Label

2017 2022 A.Halim Ali Adat Agama Aktiviti HA Aktiviti IPS Al-Quran Alur Amil Jaya Ammi Manja Analisis Analisis Puisi Andekdot Anekdot Anugerah Anugerah Pena Kinabalu Anugerah Sasterawan Negeri Sabah Apresiasi Apresiasi Sastera Ariffin Artikel Artikel Sastera Artistik ASAS ASIS2 2024 ASN Azlinah Azrone Baca Puisi Bagandang BAHASA Bahasa Melayu Bait-bait Baitul Muqaddam Baju Baju Hasyuda Abadi Bakhtin Basirah Bayaran BBK Bengkel Puisi Berimpak Tinggi Berita Harian Online Bernama Bicara Karya Biodata Biodata Ringkas Biodata Ringkas2 Budaya Bukit Selembau Buku Buku Puisi Burung Burung-burung Demokrasi Catatan Perjalanan Cerpen Dajal Data Hasyuda Abadi Datuk Hj Suhaibun Yussuf DBP Malaysia DBP Sabah Deklamasi Puisi Demokrasi Desigining Dewan Masyarakat Dewan Sastera di Samudera Dialog Teluk 11 Dialogisme Diam diLembukan Dr Mahathir dunia sastera Ekokritik Emin Madi Esei Esei Sastera Fatwa Sastera Islami Fauziah Moksin Filem Fitri Foto Frost Futuristik gagasan Galeria Visual Hasyud Abadi Gapena Gizi H1 N1 HA Arts Hadiah Puisi K.Bali Hadiah Sastera Hadiah Sastera Sabah Hadijah Haji Hamka Hari Kebangsaan Hari Sastera Hasyuda Abadi Hedonis hiper Hirah HSPM Hujan Hutan Ayah Hutan Ayah (Cover) Hutan Ayahm IPS Idea Ikatan Penulis Sabah Ilustrasi intelek Intertekstualiti IPS Istiqomah Izzuddin Fitri Jakim Jamdin Buyong Janatan Kandok Jasni Matlani Jheains Juara Rakyat Julia Kristeva K.Bali Kata Kata-kata Katapilar Keberhasilan Keberhasilan Tertinggi Hasyuda Abadi Kekuasaan Kelahiran Sekuntum Cermin Keluargaku Kemali di Lahad Rahsia Kematangan Kembali di Lahad Rahsia Kembara Kalimantan Kepaduan Keratan akhbar Sabah Kesenian Islam Kesusasteraan Borneo Ketua Satu IPS Khilaf Klise Komposisi Kota Kota Kinabalu Kota Literasi Dunia Kota Sastera Kritikan Lagu IPS Larut Lirik Lagu Penulis Sabah Literasi Lukisan Maal Hijrah Madani Mahathir Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Majalah Makalah Makkah Maktab Sabah Malam Hari Tiga Malaysia Madani MAPENA KINABALU Masa lalu MASTERA Maulidurrasul MBSS Melawan Melawan Kebiasaan Membakut Memilih Memuji Menikahi Merdeka MHT Miri Montaj Motto IPA Muhasabah Muizz Musim Perubahan di Negeri Kami Muzalifah Nadwah Sastera Islam Nadwah Serantau Persuratan Islam Naratif Kesempatan Narudin Nasyid Norawi Hj Kata Numera Nur Nusantara Orang Jaga Panduan Menulis Puisi Panji Pratama Pantun Paradox Patriotisme Pelancaran Buku DBP Pemikiran Hasyuda Abadi Pena PENA. Hasyuda Pencalonan ASNS3 Pengarang Pengolah Pengurusan Sastera Penulis Penulis Kreatif Penulis Sabah Penyair Penyair Islam Percakapan Tentang Tema Perpaduan Persidangan Persuratan Kebangsaan Perspektif Persuratan Islami Pilihan raya Pingat Penulis Sabah plagiarisme Pokok politik Politikj Potugis PPS PPSB PPSMI Profesional Proper Psikologi Puisi Puisi Adalah Puisi Adalah... Fenomena Puisi Amil Jaya Puisi Esei Puisi Islami Puisi kabur Puisi Ramadan Pustaka Iqbal Nazim Putatan Rabbani Rahman Shaari Raja Lawak Rencana Riadah Seni Rumah Kita Rumah Puisi Hasyuda Abadi RupHA RupHAm Sabah Sabah Maju Jaya Sahara Sajak Koperasi Salam buat Kekasih Sastera Sastera Islam Sastera Kanak-kanak Sastera Nusantara Sastera Sabah SASTERAWAN Sasterawan Negara Sasterawan Negeri Sabah ke-3 Sasterawan Sabah Sayembara Sayembara Puisi Adalah SEA Write Award Seberkas Idea Tentang Pohon Sejarah Hadiah Puisi K.Bali Sengsara Sepanggar Sepasang Sayap Jelita Sesekali Menoleh Ke Belakang Siapa Hasyuda Abadi SMJ SMK St John Suara yang Terbuka Suntik Sunyi Surat Surat Khabar Susatera Tadabur Teater Terjemahan Tinta Titik di kalbu nazim Tokoh Mahrajan 2014 Toleran Tots Tuan Tun Juhar TYT Sabah Ucapan Ulasan Cerpen Ulasan Sayembara Peraduan Menulis Cerpen Sempena Hari Malaysia 2020 UNESCO utube Utusan Borneo Wacana Sasterawan Wasatiyyah Wawancara Zubaidi Zubir Ali

Isnin, Oktober 03, 2022

IBADAH PUISI

1. SERGAH DHAIF SALAMAH

telah datang asyik mahsyuk
biar rebah sekali pun rukun
betapa tajam siatan mata rahsia qalb.

Setelah diuji maknawi martabat mutmainnah
lebur jantung kewujudan, dicicipi
usia nan kontang disergah dhaif salamah.

Tuailah andai masih mengenal adabiyyah
disanjung bagai matahari di puncak malam
dengan alun qasidah dan tambur getaran sukma.

Raihan syurga duniawi telah membakar kesempatan
tiada yang betah setelah terkuak jendela sunyi
pejamkan seketika dinihari.


2. EMBUN KEPADA MATAHARI

kuikuti bunyimu bersembunyi
denyut halkum menulis
gelembung yang segar
dinding-dinding dingin
mekar menerawang sukma
degup alam dan ilham disulam
kuhias sunyimu matahari
biar dodoi nan indah
tanpa bisik asmara


3. NYANYI SEBELUM SIANG 

Kesetiaan adalah usia
sering diragut masa
sering berganti detik
bunyinya tetap rahsia
yang mendengar

Fajar ini tanda peralihan
apakah garis nipis di ufuk
ada isyarat kebarangkalian
mimpi-mimpi yang tertangguh?

Sebentar adalah masa
bunyi malam tenggelam
sunyi di perut tahrim
dan membawa detik
menuju negeri cantik.


4. CELANA MARHAEN

Timbang tara di rumah agam
akhirnya membawa berita celaka
gumam marhaen menerimanya
dalam celana bersembunyi cela

Di rumah yang sama
perhujahan tak habis
diam-diam helah perolok
mundar mandir menjaja borok

Cela celana cepatnya perintah
cela dusta santai menghujah.


5. MITOS BIANGLALA BELANTARA

Bayangan klise sangat nyata,
terpedaya oleh citra masa depan,
rupanya dieram mitos bianglala belantara.
Putera-putera berjasa menyaksian
gelanggang yang ditinggalkan, kami
tak mungkin beraksi di dalam,
dengarlah sanggar pesan warga
yang luka, dengarkan bait puisi
langgam pahlawan tak didendang.
Saat dibuka pintu keluar satu
persatu harapan yang terpelanting
tanpa sempat menangkapnya
semula, isyarat menyembunyikan
zat disarati gizi maha palsu
menambat bongkah-bongkah
batu keliru.


6. KELMARIN YANG HIDUP

bagai jantung dihiris nestapa
mencari sayapku di gua malam
kunang-kunang sudah pulang
tanpa jejak yang kutunggu
cahaya malam telah memerangkap
cahaya si buta pilu
ingatan mengalir dalam diam
bagai detak nadi dan udara
menemukan rahsianya di awangan
mentafsir peristiwa yang tidak kelihatan
tentang kelmarin yang tiba-tiba berlalu
hari ini juga tidak abadi
menjadikan peristiwa yang sama
meski pengalaman berbeza
dan usia adalah kelmarin yang hidup.

7. MEMBERITAHU TIDAK
dan akan dikata manusia yang rakus
lupa diri lalu dibala oleh Tuhan
maka, mari kembali
Dia memberimu
bisa mengambilnya semula
hari ini duka
dalam luka
esok luka membuka rahsia
duka luka kuda dan laku
mengukir makna
kalian sentiasa belajar mengeja
memahami dalam dalam
memberi dan menerima
pernah tak selesai
dalam titiknya
ini diam
mengalir doa-doa
memberitahu tidak
Dia jua yang terlalu maha
saat ia mencapai permukaan
tak berkocak dan tenggelam
lebih dalam
Hasyuda Abadi
Pustaka Iqbal Nazim

8.BERHADAPAN BATU API
Pabila terkuak sahaja pintu pagi
kudihidangi batu api!
Api mengeramkan batu-batu
dilontarkan ke fikiran
Ia menerobosi kota yang berjerebu
yang telah bermain isu ke isu
Ada yang menangkap dan menganggap
masanya tiba terus memainkannya
Api marak dan peluang bahang
membakar ladang-ladang
Ramai memilih radang
aku memilih rindang pepohon keutuhan
Ketika kuberjalan di lapangan
batu-batu berjalan-jalan menyikuiku
Aku melawan
dengan fikiran yang berbeza.

9. MENAIKI KERITAPI SUATU KETIKA DAHULU
Di stesen itu memang ada di situ
menanti keritapi tiba
sungguh benar
kau berjalan dan menaiki gerabak
tanpa sapa yang berani
dibalas hanya bahasa wajah.
Ke manakah arah gerabak
yang tua disantuni masanya
tetapi bererti ketika sapa kita
diakun bunyi hon keritapi
tarian gerabak memanjang
kita membisu tak bersentuh
hanya deru angin
keritapi semakin laju.
Apakah yang penting ketika itu
selain membawa kita bersama
bukan destinasi
alangkah kecilnya dunia
cabaran bermain di gelanggang
kehidupan, kulalui dengan berani.
Mungkin ilmuku tidak besar
pendekar kehidupan mendalami benar
kutewas bukan kesasar
dijanji Tuhan memilih jalan biasa
Masalalu yang damai
kurai kenangan
biar ku tak mampu membawa
wangi bunga, cukup pohon rendang
persaudaraan tempat berlindung
bercerita masa silam yang agam.

10. MASIH MAHU DILEPASKAN
Tak diam biar membacamu
aksara-aksara di kepala
bercempera mengatur makna
Tak diam dari ikatan
melanggar sekatan
merempuh kebebasan
Masih mahu dilepaskan
dengan kuasa sekadar kenangan
sorak borak melawan kebatilan
Kekononan berligar di luar
mahunya meraih syurga
dilihat jelata corong neraka
Sedang berperang tiada perjuangan
ingin merdeka di musim merdeka
daun-daun terus renta
terimalah karma
bukan doa-doa.

11. SETIBANYA SAMPAN
Memberikanku sampan
saat matahari masih diam
hujan kadang berbahasa damai dan tenang
sedang aku dan kawan-kawan bersalaman
di bawah pohon-pohon dan jambatan
semua itu tidak penting selain sampan
katamu, janjiku memayungi kalian
sambil telah berkumandang siren
selamat tiba musibah alam
bergegaslah bantuan
kota air di negeriku, jalan-jalan telah diharungi
arus gusar mencari lorong-lorong terbiar
mengalir garang menghidu bau lapangan
ada tumbuhan tak sempat berakar,
mewah sawit dibuai hanyir banjir,
meledak cairan beracun
dari timbunan belukar
air berpesta atas derita flora dan fauna
sungai mati, tanah mati, akar-akar mati,
suara marhaen mati
bangunkan iman dan kesabaran terus berkobar
air di kota kami juga pemberian Tuhan
menguji keutuhan jambatan dan tabah sampan
kau tiba sama waktunya sebuah fikiran
yang takkan terdaya dileraikan
Kota Kinabalu
21 Januari 2015


Tiada ulasan: