Ahad, Oktober 02, 2022

AKAR PERCAKAPAN



seketika, sulit menjadikan akar sebagai punca

selagi belum mengenal apakah makna punca
apakah makna akar

antara tawa atau basah di celah pandang

saujana laut riwayat akar melingkari tubuh
kalbu tak pernah siap digubah

walaupun akhirnya ada penyudahnya
 

kau dengarkah suara
ketika mengungkapkan kenangan?

masa silam adalah kolam rahsia yang berakar
pada rindu

bukalah citra itu, adakah akarnya?
 

kita sering didekati rahsia percakapan
akar kehidupan, awan dan langit kedamaian

walaupun ada duka, ada suka
walaupun ada suka, ada duka: ada gusar berlabuh

ayuh kayuh perahu makna yang bakal ditemui
di sisi gelombang tabah,
adakah akar-Nya?

20 Ogos 1997

Tersiar di: Harian Ekspres, 16 Ogos 1998

Hadiah Sastera Sabah 1998/1999


Tiada ulasan: