Jumaat, Julai 12, 2024

11 Julai 2024 menyimpan sejarah tersendiri untuk IPS

Deklamasi Puisi Dalam Majlis Makan Malam Hari Jadi Rasmi TYT
KOTA KINABALU: Deklamasi puisi akan diselitkan sebagai salah satu pengisian dalam majlis makan malam sempena sambutan Hari Jadi Rasmi TYT pada Oktober depan.
Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah (IPS), Awang Abdul Muizz Awang Marusin memaklumkan demikian ketika ditemui media kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis.
Kredit Foto-foto: #JAPENSabah



ooooOoooo

Dengan penuh hormat dan takzim, kami merafak sembah, menjunjung setinggi-tinggi kasih ke hadapan majlis Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah atas limpah perkenan menerima mengadap saya dan sahabat-sahabat Ikatan Penulis Sabah (IPS) pada pagi hari ini. Amat bersejarah sesungguhnya buat IPS kerana dapat memperkenalkan komuniti penulis di Sabah ke hadapan majlis TYT Tun.


Ustaz Awang Abdul Muizz Awang Marusin, Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah



Muizz mengetuai rombongan pemimpin dan ahli IPS diterima majlis Kunjungan Rasmi terhadap TYT Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu.




Khamis, Julai 11, 2024

Montaj Penataran Penulisan Kreatif IPS



LIRIK PENATARAN PENULISAN KREATIF


telah jauh perjalanan ditempuhi

ada pengalaman memenuhi peribadi

sampai masanya ingin berbakti

menumpahkannya ke acuan pertiwi


kami kumpulan dibimbing semangat

berbekal hemat wasatiyyah jadi azimat

menjulang amanah memandaikan umat

biar mekar kata-kata menjadi kalimat


indah bahasa indah mawadah

menterjemah bibit fikrah 

bait-bait puisi meramun falsafah

membina membimbing membangun

citra sastera generasi madani


Lirik: HA

Muzik: Suno AI






Lagu Penulis Sabah




Lagu Penulis Sabah

Terbit sinar cahaya
tiga orang pemuda
dari pekan Singgah Mata

Ibu negeri Sabah
saksi sejarah kita
cita menulis wibawa

Langkah beristiqamah
Jiwa yang wasatiyyah
misi bergerak bersama

Mengabdi pada Tuhan
Berkhidmat untuk watan
di lapangan penulisan

Bahasa dan sastera
seni, budaya Sabah
warisan kita semua

Menggenggam masa depan
Malaysia berwawasan
berilmu, berkemahiran

Dengan doa, usaha
bersemangat berkarya
memanusiakan manusia


Lirik: AMZA
Lagu: SUNO AI

Semangat Wasatiyyah Sebagai Identiti

Menjadi sasterawan secara sederhana, itu sebuah pilihan dan saya memelihara semangat ini sentiasa ada. Demikian kunci intipati perjuangan komuniti yang insaf bahawa kesederhanaan tidak menyumbang kepada kelemahan. Kesannya tentu sahaja juga sederhana. Tidak terlalu disorak apabila menempuh jaya, tidak terlalu terluka sekiranya menempuh kegagalan.
Saya yakin gerakan berpandukan semangat ini akan terus istiqomah kerana melalui sebuah identiti wasatiyyah, saling menghormati, beradab, berintegriti dan bersungguh-sungguh mempertahan sekaligus memperkasakan impak sebagai hasil yang luar biasa.
Setiap orang ada misinya sendiri, jangan cepat menghukum ketika memandang kekurangan atau melambung tinggi memuji kepada suatu kelebihan. Damaikan fikiran di luar kebiasaan, kerana merasa benar belum tentu baik apatah lagi terbaik. Semua orang memiliki kekurangan, kelebihan dan kesederhanaannya. Jangan juga melakukan perbandingan antara orang dengan yang lain berasaskan satu hal semata-mata.
Seperti yang lain saya bersama rakan-rakan juga memiliki misi tertentu dan sebahagiannya telah dilakukan, ada yang sedang berlangsung dan tidak kurang perancangan. Kami memiliki aset tersendiri bukan wang atau harta tetapi fikiran diluar kotak. Generasi baharu yang inovatif tidak cukup hanya bijak dalam dunia kreatif tetapi juga mempunyai kemahiran tertentu. Di sampingnya berkebolehan memandang jauh di hadapan.
Penggilapan kebolehan berkemahiran harus dipupuk, diraikan, dibimbing, diberikan ruang yang banyak. Jangan bolot semua dengan menganggap kita sudah banyak pengalaman hingga mengabaikan aset tertentu ada pada orang lain dan orang lain itu merupakan generasi penerus perjuangan.
Saya dan rakan-rakan berasa selesa, ketika usia semakin senja organisasi tetap bergerak lebih maju lagi kerana ada pelapis yang dinamik, progesif, inovatif, berani dan sebagainya. Dengan begitu keadaannya saya tetap mengingatkan tentang wibawa kesederhanaan. Melakukannya secara berterusan dan utuh mencapai hasil yang terbaik. Ini lingkaran misi yang mesti dipelihara, dihadam dan diamalkan.

Isnin, Julai 08, 2024

45 tahun dan Data Mutakhir Hasyuda Abadi

RINGKASAN DATA-DATA HASYUDA ABADI
(Dikemaskini sehingga 11/7/2024).
1. Deklamasi Puisi pertama kali pada 1969 di Panggung Wayang Lumadan Estet, Beaufort. Berusia 9 tahun dalam Darjah 3.
2 Karya pertama tersiar pada 13.12.1980 (puisi tersiar di Sabah Times). Judul: Mengapa o Mengapa. Pada tahun 1986, puisi bertajuk 'Salam Buat Kekasih' menerima Hadiah Sastera Malaysia.
3. Bil. buku sendiri - 13 (puisi 11, pantun 1, cerpen 1)
4. Bil. puisi dalam 11 buah buku kumpulan puisi persendirian - 797.
*(Balada Paduka Mat Salleh, 1988; Datang Kembali, 1997; Akar Cahaya, 1997; Menginai Badai; Kembali di Lahad Rahsia; Sirna Sirna; Suara yang Terbuka, 2014; Kelahiran Sekuntum Cermin, 2021; Musim Perubahan di Negeri Kami, 2021; Hutan Ayah, 2023 dan Melawan Kebiasaan, 2023)
5. Bil. buku antologi puisi bersama - 72 (jumlah puisi - 149)
6. Bil. karya tersiar di media massa sehingga 18/11/2022 - 508 (sedang dikemaskini)
7. Bil. buku cerpen bersama - 2
8. Bil. buku drama bersama - 1
9. Bil. buku esei bersama - 4
10. Bil. menyelenggara buku - 5
11. Bil. karya diterjemah bahasa asing - 3
12. Terima HSM/HSPM - 3 x
13. Terima HSS - 14 x
14. Terima Anugerah Tokoh Penyair Islam ke-12 (2008)
15. Terima Hadiah Penulis Prolifik melalui Hadiah Tinta Sastera pada 1999 dan 2004.
16. Terima Anugerah Veteran Seni Dasar Warga Emas Nasional (Dwen) 2021 Kategori Penulis.
17. Terima Anugerah ASIS 2022 Kategori Tokoh Seni Sastera Islam Sabah.
18. Terima Anugerah Sastera Negeri Sabah 3 (2022).
19. Ikut penataran sastera utama -
Program Penulis Anak Angkat DBP Sabah (1987), Program Penulisan Mastera di Jakarta (1997)
20. Terlibat sebagai pembimbing bengkel penulisan
21. Terlibat sebagai pemakalah
22. Terlibat sebagai penceramah
23. Terlibat menulis teks puisi yang dibacakan pendeklamasi pilihan sempena Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Sabah dan pada Hari Pahlawan peringkat Negeri Sabah.
24. Terlibat mengurus persatuan (Kumpulan Anak Seni pada 1979-1990 - Setiausaha Kehormat - 5 tahun; IPS (1990-kini) - Ketua Satu, 20 tahun). Kini Pengerusi Kelab Penggiat Komuniti Buku Negeri Sabah (Kebuku), Timbalan Pengerusi Persatuan Baitul Muqaddam (PBM) dan merupakan Ketua Majlis Penasihat IPS. Setiausaha Masjid Al-Mujahidin Kg Gudon Kota Kinabalu. Menjadi ahli sepanjang hayat PENA (2013) dan BAHASA (2018) .
25. Terlibat menyelenggara buku puisi.
26. Terlibat menjadi penilai karya.
27. Terlibat sebagai Ketua Fasilitator dan Fasilitator PPSB di PLKN.
28. Terlibat sebagai panel hakim sayembara deklamasi puisi pelbagai peringkat, panel hakim sayembara menulis puisi Islam Asean.
29. Guru-guru utama sastera:
1. Datuk (Dr) Hajah Zaiton Haji Ajamain.
2. Allahyarham Dato Dr Ahmad Khamal Abdullah (Kemala)
3. Allahyarham Dr Sapardi Joko Damono, Prof Dr. Abd Hadi WM dan Taufik Ismail.
30. Guru Deklamasi Puisi: Hj Marzuki Ali.
31. Guru Gerak Tari: Allahyarham Datuk Zulkifli Zain
32. Nama Isteri: Hajah Sahara binti Jais
33. Nama Anak-anak: Syahzierah, Syahfierah, Syahierah Insyirah dan Sumayyah Zhufairah
34. Nama Adik-adik: Hassimah, Hajah Hamidah, Rosly, Melati dan Melor
35. Rakan seperguruan puisi: Sdr Saibil Madun.
36. Sahabat Karib: Abd Naddin Haji Shaiddin, Mohd Jasni Yakub Oneh Latifah Osman
37. Rakan persekolahan: Monsu Gudon, Subardjoe Durasit, Dtk Surinam Sadikun, Ramlan Ag Adi, Basir Sukir, Yakub Ag Jaya, Mainah Karmani (Almrh), Jaini Surat, Grey Sampungol, Asiah Abu dan Jamali Mardi.
*HSPM - Hadiah Sastera Perdana Malaysia
*HSS - Hadiah Sastera Sabah
Nota: Jumlah besar puisi: 1,454 (termasuk dua buah buku yang baru disiapkan).