Jumaat, Julai 16, 2010

Keputusan

Keputusan ini tepat, kuharap begitulah. Kerana sering kuingat dan kenang jasa bakti gemulah Ummi yang merestui ketika sedang tenat sakit.

Jika dia ada, gembiranya tentu dapat kurakam. Semoga dalam tenangnya melihat kami yang sentiasa merafakkan doa walaupun jarak telah jelas namun di sanubari keakraban menjadi lebih jitu.

'Politic King'


ataupun raja berpolitik.
andalah yang merakyatkannya menjadi raja
menjadi perbualan tanpa sesal sedikitpun
pentas negara dan bangsa
berbahasa siaga mencari yang benar
tetapi lebih kepada yang bebal kebal
melebal diri.

raja berpolitik lebih sering
memutar iktibar
tak ada titiknya.


~ Hasyuda Abadi ~