2017 2022 A.Halim Ali Adat Agama Aktiviti HA Aktiviti IPS Al-Quran Amil Jaya Analisis Andekdot Anekdot Anugerah Anugerah Pena Kinabalu Anugerah Sasterawan Negeri Sabah Apresiasi Artikel Artikel Sastera ASN Azlinah Azrone BAHASA Bahasa Melayu Baitul Muqaddam Baju Hasyuda Abadi Bakhtin Bayaran BBK Berita Harian Online Bicara Karya Biodata Biodata Ringkas Budaya Bukit Selembau Buku Buku Puisi Catatan Perjalanan Cerpen Datuk Hj Suhaibun Yussuf DBP Malaysia DBP Sabah Deklamasi Puisi Desigining Dewan Masyarakat Dewan Sastera Dialogisme Dr Mahathir dunia sastera Ekokritik Esei Fatwa Sastera Islami Fauziah Moksin Filem Fitri Foto Frost Futuristik Gapena H1 N1 Hadiah Sastera Hadiah Sastera Sabah Hadijah Haji Hamka Hari Kebangsaan Hasyuda Abadi Hedonis hiper Hirah HSPM Hutan Ayah Hutan Ayah (Cover) Hutan Ayahm IPS Idea Intertekstualiti IPS Istiqomah Izzuddin Fitri Jakim Janatan Kandok Jasni Matlani Jheains Juara Rakyat Julia Kristeva Katapilar Keberhasilan Keberhasilan Tertinggi Hasyuda Abadi Kelahiran Sekuntum Cermin Keluargaku Kemali di Lahad Rahsia Kematangan Kembali di Lahad Rahsia Kembara Kalimantan Kepaduan Keratan akhbar Sabah Kesenian Islam Kesusasteraan Borneo Klise Komposisi Kritikan Maal Hijrah Madani Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Majalah Makalah Makkah Malaysia Madani MAPENA KINABALU MASTERA Maulidurrasul Melawan Melawan Kebiasaan Memuji Merdeka Muizz Musim Perubahan di Negeri Kami Muzalifah Nadwah Sastera Islam Narudin Nasyid Norawi Hj Kata Numera Nusantara Panduan Menulis Puisi Pantun Paradox Patriotisme Penulis Sabah Penyair Penyair Islam Percakapan Tentang Tema Persidangan Persuratan Kebangsaan Perspektif Pilihan raya plagiarisme politik Potugis PPSB PPSMI Psikologi Puisi Puisi Amil Jaya Puisi Esei Puisi Islami Puisi Ramadan Pustaka Iqbal Nazim Rabbani Raja Lawak Rencana Riadah Seni Rumah Puisi Hasyuda Abadi RupHA RupHAm Sabah Sabah Maju Jaya Salam buat Kekasih Sastera Sastera Islam Sastera Kanak-kanak Sastera Nusantara Sastera Sabah SASTERAWAN Sasterawan Negara Sasterawan Negeri Sabah ke-3 Sasterawan Sabah Sayembara SEA Write Award Seberkas Idea Tentang Pohon Sepanggar Sepasang Sayap Jelita Sesekali Menoleh Ke Belakang SMJ Suara yang Terbuka Suntik Surat Surat Khabar Susatera Tadabur Teater Terjemahan Titik di kalbu nazim Tots Ucapan Ulasan Cerpen Ulasan Sayembara Peraduan Menulis Cerpen Sempena Hari Malaysia 2020 utube Utusan Borneo Wacana Sasterawan Wasatiyyah Wawancara Zubaidi Zubir Ali

Ahad, Mei 20, 2018

Resensi ‘Salam Buat Kekasih’ (tersiar dalam majalah Wadah, Disember 2006)

Oleh Hajah Rubiah Nordin
Puisi “Salam Buat Kekasih” oleh Hasyuda Abadi membawa tema yang berunsurkan agama. Puisi ini terpilih sebagai pemenang Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1984/1985. Hasyuda Abadi memulakan puisinya dengan menyebut nama-Nya. Pernyataan ini memperjelas lagi unsur karya serta arah yang dipilih.
'Dengan nama Allah
yang maha pengasih
Yang maha penyayang'
Pada rangkap ketiga terselit luahan rasa sedar penyiar. Perasaan itu terlihat pada baris kedua, “menggaru rasa mendesak teguhan iman”, kesedaran membawa penyair “…berjalan lagi”. Penyair memohon semoga diterima taubatnya. Perubahan seorang insan, daripada yang kurang baik kepada yang baik itu juga adalah hijrah. Nabi Muhammad S.A.W berhijrah dari Kota Makkah ke kota Madinah yang pada akhirnya meniupkan gerakan dakwah secara besar-besaran. Usaha Junjungan untuk menegakkan syiar Islam merupakan contoh dan bukti
terbaik
tentang pentingnya semangat hijrah ini.
Puji pada-Nya, “Maha suci Tuhan”, penyair memohon semoga taubat seorang hamba itu diterima. Harapan penyair semoga penerimaan tersebut seperti “restu-Mu kepada para syiddikin dan para syuhada”. Penggunaan kata dan susunan ayat yang kreatif menimbulkan estetika dalam puisi yang dihasilkan. Hal ini juga menjadikan karya ini dapat dinikmati oleh khalayak sebagai karya yang indah, hasil olahan bahasa yang menarik.
Hasyuda Abadi memilihj “tasik sedar”, “pintu waktu”, “baju nur-Mu”, “pintu kasih”, untuk menjadikan puisinya lebih segar, sesegar metafora yang dipilih untuk memperjelas maksud yang ingin dicapai. “… pergi abadi”, (rangkap keenam, baris ketujuh) menimbulkan nilai syahdu yang puitis.
Menurut penilai HSM, gaya bersahaja dalam mengatur bahasa dan memilih kata-kata, membuat puisi Hasyuda Abadi mudah dihayati dan difahami maksudnya.
Hasyuda mengakhiri puisinya dengan ketulusan dan pohon pintanya kepada Ilahi:
Bersama kekal cahaya yang tidak pudar
Seperti restu-Mu kepada Syiddikin
Dan para Syuhada.
Sesuai dengan ulasan panel penilai tentang puisi Hasyuda Abadi bahawa:
'Hal ini dicapai penyair selepas memahami hakikat diri serta akal yang dianugerahi Ilahi dan setelah mengenal makna “takarrub”, “istighfar”, “kasih syahdu”, serta “taubat seorang hamba”, yang mengenal Nur dan qadak Ilahi. Dari sinilah terpupuk cinta yang teguh untuk kekasih (Tuhan) tercinta. Alunan suara Hasyuda Abadi, kaya dengan unsur-unsur yang merdu, sesuai dengan puisi ketuhanan."
Like
Comment
Share

Tiada ulasan: