Isnin, Oktober 03, 2022

NEGERI EDAN

namanya negeri edan
terletak jauh ke dalam kota
didiami para pemikir
seharian bertelagah
berbudi bahasa tak pernah lagi
habis kamus dibaca
habis kitab-kitab dihadam
tak berjumpa pengertian
yang dipertelagahkan

menjelmalah haiwan-haiwan
dari meja yang kusam


Tiada ulasan: