Memaparkan catatan dengan label Bengkel Puisi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bengkel Puisi. Papar semua catatan

Khamis, Julai 11, 2024

Montaj Penataran Penulisan Kreatif IPS



LIRIK PENATARAN PENULISAN KREATIF


telah jauh perjalanan ditempuhi

ada pengalaman memenuhi peribadi

sampai masanya ingin berbakti

menumpahkannya ke acuan pertiwi


kami kumpulan dibimbing semangat

berbekal hemat wasatiyyah jadi azimat

menjulang amanah memandaikan umat

biar mekar kata-kata menjadi kalimat


indah bahasa indah mawadah

menterjemah bibit fikrah 

bait-bait puisi meramun falsafah

membina membimbing membangun

citra sastera generasi madani


Lirik: HA

Muzik: Suno AI






Khamis, Ogos 17, 2023

Bengkel Penulisan Puisi di SMK St John Beaufort Sabah




Kolaboratif antara SMK St John Beaufort bersama Ikatan Penulis Sabah (IPS) berlangsung pada 17 Ogos sempena bulan Kemerdekaan/Kebangsaan. Salah satu sekolah di daerah Beaufort yang bakal menjadi rakan bersinergi dalam bidang persuratan, insyaAllah, bakal menyusul aktiviti-aktiviti yang lain.






Alhamdulillah ini hasilnya sebuah masukrip Antologi Puisi 'Tekad Perpaduan'. Diusahakan untuk penerbitan oleh Ikatan Penulis Sabah (IPS).