijadi tempat aktiviti sosial dan keagamaan menerusi Rumah Ngaji Baitul Muqaddam. Di RupHA ini juga dijadikan pusat operasi Ikatan Penulis Sabah. 

 

14. Tempat lahir dan tarikh lahir. 

Saya dilahirkan di Kampung Lumadan, Beaufort, Sabah pada 1 September 1960. 

Tiada ulasan: