Label

2017 2022 A.Halim Ali Adat Agama Aktiviti HA Aktiviti IPS Al-Quran Alur Amil Jaya Ammi Manja Analisis Analisis Puisi Andekdot Anekdot Anugerah Anugerah Pena Kinabalu Anugerah Sasterawan Negeri Sabah Apresiasi Apresiasi Sastera Ariffin Artikel Artikel Sastera Artistik ASAS ASIS2 2024 ASN Azlinah Azrone Baca Puisi Bagandang BAHASA Bahasa Melayu Bait-bait Baitul Muqaddam Baju Baju Hasyuda Abadi Bakhtin Basirah Bayaran BBK Bengkel Puisi Berimpak Tinggi Berita Harian Online Bernama Bicara Karya Biodata Biodata Ringkas Biodata Ringkas2 Budaya Bukit Selembau Buku Buku Puisi Burung Burung-burung Demokrasi Catatan Perjalanan Cerpen Dajal Data Hasyuda Abadi Datuk Hj Suhaibun Yussuf DBP Malaysia DBP Sabah Deklamasi Puisi Demokrasi Desigining Dewan Masyarakat Dewan Sastera di Samudera Dialog Teluk 11 Dialogisme Diam diLembukan Dr Mahathir dunia sastera Ekokritik Emin Madi Esei Esei Sastera Fatwa Sastera Islami Fauziah Moksin Filem Fitri Foto Frost Futuristik gagasan Galeria Visual Hasyud Abadi Gapena Gizi H1 N1 HA Arts Hadiah Puisi K.Bali Hadiah Sastera Hadiah Sastera Sabah Hadijah Haji Hamka Hari Kebangsaan Hari Sastera Hasyuda Abadi Hedonis hiper Hirah HSPM Hujan Hutan Ayah Hutan Ayah (Cover) Hutan Ayahm IPS Idea Ikatan Penulis Sabah Ilustrasi intelek Intertekstualiti IPS Istiqomah Izzuddin Fitri Jakim Jamdin Buyong Janatan Kandok Jasni Matlani Jheains Juara Rakyat Julia Kristeva K.Bali Kata Kata-kata Katapilar Keberhasilan Keberhasilan Tertinggi Hasyuda Abadi Kekuasaan Kelahiran Sekuntum Cermin Keluargaku Kemali di Lahad Rahsia Kematangan Kembali di Lahad Rahsia Kembara Kalimantan Kepaduan Keratan akhbar Sabah Kesenian Islam Kesusasteraan Borneo Ketua Satu IPS Khilaf Klise Komposisi Kota Kota Kinabalu Kota Literasi Dunia Kota Sastera Kritikan Lagu IPS Larut Lirik Lagu Penulis Sabah Literasi Lukisan Maal Hijrah Madani Mahathir Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Majalah Makalah Makkah Maktab Sabah Malam Hari Tiga Malaysia Madani MAPENA KINABALU Masa lalu MASTERA Maulidurrasul MBSS Melawan Melawan Kebiasaan Membakut Memilih Memuji Menikahi Merdeka MHT Miri Montaj Motto IPA Muhasabah Muizz Musim Perubahan di Negeri Kami Muzalifah Nadwah Sastera Islam Nadwah Serantau Persuratan Islam Naratif Kesempatan Narudin Nasyid Norawi Hj Kata Numera Nur Nusantara Orang Jaga Panduan Menulis Puisi Panji Pratama Pantun Paradox Patriotisme Pelancaran Buku DBP Pemikiran Hasyuda Abadi Pena PENA. Hasyuda Pencalonan ASNS3 Pengarang Pengolah Pengurusan Sastera Penulis Penulis Kreatif Penulis Sabah Penyair Penyair Islam Percakapan Tentang Tema Perpaduan Persidangan Persuratan Kebangsaan Perspektif Persuratan Islami Pilihan raya Pingat Penulis Sabah plagiarisme Pokok politik Politikj Potugis PPS PPSB PPSMI Profesional Proper Psikologi Puisi Puisi Adalah Puisi Adalah... Fenomena Puisi Amil Jaya Puisi Esei Puisi Islami Puisi kabur Puisi Ramadan Pustaka Iqbal Nazim Putatan Rabbani Rahman Shaari Raja Lawak Rencana Riadah Seni Rumah Kita Rumah Puisi Hasyuda Abadi RupHA RupHAm Sabah Sabah Maju Jaya Sahara Sajak Koperasi Salam buat Kekasih Sastera Sastera Islam Sastera Kanak-kanak Sastera Nusantara Sastera Sabah SASTERAWAN Sasterawan Negara Sasterawan Negeri Sabah ke-3 Sasterawan Sabah Sayembara Sayembara Puisi Adalah SEA Write Award Seberkas Idea Tentang Pohon Sejarah Hadiah Puisi K.Bali Sengsara Sepanggar Sepasang Sayap Jelita Sesekali Menoleh Ke Belakang Siapa Hasyuda Abadi SMJ SMK St John Suara yang Terbuka Suntik Sunyi Surat Surat Khabar Susatera Tadabur Teater Terjemahan Tinta Titik di kalbu nazim Tokoh Mahrajan 2014 Toleran Tots Tuan Tun Juhar TYT Sabah Ucapan Ulasan Cerpen Ulasan Sayembara Peraduan Menulis Cerpen Sempena Hari Malaysia 2020 UNESCO utube Utusan Borneo Wacana Sasterawan Wasatiyyah Wawancara Zubaidi Zubir Ali

Ahad, Oktober 02, 2022

Kata seorang guru. Saya tidak mahu campur tangan!

Menulislah tetapi memberikan impak kepada diri sendiri dan orang lain. Menulislah biar susah dan senangnya memberikan kebaikan yang luar biasa.

Menulis puisi, kebanyakan orang yang kurang faham akan mengatakan sangat membosankan, rumit dan sukar diterima orang. Siapa kata? Maka adalah segelintir buat cara lain agar kononnya puisi diminati semula, agar puisi mudah difahami. 

Ayat terakhir di atas bukan mandatori, mungkin ada benarnya tetapi sebenarnya banyak juga yang auta . Kita diberikan pilihan mahu menggunakan kaedah apa agar bagaimana puisi kekal dominan dengan keadaan aslinya. Puisi memiliki ambiguiti tersendiri, maksudnya makna yang tersirat jarang diterima secara sama antara peminat puisi dengan yang lain. Lebih beragam pemaknaan sesebah puisi maka lebih berjaya sesebuah karya itu jika menurut Zaen Kasturi. 

Seperti kata penyair Abizai dalam sebuah forum mengengai alternatif berpuisi menerusi puisi esei baru-baru, kita bukan menolak tetapi meraikan apa juga pendekatan sastera yang datang sekiranya ia bagus. Tetapi bukan pula menggunakan kaedah 'perang gerila' sehingga wujud fenomena semata-mata ingin meyakinkan bahawa puisi esei telah diterima ramai.

Seorang penggiat di mukabuku mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai puisi ini tetapi dia merujuk kepada isu puisi esei dengan meletakkan satu pancang sebagai kenyataan bahawa janganlah dikusutkan dunia penulisan dengan pembauran (bukan pembaruan) yang tidak praktikal. Jika penulis mahu menulis sejarah terus saja tulis sejarah, mengapa perlu dicampuraduk dengan kaedah lain. Jika penulis mahu menulis prosa, tulis saja prosa. Bukan puisi prosa. Maknanya jika penulis menulis puisi, dan sukar difaham jangan pula dikotorkan dengan kaedah esei. Ini membingunkan peminat puisi sebenarnya.

Seorang penulis muda berkata jenis puisi ini memang 'memboringkan'. Ini diakui bukan saja membosankan tetapi dianggap puisi taik! Agar jijik sangat bekas guru ini berhujah. Saya teringat pabila seorang rakan saya berkongsi berhubung isu puisi esei ini daripada seorang yang menggunakan nama 'Sasterakritik'. Rupanya di Sabah, puisi esei juga menemui penentangan. Saya secara peribadi tidak memilih mana-mana pihak. Kita sangat demokratik. 

Realitinya mengambil jalan tengah, seperti Abizai - raikan saja. Jangan gopoh, biarkan ia berlangsung dahulu. Izinkan masyarakat mengambil waktu untuk menyesuaikannya dengan keperluan semasa. Mana tahu ia boleh berkembang tetapi berkembang dengan penuh hemah dan bersedia. Tolong jangan gunakan kemampuan untuk 'membeli' minat semua orang. Ini sangat salah. 

Akademi RupHA
2/10/2022

Tiada ulasan: