Selasa, Julai 29, 2008

Mengguris Rahsia Akal



















Jalan-jalan telah semakin terbentang
sambil di kalbuku ingatan yang panjang
berkembara antara liku dan jalan-jalan kecil
di kotamu

ke belakang mengenang perjalanan
yang biasa tak pernah habis
mengguris rahsia akal
yang sebal

memaknakan diam yang demikian sunyi
mengundangku ke mari
menemukan ciri diri
menaakul batas peribadi

aku bukan sesiapa
meski di mana pun juga
merungkai keperian cuaca
fikir yang kuukir

hanya kata-kata
makna yang rahsia


Adi Dharma Hotel,
Kuta, Bali.
Indonesia.

26 Julai 2008

Di Tanah Lot














Hanya ombak laut di batu
berkejar dan suara yang riuh
kurakamkan pengalaman itu
pada pandang berbeza
yang diharumi
orang-orang yang terpesona
menakjubi apa yang ada

Meski jiwaku masih teguh memaknai
keagungan Pencipta.


HASYUDA ABADI,
Tanah Lot, Bali,
27 Julai 2008.