2017 2022 A.Halim Ali Adat Agama Aktiviti HA Aktiviti IPS Al-Quran Analisis Andekdot Anekdot Anugerah Anugerah Pena Kinabalu Anugerah Sasterawan Negeri Sabah Apresiasi Artikel Artikel Sastera ASN Azlinah Azrone BAHASA Bahasa Melayu Bakhtin Bayaran BBK Berita Harian Online Bicara Karya Biodata Budaya Bukit Selembau Buku Buku Puisi Catatan Perjalanan Cerpen Datuk Hj Suhaibun Yussuf DBP Sabah Deklamasi Puisi Desigining Dewan Masyarakat Dewan Sastera Dialogisme Dr Mahathir Ekokritik Esei Fauziah Moksin Filem Fitri Foto Frost Futuristik Gapena H1 N1 Hadiah Sastera Hadiah Sastera Sabah Hadijah Haji Hamka Hari Kebangsaan Hasyuda Abadi Hedonis HSPM Idea Intertekstualiti IPS Istiqomah Izzuddin Fitri Janatan Kandok Jasni Matlani Juara Rakyat Julia Kristeva Keberhasilan Keberhasilan Tertinggi Hasyuda Abadi Keluargaku Kemali di Lahad Rahsia Kematangan Kembali di Lahad Rahsia Kepaduan Keratan akhbar Sabah Kesenian Islam Klise Komposisi Kritikan Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Majalah Makkah Malaysia Madani MAPENA KINABALU MASTERA Maulidurrasul Merdeka Muzalifah Nadwah Sastera Islam Narudin Nasyid Norawi Hj Kata Numera Nusantara Panduan Menulis Puisi Pantun Patriotisme Penulis Sabah Penyair Penyair Islam Percakapan Tentang Tema Persidangan Persuratan Kebangsaan Perspektif Pilihan raya plagiarisme politik Potugis PPSB PPSMI Puisi Puisi Esei Puisi Islami Puisi Ramadan Pustaka Iqbal Nazim Rabbani Raja Lawak Rencana RupHAm Sabah Sabah Maju Jaya Salam buat Kekasih Sastera Sastera Islam Sastera Kanak-kanak Sastera Nusantara Sastera Sabah SASTERAWAN Sasterawan Negara Sasterawan Sabah Sayembara SEA Write Award Seberkas Idea Tentang Pohon Sepanggar Sepasang Sayap Jelita Sesekali Menoleh Ke Belakang SMJ Suara yang Terbuka Suntik Surat Surat Khabar Susatera Tadabur Teater Terjemahan Titik di kalbu nazim Tots Ucapan Ulasan Cerpen Ulasan Sayembara Peraduan Menulis Cerpen Sempena Hari Malaysia 2020 utube Utusan Borneo Wacana Sasterawan Wasatiyyah Wawancara Zubaidi Zubir Ali

Rabu, Oktober 05, 2022

Kata Pengantar SYT

oleh: Datuk Dr. Ts. Ramzah Dambul

Dr.Ts.Ramzah
Dambul
BERBEZA dengan beberapa penyair Sabah yang pernah kita mesrai karyanya, Hasyuda Abadi memilih jalur fikir yang agak tersendiri. Ketika ramai penyair lain gemar berbicara tentang konflik dalaman diri (sama ada melibatkan gelora cinta, idealisme, kerohanian atau pencarian nur jiwa) – penyair ini keluar dari kongkongan begitu. Beliau lebih cenderung memberi kritik sosial. Yang ditujukan kepada pelbagai ceruk komuniti dan entiti-entiti manusiawi yang terolah di persekitaran.

Jalur pemikiran penulis yang agak hampir dengan HA dalam konteks ini adalah Jasni Matlani, yang juga tegar dengan puisi kritik masyarakat. Tetapi kedua-dua penyair mapan ini mempunyai identiti yang sangat berbeza – dari segi gaya ungkap dan seni pemilihan diksi. Selain daripada puisi, Hasyuda sebenarnya turut menulis pelbagai genre lain – termasuk cerpen, rencana dan kritikan sastera. Imej sebagai penyair lebih sinonim dengan beliau. Kekuatan paling tuntas Hasyuda terletak pada teknik pengucapan. Beliau suka muncul dengan gaya prosa, seolah-olah sedang bercerita dalam puisi.

Di sinilah teradunnya kunci tarikan dan daya bujuk dalam naratif puisi-puisinya. Nada yang dipilih selalu sinis dan provokatif; begitu tegar melontarkan sindiran dengan cara paling halus dan menghiris. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kita sudah mengesan kecenderungan ini lebih sedekad dahulu; dan kita masih merasakan ciri itu tetap tebal mewarnai daya kepenyairan Hasyuda sampai sekarang.

Kumpulan puisi ‘Suara yang Terbuka adalah contoh klasik suara kritikan komuniti dan sosial penyair. Wacana pemikirannya diadun dalam citra yang rencam, kemudian dihantar merentas pelbagai dimensi: sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik. Elemen sejarah yang seolah-olah terpancar dalam antologi ini hanyalah satu simbolik. Mesej yang benar-benar mahu diketengahkan, selepas mendengar suara yang diolah dan dilontar, sebetulnya berciri sangat kontemporari. Ia adalah kritikan tajam kepada situasi masakini; melibatkan sekecil-kecil entiti seperti kalangan sahabat, keluarga dan organisasi – hinggalah melangkau domain lebih besar seperti masyarakat, negara dan dunia.

Justeru wujudnya lapis-lapis yang terselindung begitu dalam Kumpulan Puisi ‘Suara yang Terbuka’, maka naskah ini memberi sebuah misteri yang indah untuk diteroka. Ia menawarkan enigma untuk dirungkai, dan menjanjikan katarsis jiwa (bagi yang gemar menilik keluk-keluk pemikiran) sebagai ganjaran.

Keseluruhan puisi dalam Suara yang Terbuka melaungkan tentang perjuangan yang berkait-rapat dengan tatanegara: mencari kebebasan bangsa dan manusia, lalu menemui segala onak di sepanjang perjalanan. Maka daripada luka tusukan onak itulah, penyair melontarkan suaranya dengan:

·         Nada sangsi tapi penuh harapan dalam Suara yang Terbuka

·         Nada kecewa yang sinis dalam Luka-luka Sejarah

·         Nada marah yang mencabar dalam Mimpi Sejarah

 Dengarkan seruan terakhir dalam puisi “CITRA SANGKURA BATU ANAK CUCU LIWAS PUTERA MURUT” – yang begitu lantang: Mari saudara-saudaraku bergabung meletup/memerangi kebatilan/membanteras kebatilan/menghancurkan kebatilan!/Ini sangkura batu anak cucu Liwas putera Murut di perbukitan!

 Mari saudara-saudaraku bergabung meletup, memerangi kebatilan, membanteras kebatilan, menghancurkan kebatilan! Ini sangkura batu anak cucu Liwas putera Murut di perbukitan!

            Dalam satu ayat mudah: Suara yang Terbuka agak menyanggah mazhab yang ditawarkan oleh antologi-antologi puisi lain yang pernah dibaca sebelum ini. Karya ini adalah kumpulan puisi prosa, yang menghantar mesej tentang kebebatan-kebebatan dunia masakini. Nadanya kadang-kadang keras melenting; ada ketika hanya sayup-sayup berbisik. Pun begitu, secara kesatuan: ini adalah cerita tentang seribu gelora dan luka komuniti manusia – disampaikan secara jujur menerusi kacamata seorang penyair yang peka.

Tiada ulasan: