Isnin, Jun 21, 2010

Sahara Cinta


aku adalah rimbun hijau
yang kau merahkan
yang sering menumpahkan tanya
dalam sentuhan nalurimu

aku adalah dari kuntum fikir
yang kau akarkan
yang sering memaknakan wujud
dalam mistik hatimu

aku adalah dari sahara cinta
yang kau sinarkan
yang sering memesrai akrab
dalam rahsia kalbumu.

PUSTAKA IQBAL NAZIM

~ Hasyuda Abadi ~

Kunjungan Kekeluargaan 2S





















































Hasyuda Abadi ~

Dedikasi buat ayahku

Seorang ayah: apa yang dapat kupandang dalam fikirannya selain kekentalan semangat membina keluarganya berbaur ria dan derita hingga menjelaskan betapa telah besar keluarga dari anak-anaknya sendiri hingga berkembang kepada cucu dan cicit. Sesungguhnya engkaulah penjana untuk kehidupan kami. (dedikasi buat Tn Haji Hussin Rippan).

~ Hasyuda Abadi ~

Ahad, Jun 20, 2010

Kunjungan v














- Sahara Jais

kunjungan kali ini menjelaskan rimba menjadi padang sutera
menyebabkan malam-malam semakin tenang dan terang
oleh cahaya keagungan

lebur yang abadi menakluk segalanya
ketika awan-awan berarak menuju destinasi
inilah kunjungan menamatkan segala puri tanya yang bersawang
purnama menjadi dekad bertekad niat dengan ketabahan...


Taman Putera Jaya,
Telipok.
20 Jun 2010




~ Hasyuda Abadi ~