Rabu, Julai 26, 2023

BUKU-BUKU PUISI HASYUDA ABADI SEHINGGA 2023

Selepas buku puisi ke-7, SUARA YANG TERBUKA (2014) tiada lagi buku puisi persendirian saya dicetak. Walaupun ada sebuah manuskrip (UKIRAN SEBUAH BIRU) untuk tujuan itu dihantar ke ITBM sayangnya pada saat penerbitan di agensi ini berada di hujung hayat. Tiada sebarang khabar rasmi sebenarnya. Sejak itu puisi-puisi saya berperap dalam komputer. Pada 2018 ketika di ambang PRU14, saya menyiapkan 60 buah puisi di bawah tajuk KELAHIRAN SEKUNTUM CERMIN. Bagaimana buku ini mengadapi kendala untuk dicetak.
Dalam tempoh 2018-2020 saya menulis banyak sekali puisi kritikan sosial. Ketika usia saya ke-60 pada 2020 saya berhasrat menyiapkan sebuah buku bagaimana pun hasrat itu harus ditangguhkan sehingga setahun kemudian iaitu tahun 2021. Saya memberitahu Presiden BAHASA Datuk Jasni Matlani, agar menjadi penerbit buku saya. Bukan satu tetapi dua buah. Maka termakbullah akhirnya KELAHIRAN SEKUNTUM CERMIN dan MUSIM PERUBAHAN DI NEGERI KAMI dikompilasi menjadi buku.

Pada 2023, 2 buah buku Kumpulan Puisi saya telah diterbitkan iaitu MELAWAN KEBIASAAN diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan HUTAN AYAH diterbitkan oleh Ikatan Penulis Sabah. Kumpulan Puisi HUTAN AYAH merupakan sebuah manuskrip puisi peraduan Hadiah Puisi T.Alias Taib. Manuskrip ini hanya berjaya sebagai 29 manuskrip terbaik di peringkat saringan. Kumpulan Puisi MELAWAN KEBIASAAN adalah produk hasil daripada Bengkel Perolehan Menulis Buku Puisi bertemakan Semiotik. Bengkel ini telah dipimpin oleh Dr Mohammad Sahidan dan Saudara Zaen Kasturi. Buku ini adalah antaran 16 buku yang berjaya disiapkan dan bakal diterbitkan pada 2023.






Tiada ulasan: