Sabtu, Oktober 08, 2022

BUKU KEHIDUPAN

Jika diibarat buku hari-hari itu hampir selesai dibaca. Hari telah diambil oleh masa sudah. Apakah terlampau lama? Bab demi bab dilalui ada rahsia tersendiri yang tidak difahami. Bersua dan berpisah, pergi dan tiba, kelahiran dan kepulangan, dan diam. Telah tertulis peta kehidupan menyediakan perjalanan semakin ketara liku-likunya. Masalalu yang tenggelam hanya bayang di permukaan seperti kolam. Di lorong malam menantikan matahari membuka pintu dan bab berikutnya. Siapakah yang menulis kehidupan?

AR




Jumaat, Oktober 07, 2022

HASYUDA & SAHARA

Proses Menulis Puisi


MENULIS merupakan salah satu kegiatan berbahasa secara aktif ekpresif yang digunakan untuk menyampaikan gagasan, pesan, sikap dan pendapat secara tidak langsung kepada pembaca dalam bentuk tertulis sedangkan puisi adalah pancaran kehidupan sosial, gejolak kejiwaan dan segala aspek yang ditimbulkan oleh adanya interaksi baik secara langsung atau tidak langsung, sedar atau tidak sedar.

Menulis puisi merupakan kegiatan untuk melahirkan dan mengungkapkan perasaan, idea, gagasan dalam bentuk tertulis dengan memperhatikan diksi (pilihan kata), bentuk dan bunyi serta ditata secara cermat sehingga mengandung makna khusus sesuai dengan kedudukan diri penulis dan lingkungan sosial yang ada di persekitarannya.
Saini (1993:153) menyatakan bahawa menulis puisi dapat membuat seseorang menggunakan kata-kata secara konotatif, menyusun irama dan bunyi, menyususn baris-baris dan bait-bait dengan memperhatikan pengilangan serta tipografi yang dapat mengungkapkan fikiran dan perasaan. Pedoman menulis puisi menurut Saini (1993:154) adalah penyair berusaha sebaik-baiknya menuliskan apa yang ada dalam hatinya dengan jelas dan konkrit. Ertinya, apa yang ditulis harus jelas bagi dirinya sehingga jelas pula bagi orang lain. Apabila puisi yang ditulis  jelas, pesan yang ingin disampaikan lebih mudah difahami oleh penikmat puisi.
Apakah yang dimaksudkan Pendekatan Emotif? Menurut Semi (1990:155), pendekatan emotif dalam pembelajaran sastera merupakan upaya guru memanipulasi emosi pelajar. Ertinya, guru menciptakan suasana emosional tertentu sehingga emosi mereka muncul. Djamarah (1996:75) menyatakan bahawa pendekatan emosional (pendektan emotif) adalah upaya untuk menggugah perasaan dan emosi pelajar. Pendekatan mengajar yang perlu dipertimbangkan adalah  seperti ceramah dan bercerita.
Pendekatan emotif dalam pembelajaran puisi adalah suatu pendekatan yang berusaha menemukan unsur-unsur yang mengajak emosi atau perasaan. Emosi itu dapat berhubungan dengan isi atau gagasan yang menarik dan perasaan yang dialami siswa.Pendekatan emotif merupakan suatu pendekatan yang digunakan guru untuk memunculkan suatu suana tertentu pada diri pelajarnya. Pendekatan emotif merupakan pendekatan yang tepat untuk diterapkan dalam proses pembelajaran puisi khususnya pada keterampilan menulis puisi kerana siswa menjadi lebih peka terhadap emosinya dan kehidupan sekitarnya. Hal ini diperkuat oleh pendapat Hunt (dalam Sakdiayah, 2002) yang menyatakan bahawa puisi adalah luapan gelora perasaan yang imajinatif (imaginatie passion).
Prinsip dasar yang melatarbelakangi pendekatan emotif ini adalah pandangan bahawa karya sastera sebahagian daripada karya seni yang hadir dalam masyaraktat dengan keindahan penyajian bentuk serta isinya yang sarat makna.
Pada proses pembelajaran bahasa, ada beberapa hal penting yang harus diperhatikan agar tercipta iklim belajar yang kondusif, kerana pembelajaran bahasa khususnya kegiatan pembelajaran menulis puisi merupakan proses untuk menciptakan puisi. Ada beberapa langkah teknikal yang harus dilakukan guru bahasa Melayu. Langkah tersebut antara lain :
1) Menentukan tema : tema yang ditentukan bersifat kondisional disesuaikan dengan tujuan pembelajaran menulis puisi.
2) Merumuskan tujuan umum dan tujuan khusus pembelajaran yang didasarkan dari kompetensi dasar yang diacu: tujuan khusus pembelajaran harus bermakna, kontekstual, fungsional serta relevan dengan keemapuan pelajar.
3) Merancang materi pembelajaran.
4) Merancang senario pembelajaran untuk mencapai kompetensi dasar yang diinginkan. Senario yang dirancang harus dapat membangkitkan minat dan motivasi belajar pelajar untuk menulis puisi, merangsang mereka sehingga terdorong melakukan refleksi dan membangunkan pemahaman internal daripada puisi yang ditulis.
5) Menentukan pemanfaatan sumber pembelajaran dan media yang relevan.

Dalam proses penciptaan sebuah puisi terlebih dahulu yang harus difahami adalah mengenal hidup dan kehidupan sosial, kerana sebuah karya puisi yang baik tercermin nilai-nilai baik dari dalam diri penyair atau pelajar terbabit mahupun kehidupan sosial masyarakat. Bahan–bahan yang terangkum daripada situasi dan peristiwa sosial dalam masyarakat merupakan bahagian daripada inspirasi bagi diri pelajar untuk menghasilkan karya sastera berupa puisi. Sayuti (1985:184) menyatakan bahawa puisi merupakan pengungkapan pengalaman penyair lewat kata-kata. Pengalaman yang diungkapkan itu boleh berupa pengalaman intelektual, emosional dan imajinal. Proses penciptaan puisi yang ideal berawal daripada pengalaman ini mempunyai beberapa tahapan. Menurut Jalil (1985:20) ada enam tahap dalam proses penciptaan puisi iaitu :
1) Pengalaman: suatu hal yang sangat penting bagi seorang penyair untuk mengetahui secara sebenar setiap peristiwa yang berkaitan dengan apa yang akan diterangkan dalam sebuah karya puisi.
2) Penafsiran : suatu kebulatan fikiran yang sementara dan pandangan sementara pula terhadap suatu peristiwa atau terhadap suatu pengalaman yang mampu diungkapkan secara tertulis.
3) Penilaian : merupakan penentuan keyakinan benar atau tidaknya sesuatu peristiwa. Seorang penyair tidak boleh seenaknya menilai salah dan benarnya suatu hal atau peristiwa. Sebelum itu perlu pembekalan kepada jiwa penyair, kerana pada tahap ini seorang penyair belum dapat menuliskan sebuah karya puisi yang baik dan sesuai dengan perkembangan kehidupan. Oleh sebab itu penyair perlu melakukan adaptasi dan penguasaan diri untuk mencari keinginan nurani secara utuh.
4) Penghayatan: penghayatan mempunyai kedudukan yang sangat penting untuk mewujudkan sebuah karya puisi yang baik dan sesuai dengan perkembangannya. Pada tahap penghayatan, seorang penyair melakukuan pemikiran dan penggalian yang dalam disertai dengan pandangan yang luas terhadap suatu peristiwa dengan berbekal ilmu pengetahuan serta keyakinan. Proses penghayatan merupakan penentu arah pada proses penciptaan puisi yang diinginkan.
Kegiatan menulis dengan pendekatan proses dilakukan secara bertahap dari awal penggalian idea sampai tahap penyuaran atau percetakan. Tompkins (2010: 52-60) membagi tahapan dalam menulis menjadi lima tahap yaitu pra-penulisan, membuat draf, membaca semula, menyunting dan penyiaran. Tompkins juga menekankan bahawa tahap-tahap menulis ini tidak merupakan kegiatan yang linear. Proses menulis bersifat non-linear, ertinya merupakan putaran berulang. Misalnya, setelah selesai menyunting tulisannya, penulis mungkin ingin meninjau kembali kesesuaiannya dengan kerangka tulisan atau draf awalnya. Kegiatan-kegiatan yang dilakukan pada setiap tahap itu dapat dirincikan lagi. Dengan demikian, tergambar secara menyeluruh proses menulis, mulai awal sampai akhir menulis.
Proses pembelajaran dalam penulisan puisi tidak mungkin pernah berakhir kerana ia akan melalui fasa-fasa yang tidak pernah selesai. Proses ini akan berterusan meskipun telah menemukan sesuatu yang memberikan maknanya. Paling tidak telah memberikan sesuatu kesan emosi kepada pembaca. Bagi pelajar, proses menulis harus tidak merasa jemu untuk mengamati fasa-fasa yang dimaksudkan. Sudah pasti bagi yang tegas dan sabar, puisi-puisi yang bakal terlahir itu akan menentukan tahap dan taraf yang wajar meletakkannya sebagai karya yang bermutu serta diterima para pentelaah dan pembaca.



Khamis, Oktober 06, 2022

ANANIAH VS ITSYARIYAH

Di antara penyakit yang paling sukar diubati di kalangan umat Islam kini ialah penyakit ‘ananiyah’ yang membarah di dalam diri.
Ananiyah (aku dan keakuan) adalah penyakit hati yang lebih mementingkan urusan atau kepentingan peribadi dan tidak peduli dengan kepentingan orang lain.
Mereka melihat sumbangan orang lain hanya dengan sebelah mata dan dan mengambil tindakan yang biasanya hanya didorong oleh kehendak nafsu (egois).
Ada yang ananiyah dengan pendapat dan kehebatan diri sendiri, ada yang ananiyah dengan kumpulan dan jamaah sendiri, ada yang ananiyah dengan keturunannya dan pelbagai bentuk yang lain.
Yang lebih bahaya apabila menganggap seolah-olah bahawa hidayah itu adalah miliknya, hanya amalannya atau kumpulannya yang terpuji dan seolah-olah hanya sumbangannya yang paling hebat.
Ananiyah sering menimbulkan sikap permusuhan di kalangan umat islam dan sikap permusuhan itu tentunya sangat dibenci Allah swt.
Ingatilah firma Allah swt yang bermaksud:
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur lagi membanggakan diri.” [Surah Luqman, ayat 18]
Semoga kanser yang membarah di dalam jiwa umat ini diubati dengan sifat ‘itsyariyah’ iaitu rasa kebersamaan, kepekaan sosial di dalam pergaulan seharian sehingga kita akan mendahulukan kepentingan ummat atau masyarakat walaupun kadang-kala ianya memerlukan pengorbanan dari dirinya.
Ya Allah, ubatilah jiwa kami dan umat ini dengan sifat-sifat mahmudah.

Sumber: Dr Zainur Rashid Zainuddin

BERKENALAN DENGAN PENULIS KELAHIRAN IPS: SAHARA JAIS

1. Bagaimanakah timbulnya minat terhadap bidang sastera (penulisan kreatif)? Sejak bila mula serius berkarya?
Sewaktu berada di sekolah menengah guru yang mengajar saya mata pelajaran Bahasa Malaysia telah memberi sedikit sebanyak pendedahan mengenai asas-asas puisi seperti pantun, sajak, gurindam, cerpen dan syair. Saya tertarik dengan keindahan bahasa dan prosa-prosa yang diajar. Bermula dari itu, minat untuk mendalami sastera semakin berkembang ditambah dengan minat suka membaca ruangan-ruangan sastera di dada akhbar tempatan.
Sehabis sekolah menengah, sebagai mengisi masa lapang waktu itu saya sering menghadiri bengkel-bengkel penulisan karya kreatif anjuran Ikatan Penulis Sabah (IPS) dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Seawal tahun 1990-anan, saya mula serius menghasilkan karya di samping menjadi ahli Persatuan Ikatan Penulis Sabah sekaligus sering mendapat bimbingan menulis karya kreatif daripada rakan-rakan penulis waktu itu. Pada tahun 1994, saya telah mengikuti Minggu Penulis Remaja (MPR) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah di bawah bimbingan antaranya Prof Rahman Shaari.
2.Untuk apakah saudari berkarya selama ini?
Berkarya merupakan satu ibadah selagi karya kita bersifat ke arah memberi kebaikan kepada masyarakat. Selain itu berkarya juga merupakan terapi kepada jiwa dan kalbu.
3.Siapakah yang menjadi pendorong saudari untuk berkarya selama ini?
Tentu sahaja dia adalah seseorang yang istimewa dalam sejarah kehidupan saya. Dia adalah idola saya dalam bidang penulisan, dia adalah guru saya, dia adalah sahabat saya, dia adalah abang saya, dia adalah kekasih saya dan dia adalah suami yang teramat saya cintai, Hasyuda Abadi.
4.Apakah nasihat saudari kepada para penulis baru?
Berkarya mestilah berpaksikan ilmu dan sentiasa membaca karya-karya penulis mapan sebagai bahan rujukan dalam menghasilkan karya.
5.Apakah falsafah yang dipegang oleh saudari dalam berkarya? Kenapa?
Menulis sebagai suatu ibadah. Karya-karya sastera itu harus hidup kerana mesejnya yang membawa bersamanya pesan. Pesan yang lebih besar adalah untuk ke arah kemurnian fikir dan akhirnya kehidupan.
6.Dalam penulisan, saudari cenderung kepada genre apa? Kenapa?
Puisi. Saya suka kepada ungkapan-ungkapan yang memiliki keindahan tersendiri.
7.Berapa buah karya yang telah dihasilkan setakat ini?
Ratusan buah puisi.
8.Bagaimana saudari dapat bertahan untuk terus berkarya sehingga ke hari ini?
Mudah sahaja. Puisi khususnya, merupakan bahagian daripada kehidupan.
9. Apakah yang cuba ditonjolkan dalam karya-karya saudari?
Saya gemar mengangkat kisah tokoh-tokoh besar Islam, sejarah dan pengajaran daripada perjuangan hidup masing-masing menjadi bait-bait puisi saya.
10. Pada pandangan saudari, bagaimana sesebuah karya itu boleh dikatakan baik?
Sebagai penulis, imejnya yang baik sudah tentu sekali intipati karya dan kemunasabahannya dalam memilih diksi yang sesuai. Dan ini harus diberikan perhatian setiap kali berkarya.
11.Apakah tajuk karya saudari yang pertama kali tersiar di media massa?
Sebuah puisi berjudul ‘Dahulu dan Kini’ yang tersiar dalam majalah Wadah dalam tahun 1992.
12.Apakah saudari berpuas hati dengan apa yang telah dikecapi sekarang?
Pada saya apa yang telah tertulis itulah sebuah kepuasan dan ia akan menyusul selepas ingin menulis lagi.
13. Apakah pandangan saudari terhadap perkembangan sastera di Sabah pada masa kini?
Alhamdulillah. Kesinambungan sastera terus berlaku. Ramai penulis wanita yang siaga menghasilkan novel. Bagaimanapun, saya risau kerana kurangnya penulis wanita yang berwibawa di Sabah dalam genre puisi.
14.Berapa buah buku yang sudah dihasilkan?
20 buah antologi puisi bersama antara judulnya ‘Sumur Mahmudah, Mawaddah dan Anugerah’, ‘Tasbih Rindu’, ‘Tazkirah’, ‘Cahaya’,’Sapaan Bonda’ ,‘Iktikaf’ dan 'Sutera Kunjungan'.
....................................
BIODATA
Dilahirkan pada 6 Disember 1971 di Kampung Tebobon, Menggatal, Kota Kinabalu. Menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Gudon dan Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal, Kota Kinabalu. Mula menulis puisi berunsur Islam awal tahun 90-an. Beliau pernah memenangi hadiah penghargaan Peraduan Menulis Puisi Berunsur Islam anjuran DBP Cawangan Sabah pada tahun 2011. Sebelum itu beliau juga sering memenangi peraduan menulis puisi berunsur Islam sempena Maulidur Rasul peringkat negeri Sabah. Selain puisi, beliau juga menulis cerpen dan ulasan buku. Pada masa ini, Sahara bertugas di Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, berumahtangga dengan penyair Hasyuda Abadi dan telah dikurniakan seorang puteri bernama Syahierah Insyirah.

ATITUDE

The only difference between a good day and a bad day is your attitude. - Dennis S Brown
Attitude atau sekiranya ia dialih ke bahasa Melayu membawa maksud sikap. Sikap buruk bermula dari dalam diri manusia. Dalam sebarang perlakuan individu sama ada di tempat kerja ataupun di rumah, ia saling dikaitkan dengan persoalan sikap. Sikap bolehlah diumpamakan seperti sebuah enjin kenderaan yang akan menentukan prestasi perjalanannya. Dengan erti kata yang lain sikap bermula dari dalam diri seseorang itu.
Sikap yang buruk banyak mempengaruhi dalam perhubungan sekeliling. Tidak kira hubungan persahabatan, percintaan ataupun kekeluargaan. Apatah lagi sikap buruk seseorang manusia itu yang suka buat hal dan tidak menghormati orang lain.
Bagi sikap sebegini ia berpunca dari dalam diri sendiri. Gagal mengawal emosi dan kurangnya sifat sabar dalam diri mendorong kepada seseorang itu untuk melakukan sesuatu yang di luar kawalan dan secara tak sedar telah menyakitkan hati orang lain. Ia seorang yang hipokrit. Ia suka kemahuannya sahaja yang perlu dituruti tetapi kemahuan orang diabaikan dengan pelbagai alasan.
Oleh itu, sikap yang tidak baik ini harus dihindarkan dari diri kita yang kadangkalanya hadir tanpa disedari. Sifat mahmudah harus diterapkan dalam diri bagi menangani masalah hati ini yang boleh menjurus ke arah sikap yang tidak baik. Ia boleh merosakkan kepercayaan, memecahkan kerukunan kekeluargaan, mengoyak ukhwah persaudaraan.
RupHA
4.6.2018

Rumah Mahmudah

Pintu yang selama ini tertutup mulai terbuka. Terpancarlah segala yang bersembunyi. Meskipun tidak seluruh alam yang tersembunyi itu, namun jelas keterkuakan bilah-bilah pintu mengatakan tak perlu disembunyikan lagi. Daripada sifat-sifat mahmudah sampailah kepada sifat-sifat mazmumah. yang paling tinggi dan yang paling bawah. Yang baik dan yang paling tidak baik. Membuak bak bah darah selepas kulit tipis dan isi tubuh diradak mata pisau yang rakus. Anihnya darah yang membuak deras daripada urat-urat isi tubuh itu tidak merah seperti sedia kala bahkan berwarna-warni, malah lebih nyata warna adalah hitamnya!
Ngeri juga darah hitam sesudah mulai merawikan kalbu. Sudah begitu berlaku kalbu diintimi otak, mekanisma minda termahal tubuh dijanai urat sarat urat saraf. Mulai bergetar kalbu itu mempengaruhi seluruh tubuh: mata menangkap segalanya, memamah segala kejelitaan, mengoyak-rabak segala kepuasan nafsu, mengunyah segala kebingungan demi kebingungan, kebimbangan demi kebimbangan; kemudian sisa-sisa yang ada dalam liang matanya dihembusi baunya di khalayak tanpa silu segan dan malu. Ketawalah terbahak-bahak selepas meranapkan segala jenis bahang api. Sekali lagi melumat-lumatkan kebencian, kebimbangan, kedunguan, kebodohan dan ketololan. Dan sejarah tubuh mulai lebur.
Di manakah rumah mahmudahmu? Semua saling berbicara - antara mulut-mulut, antara mata-mata, antara telinga-telinga dan antara kalbu-kalbu. Pemberontakan minda semakin jelas tercetus. Hanya baru disesakkan tekanan-tekanan menggila. Tidak logik dan masuk liang akal. Masih enggan digambarkan ketidaktentuan itu. Jalan kebenaran dinyatakan dalam segala macam retorika, teori, andai-andai dan ikon-ikon mimpi yang mulai memusatkan akal sebagai angan-angan melulu. Imej dan reputasi untuk tubuh.

BUKU SEMPENA PENGUCAPAN PUISI ISLAM


18 buah buku Antologi Puisi yang diterbitkan sempena dengan Mahrajan Sastera Islam Sabah bermula 1987 sehingga 2005.
Kekasih (1987), Ujana Laut Ujana Hati (1989), Hadiah Hari Lahir (1990), Jalan ke Hujung Taman (1991), AL-Kahfi (1992), Kiswah Rindu (1993), Rindu Ilahi (1994), Qiam (1995), Khalifah (1996), Mujaddid (1997), Tasbih Rindu (1998), Tazkirah (1999), Cahaya (2000), Tasbih Hayat (2001), Sapaan Bonda (2002), Iktikaf (2003), Nyanyian Iman (2004) dan Hadrah Cinta (2005).
Apabila Mahrajan Sastera Kesenian dan Persuratan Nusantara yang telah dijenamakan semula di Membakut pada 2012, 2 buah antologi puisi Islam diterbitkan iaitu Sinar Siddiq (2012), Hitam dan Putih (2013) dan Tasawuf Daun (2019).




Rabu, Oktober 05, 2022

Kata Pengantar SYT

oleh: Datuk Dr. Ts. Ramzah Dambul

Dr.Ts.Ramzah
Dambul
BERBEZA dengan beberapa penyair Sabah yang pernah kita mesrai karyanya, Hasyuda Abadi memilih jalur fikir yang agak tersendiri. Ketika ramai penyair lain gemar berbicara tentang konflik dalaman diri (sama ada melibatkan gelora cinta, idealisme, kerohanian atau pencarian nur jiwa) – penyair ini keluar dari kongkongan begitu. Beliau lebih cenderung memberi kritik sosial. Yang ditujukan kepada pelbagai ceruk komuniti dan entiti-entiti manusiawi yang terolah di persekitaran.

Jalur pemikiran penulis yang agak hampir dengan HA dalam konteks ini adalah Jasni Matlani, yang juga tegar dengan puisi kritik masyarakat. Tetapi kedua-dua penyair mapan ini mempunyai identiti yang sangat berbeza – dari segi gaya ungkap dan seni pemilihan diksi. Selain daripada puisi, Hasyuda sebenarnya turut menulis pelbagai genre lain – termasuk cerpen, rencana dan kritikan sastera. Imej sebagai penyair lebih sinonim dengan beliau. Kekuatan paling tuntas Hasyuda terletak pada teknik pengucapan. Beliau suka muncul dengan gaya prosa, seolah-olah sedang bercerita dalam puisi.

Di sinilah teradunnya kunci tarikan dan daya bujuk dalam naratif puisi-puisinya. Nada yang dipilih selalu sinis dan provokatif; begitu tegar melontarkan sindiran dengan cara paling halus dan menghiris. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kita sudah mengesan kecenderungan ini lebih sedekad dahulu; dan kita masih merasakan ciri itu tetap tebal mewarnai daya kepenyairan Hasyuda sampai sekarang.

Kumpulan puisi ‘Suara yang Terbuka adalah contoh klasik suara kritikan komuniti dan sosial penyair. Wacana pemikirannya diadun dalam citra yang rencam, kemudian dihantar merentas pelbagai dimensi: sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik. Elemen sejarah yang seolah-olah terpancar dalam antologi ini hanyalah satu simbolik. Mesej yang benar-benar mahu diketengahkan, selepas mendengar suara yang diolah dan dilontar, sebetulnya berciri sangat kontemporari. Ia adalah kritikan tajam kepada situasi masakini; melibatkan sekecil-kecil entiti seperti kalangan sahabat, keluarga dan organisasi – hinggalah melangkau domain lebih besar seperti masyarakat, negara dan dunia.

Justeru wujudnya lapis-lapis yang terselindung begitu dalam Kumpulan Puisi ‘Suara yang Terbuka’, maka naskah ini memberi sebuah misteri yang indah untuk diteroka. Ia menawarkan enigma untuk dirungkai, dan menjanjikan katarsis jiwa (bagi yang gemar menilik keluk-keluk pemikiran) sebagai ganjaran.

Keseluruhan puisi dalam Suara yang Terbuka melaungkan tentang perjuangan yang berkait-rapat dengan tatanegara: mencari kebebasan bangsa dan manusia, lalu menemui segala onak di sepanjang perjalanan. Maka daripada luka tusukan onak itulah, penyair melontarkan suaranya dengan:

·         Nada sangsi tapi penuh harapan dalam Suara yang Terbuka

·         Nada kecewa yang sinis dalam Luka-luka Sejarah

·         Nada marah yang mencabar dalam Mimpi Sejarah

 Dengarkan seruan terakhir dalam puisi “CITRA SANGKURA BATU ANAK CUCU LIWAS PUTERA MURUT” – yang begitu lantang: Mari saudara-saudaraku bergabung meletup/memerangi kebatilan/membanteras kebatilan/menghancurkan kebatilan!/Ini sangkura batu anak cucu Liwas putera Murut di perbukitan!

 Mari saudara-saudaraku bergabung meletup, memerangi kebatilan, membanteras kebatilan, menghancurkan kebatilan! Ini sangkura batu anak cucu Liwas putera Murut di perbukitan!

            Dalam satu ayat mudah: Suara yang Terbuka agak menyanggah mazhab yang ditawarkan oleh antologi-antologi puisi lain yang pernah dibaca sebelum ini. Karya ini adalah kumpulan puisi prosa, yang menghantar mesej tentang kebebatan-kebebatan dunia masakini. Nadanya kadang-kadang keras melenting; ada ketika hanya sayup-sayup berbisik. Pun begitu, secara kesatuan: ini adalah cerita tentang seribu gelora dan luka komuniti manusia – disampaikan secara jujur menerusi kacamata seorang penyair yang peka.

PEMERKATAAN BUKU-BUKU HASYUDA ABADI

Buku Puisi SUARA YANG TERBUKA:

1. Datuk Dr. Ts. Ramzah Dambul : Pengantar Suara yang Terbuka
4.



BUKU PUISI HASYUDA ABADI, SUARA YANG TERBUKA

Oleh Narudin
Narudin
Suara yang terbuka ialah nama lain dari suara yang terdengar “nyaring”. Begitulah judul buku puisi Hasyuda Abadi, penyair senior Malaysia, Suara yang Terbuka: Kumpulan Puisi (Kuala Lumpur, 2014).
Buku puisi ini dibagi ke dalam tiga bagian subjudul: 1) Suara yang Terbuka (mengandung 24 puisi), 2) Luka-luka Sejarah (mengandung 16 puisi), dan 3) Mimpi Sejarah (mengandung 29 puisi). Pembagian ini tentu saja hanya sekadar pembagian puisi secara tematik yang longgar. Pada hakikatnya, puisi-puisi Hasyuda Abadi saling berkaitan pesannya satu sama lain.

Simaklah puisi berikut ini.
SUARA YANG TERBUKA
Bagaikan jendela yang terbuka pada suatu pagi
di hadapanmu padang lapang yang saujana
kaudengarkah bisik rama-rama
yang bersahabat pada hijau daun
atau semut-semut beriringan menyapa sahabatnya
dari akar ketapang hingga ke bumbung banglo
melakar sukma menganyam pengertiannya.
Jilbab malu menyapa cahaya dari bingkai jendela
Sunyimu telah tiba menerima suara
Apakah begitu bersedia menjadi ramah
Menyambut sebuah salam dan catatan bersulam
Katamu itulah rindu tersipu menambat mimpi-mimpinya.
Bagaikan rahsia yang ingin dipersembahkan
Menikmati nyanyi merdu sunyi
Dewan sukma menanti tiba salam
Terang di hadapan lorong suara yang terbuka
Mohon menyambutnya dengan rahsia bahagia.
Kuantan-KL-KK
22 Januari 2013
Jika diperhatikan secara khusyuk, puisi di atas memang tetap menyuarakan protes sosial secara “nyaring” bagi hati para pembaca yang terjaga. Pengalihan Hasyuda Abadi pada citraan alam sekitar yang indah hanya sekadar bentuk bersembunyi dari hiruk-pikuk kehidupan sosial yang mungkin zalim di sana. Inilah yang disebut dengan gaya bahasa ironi, yaitu gaya bahasa untuk “bilang begini maksudnya begitu”. Dalam teori Semiotika Riffaterre (1980-an), ini dikenal dengan istilah “distorting of meaning” (menyimpangkan arti). Ketaklangsungan ungkapan ini disengaja oleh Hasyuda agar efek kritik mengena secara perlahan-lahan dalam imaji harmoni alam!
Perhatikan baris-baris puisi ini:
Bagaikan jendela yang terbuka pada suatu pagi/
dan,
terang di hadapan lorong suara yang terbuka/
Keterbukaan pada jendela dan lorong itu sebuah sindiran secara tak langsung tetapi “nyaring” perihal kehidupan sosial. Bukankah “monolog individual” ketika dipuisikan atau dibacakan di depan publik menjadi “dialog sosial”?
Secara keseluruhan puisi-puisi Hasyuda Abadi menampilkan kritik atau protes sosial itu—secara tematik. Jika diperiksa secara estetik, pencapaian Hasyuda Abadi sangat ramai dalam hal memilih kata-kata dan menggabungkan kata-kata itu agar kaya secara bunyi atau citra akustik (“signifier”, dalam kajian teori Semiotika). Bunyi-bunyi puisi yang kaya itu dibiarkan bernyanyi lewat nada-nadanya yang ke sana kemari dengan harapan pesan puisinya sampai kepada para pembaca. Kedua, Hasyuda Abadi mengkritik kondisi sosio-politik yang berada di negerinya dengan cara memperpanjang retorika yang berbunga-bunga, kadang lugas juga. Itu semua ia lakukan demi mengejar amanat puisinya sebagai protes kemasyarakatan. Oleh sebab itu, puisi dan prosa agak sulit dibedakan dalam buku kumpulan puisi ini, kecuali bentuk puisi Hasyuda Abadi masih mengikuti bentuk puisi konvensional (memanjang ke bawah tipografinya) tidak memanjang ke pinggir (prosais).
Untuk memahami sindiran Hasyuda Abadi sebagai protes sosial, bacalah secara utuh satu puisi lagi berikut ini. “Nyaring”-nya begitu jelas.
LUKA-LUKA SEJARAH
Jika benar besarnya suara rakyat
biar benarnya benar yang wajar
itu suara yang bergema pemimpin besar
reformasi mewarnai fikir si fakir
jangan dungukan lagi jalan diukir
di sini jalannya tidak berliku
jangan berikan liku itu
menjaja dosa-dosa yang serupa
membesarkan kebatilan
menidakkan kebenaran
berilah janji yang pasti
bukan berani memperjudi undi
suara rakyat hanyalah penyebab
pembalut luka-luka purba
yang sentiasa diseka
mendengar gema
yang sama
yang basi bisanya.
Kingwood Hotel
Mukah
15 April 2011
Lihatlah, bagaimana bentuk puisi Hasyuda Abadi senang memulainya dengan huruf besar dan diakhiri dengan tanda titik (.). Meskipun begitu, puisi di bawah ini justru menempatkan tanda titik (.) di tengah baris puisi. Ini tentu saja tanda puisi modern. Hasyuda Abadi telah membuat puisi-puisi modern Malaysia; ke-Melayu-an poetika Hasyuda Abadi berada dalam ketegangan antara konvensi dan inovasi, dari tradisi romantik kata berbunga-bunga secara fonologis, juga modernisasi realistik dengan tema-tema aktual—bukan lagi ratapan-ratapan diri yang sepi selalu.
Periksa puisi berikut secara lengkap.
SENGKETA
Satu jalan telah berbagi. Sudah sampai masanya kau bersiap untuk
memilih. Apakah kelak benar jua yang telah kaupegang? Pandang
saujana yang Tuhan berikan, bumi tak pernah rela diperbuat sengketa.
Sayang nafsu menguasai segala. Duniamu teroka api menjadi lautan
yang menenggelam. Sambil akal telah dibaham gelojoh. Satu jalan
telah berbagi dalam dendam-dendam yang tak sudah.
Di Indonesia, secara komparatif, puisi-puisi Hasyuda Abadi mengingatkan pada puisi-puisi demonstrasi Taufiq Ismail dan puisi-puisi pamflet W.S. Rendra. Namun, letak perbedaannya, Hasyuda Abadi tengah terus mendobrak tradisi puisi Melayu di Malaysia dengan bentuk puisi prosais-nya ini. Dengan demikian, Hasyuda Abadi saya sebut sebagai salah satu penyair kontemporer Sabah, Malaysia, selain Datuk Jasni Matlani, dan beberapa lagi.
Dawpilar, 25 September 2018
_____
*) Narudin ialah sastrawan, penerjemah, kritikus sastra Indonesia, dan pemenang Anugerah Puisi CSH 2018.
_____
DAFTAR PUSTAKA
Abadi, Hasyuda. 2014. Suara yang Terbuka: Kumpulan Puisi. Malaysia: ITBM
Isnendes, Chye R., Narudin, dan Toyidin. 2018. Teori Sastra Kontemporer: Formalisme, Strukturalisme, dan Semiotika. Bandung: UPI Press.

PUISI PROTES ALA MALAYSIA

Oleh : Viddy Ad Daery *) Pengembara Duta Airmata Bangsa.
3 Disember 2014

Dalam pertemuan sastra “Dialog Budaya dan Sastra, Lintas Bangsa Lintas Generasi” yang diadakan oleh PSBNS ( Perhimpunan Sastrawan Budayawan Negara Serumpun ) pimpinan DR.Free Hearty alias Bundo Free baru-baru ini di Bandung, saya mendapat hadiah satu antologi puisi mungil karya penyair sahabat saya, Hasyuda Abadi dari Sabah, Malaysia.

Buku puisi itu berjudul “SUARA YANG TERBUKA” terbitan ITBM Kuala Lumpur, satu lembaga baru yang nampaknya akhir-akhir ini berusaha cergas dinamis menyalip lembaga DBP yang sudah berusia hampir sama dengan usia kemerdekaan Malaysia, dimana kalau diperbandingkan dengan Indonesia, maka DBP hampir setara dengan Pusat Bahasa, sedangkan ITBM hampir setara dengan Balai Pustaka.

Dua-dua atau empat lembaga yang diperbandingkan itu, dalam hal penyedotan dana anggaran dari negara hampir sama besar, tetapi dari segi wujud, barangkali bagaikan bumi langit.

DBP dan ITBM mempunyai gedung teramat megah, dan yang penting, hasilnya sangat dinikmati manfaatnya bagi para sastrawan dan penulis Malaysia, sehingga mereka rata-rata hidup mapan dan mewah terjamin hingga masa tua.

Sebaliknya, yang lembaga di Indonesia, mungkin hanya bisa dinikmati segelintir atau 10 % dari seluruh sastrawan Indonesia, tetapi 90%nya hanya dinikmati oleh para pegawainya sendiri yang hidup mewah berlimpah uang negara yang dipakai kegiatan-kegiatan sendiri dan tak ada manfaatnya bagi bangsa.

Sudah begitu, gedung-gedung mereka tua dan lusuh, seakan-akan mereka tak pernah mendapat guyuran dana renovasi gedung. Pokoknya kalau saja kita andaikan ada seorang penyair berandalan Indonesia  hanya mempunyai satu puisi berisi teriakan “Anjiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiing……!!!!” maka teriakan puisi tunggal itu sangat layak dialamatkan kepada mereka. Dan itu menurutku, lebih bagus daripada ratusan puisi gelap yang dimuat di KOMPAS, KORAN TEMPO, MEDIA INDONESIA, dan 90 % Koran Indonesia pemuja sastra gelap selama hampir 15 tahun ini , terutama semenjak era reformasi.

PROTES ALA HASYUDA ABADI

Nah, kembali membahas buku puisi Hasyuda Abadi, “Suara yang Terbuka”….kalau dialihbahasakan ke bahasa Indonesia, artinya adalah PROTES YANG TERUS TERANG.

Tetapi dibandingkan satu puisi berjudul “Anjiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiing…!!!” tadi, tentu puisi penyair anjing tadi lebih mantap dan bertenaga dobrak dibanding seluruh puisi dalam kumpulan “Suara yang Terbuka” ini.

Tetapi Malaysia adalah Malaysia dan Indonesa adalah Indonesia, jadi memperbandingkannya tentu tidak bisa sesederhana itu.

Malaysia adalah negara yang hasil bumi dan kekayaan negaranya dikelola oleh para pemimpinnya secara baik dan amanah, digunakan untuk mensejahterakan rakyatnya. Jadi tentu sia-sia, kalau seorang penyair Hasyuda Abadi kita tuntut untuk memprotes dan melabrak pemerintahnya. Apa salah pemerintah Malaysia ?

Sebaliknya, Indonesia adalah negara superkaya, yang kekayaannya dijadikan pesta rusak-rusakan antara para maling-maling keturunan bangsa asing dan para pemimpin pribumi berjiwa anjing. Sedangkan rakyatnya dibiarkan miskin kesrakat dan mati kelaparan persis peribahasa ayam mati di lumbung padi.

Jadi, seandainya puisi-puisi Hasyuda Abadi dan bahkan semua penyair Malaysia hanya berisi puisi puja-puji bagi pemimpinpun, apa salahnya ? Bahkan sangat layak dan bisa dimengerti.

Tetapi toh Hasyuda Abadi tidak melulu melakukan itu, meski satu dua puisinya ada pula yang merupakan sastra puja, misalnya puisi “Februari Sebuah Puisi” yang merupakan satu elegi buat Gemulah Umi, dan atau puisi “Gizi Zaman” yang ditujukan kepada Haji Ariffin Arif, mantan penyair andalan Sabah yang kini menjadi Menteri Sabah.

Dan meskipun puisi puja-puji, puisi Hasyuda Abadi tidak berformat ala “Puisi 17-Agustusan” seperti di Indonesia, melainkan sebuah senandung bayu merayu, misalnya kuplet ini :

Membakut disebut arif

Arif didendang alif

Biar dondangan ini merakyat

Mengakrab ariffin yang jernih mengalir

Menjunjung ( tugas ) khalifah bumi

( “Gizi Zaman” halaman 39 ).

Maka, puisi protes Hasyuda , sememangnya adalah protes kepada kemanusiaan, kepada manusia yang lupa bersyukur, kepada manusia yang sombong, kepada manusia yang serakah, kepada manusia yang tak tahu diri,  kepada manusia yang tidak menjalankan tugas yang diberi Allah sebagai “Khalifah fil ardhi” , kepada manusia yang suka merusak lingkungan hidup, kepada para pejabat dan pemimpin politik yang tidak amanah, yang tidak meneladani para pemimpin besar mereka yang adil dan bijaksana.

Kita ambil contoh kuplet ini :

Kalian hanya tahu air tapi tak pernah menyelami dasarnya

Kalian hanya kenal padang tapi tak pernah berlari pada keluasannya

Kalian hanya kenal matahari tapi tak pernah bersyukur keindahan pada cahayanya

( Memberi Luka, halaman 38 ).

Puisi tersebut adalah protes kepada bangsa-bangsa asing di Malaysia, yakni etnis cina dan india kafir yang pernah membuat kehebohan besar melarang terbitnya novel “Interlok” karya sastrawan besar Malaysia pribumi Melayu, yakni Abdullah Hussain, karena konon menurut orang-orang kafir cina dan india itu, dalam novel  bermutu itu, terdapat sedikit kalimat yang menyinggung SARA dalam pandangan mereka.

Tetapi yang tak pernah diungkap adalah, dalam karya-karya tulis orang-orang kafir itu, penuh sekali dengan muatan-muatan yang menghina kaum pribumi dan mencaci-maki serta merendahkan agama Islam, seperti yang sedang berlambak-lambak di Indonesia hari ini.

Itulah kerenah atau ulah degil orang kafir, di mana-mana saja, apalagi di Indonesia, tempat kekafiran tumbuh subur dan dilindungi pemerintah rezim hari ini !!!!!



Konten ini telah tayang di Kompasiana.com dengan judul "Puisi Protes Ala Malaysia", Klik untuk baca:
https://www.kompasiana.com/viddydaery/54f3b1bd745513a42b6c7d74/puisi-protes-ala-malaysia

Kreator: Viddy Daery



Kompasiana adalah platform blog, setiap konten menjadi tanggungjawab kreator.

Tulis opini Anda seputar isu terkini di Kompasiana.com



**Viddy wafat di Rumah Sakit Muhammadiyah Lamongan Senin (23/11/2020) dini hari dalam usia 59 tahun

MATA WANG

                Tenggara Asia itu ladang  yang tertanam di dalamnya
dendam. Getar ini hati yang panjang dari pangkalan silam
mata polos. Tangan-tangan rakus menggerakkan impian
kemusnahan, menghadang godaan angin dan tak pernah
mengaku rebah.
                   Begitulah layaknya barat dilayan juara
                   ini Asia yang tak pernah beralah
                   ini Asia yang tak mungkin menyerah!
                           di sana sorosmu
                               tapi di sini Mahathirku!

                    Lepaskan peluruh yang telah melebarkan dugaan
                    ampuh benua di sini makin berani bertahan.

Mata wang - mata yang memandang segala
membungkus rimas dan was-was
dengan kertas keyakinan mata wang diurus, dielus dibelai
sayang, membaja pohon kekuatan
                       segala bersimpuh, seluruh memburai keruh
                       kejatidirian bangsa mulai membuka tabir jerebu
                       menjengah, dari jendela wibawa dan jaguh
                       berani menyakini, mengakar sadar dan bangun
                                                                                    memburu teguh.

                                                                Jakarta, 1997.