Label

2017 2022 A.Halim Ali Adat Agama Aktiviti HA Aktiviti IPS Al-Quran Alur Amil Jaya Ammi Manja Analisis Analisis Puisi Andekdot Anekdot Anugerah Anugerah Pena Kinabalu Anugerah Sasterawan Negeri Sabah Apresiasi Apresiasi Sastera Ariffin Artikel Artikel Sastera Artistik ASAS ASIS2 2024 ASN Azlinah Azrone Baca Puisi Bagandang BAHASA Bahasa Melayu Bait-bait Baitul Muqaddam Baju Baju Hasyuda Abadi Bakhtin Basirah Bayaran BBK Bengkel Puisi Berimpak Tinggi Berita Harian Online Bernama Bicara Karya Biodata Biodata Ringkas Biodata Ringkas2 Budaya Bukit Selembau Buku Buku Puisi Burung Burung-burung Demokrasi Catatan Perjalanan Cerpen Dajal Data Hasyuda Abadi Datuk Hj Suhaibun Yussuf DBP Malaysia DBP Sabah Deklamasi Puisi Demokrasi Desigining Dewan Masyarakat Dewan Sastera di Samudera Dialog Teluk 11 Dialogisme Diam diLembukan Dr Mahathir dunia sastera Ekokritik Emin Madi Esei Esei Sastera Fatwa Sastera Islami Fauziah Moksin Filem Fitri Foto Frost Futuristik gagasan Galeria Visual Hasyud Abadi Gapena Gizi H1 N1 HA Arts Hadiah Puisi K.Bali Hadiah Sastera Hadiah Sastera Sabah Hadijah Haji Hamka Hari Kebangsaan Hari Sastera Hasyuda Abadi Hedonis hiper Hirah HSPM Hujan Hutan Ayah Hutan Ayah (Cover) Hutan Ayahm IPS Idea Ikatan Penulis Sabah Ilustrasi intelek Intertekstualiti IPS Istiqomah Izzuddin Fitri Jakim Jamdin Buyong Janatan Kandok Jasni Matlani Jheains Juara Rakyat Julia Kristeva K.Bali Kata Kata-kata Katapilar Keberhasilan Keberhasilan Tertinggi Hasyuda Abadi Kekuasaan Kelahiran Sekuntum Cermin Keluargaku Kemali di Lahad Rahsia Kematangan Kembali di Lahad Rahsia Kembara Kalimantan Kepaduan Keratan akhbar Sabah Kesenian Islam Kesusasteraan Borneo Ketua Satu IPS Khilaf Klise Komposisi Kota Kota Kinabalu Kota Literasi Dunia Kota Sastera Kritikan Lagu IPS Larut Lirik Lagu Penulis Sabah Literasi Lukisan Maal Hijrah Madani Mahathir Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Majalah Makalah Makkah Maktab Sabah Malam Hari Tiga Malaysia Madani MAPENA KINABALU Masa lalu MASTERA Maulidurrasul MBSS Melawan Melawan Kebiasaan Membakut Memilih Memuji Menikahi Merdeka MHT Miri Montaj Motto IPA Muhasabah Muizz Musim Perubahan di Negeri Kami Muzalifah Nadwah Sastera Islam Nadwah Serantau Persuratan Islam Naratif Kesempatan Narudin Nasyid Norawi Hj Kata Numera Nur Nusantara Orang Jaga Panduan Menulis Puisi Panji Pratama Pantun Paradox Patriotisme Pelancaran Buku DBP Pemikiran Hasyuda Abadi Pena PENA. Hasyuda Pencalonan ASNS3 Pengarang Pengolah Pengurusan Sastera Penulis Penulis Kreatif Penulis Sabah Penyair Penyair Islam Percakapan Tentang Tema Perpaduan Persidangan Persuratan Kebangsaan Perspektif Persuratan Islami Pilihan raya Pingat Penulis Sabah plagiarisme Pokok politik Politikj Potugis PPS PPSB PPSMI Profesional Proper Psikologi Puisi Puisi Adalah Puisi Adalah... Fenomena Puisi Amil Jaya Puisi Esei Puisi Islami Puisi kabur Puisi Ramadan Pustaka Iqbal Nazim Putatan Rabbani Rahman Shaari Raja Lawak Rencana Riadah Seni Rumah Kita Rumah Puisi Hasyuda Abadi RupHA RupHAm Sabah Sabah Maju Jaya Sahara Sajak Koperasi Salam buat Kekasih Sastera Sastera Islam Sastera Kanak-kanak Sastera Nusantara Sastera Sabah SASTERAWAN Sasterawan Negara Sasterawan Negeri Sabah ke-3 Sasterawan Sabah Sayembara Sayembara Puisi Adalah SEA Write Award Seberkas Idea Tentang Pohon Sejarah Hadiah Puisi K.Bali Sengsara Sepanggar Sepasang Sayap Jelita Sesekali Menoleh Ke Belakang Siapa Hasyuda Abadi SMJ SMK St John Suara yang Terbuka Suntik Sunyi Surat Surat Khabar Susatera Tadabur Teater Terjemahan Tinta Titik di kalbu nazim Tokoh Mahrajan 2014 Toleran Tots Tuan Tun Juhar TYT Sabah Ucapan Ulasan Cerpen Ulasan Sayembara Peraduan Menulis Cerpen Sempena Hari Malaysia 2020 UNESCO utube Utusan Borneo Wacana Sasterawan Wasatiyyah Wawancara Zubaidi Zubir Ali

Khamis, September 08, 2022

Membaca Puisi

Beberapa tahun lalu saya beraksi di pentas Dewan Amil Jaya. Ya, membaca puisi.

Membaca puisi mungkin bagi yang lain juga sama yakni tidak semua pesan dapat dihantar dengan mudah. Puisi perlukan tafsira atau renungan. Di sebalik diksi terungkai maksud-maksud tertentu. Misalnya pada malam semalam di acara Baca Puisi Malaysia-Indonesia, masing-masing pembaca berusaha menyampaikan pesan baik sama ada secara langsung mahupun dalam tabir kata-kata yang penuh aforisme, hiperbola, ambiguiti dan sebagainya. Persembahan yang menarik tidak hanya pada teks yang dibaca bahkan penampilan, vokal dan kreativiti. Tentunya yang menyampaikan bisa menanggapi penampil misalnya Datuk Hj Ismaily Bongsu, Ustaz Ismail Duah, Fatin Hamama, Aminah Awg Besar dan yang lain. Semuanya berjaya mengisi pentas dan hadirin membawa pulang pengalaman kreatif yang tersendiri.

Saya membawa 3 buah puisi iaitu Tali, Andai Melayu Itu Matahari dan Domba-domba di Negeri Manis.

'Tali' membawa pesan terhadap senario masyarakat manusia yang sering mempercayai pertengkaran itu inti kepada kehidupan. Sebab itu kita tak pernah sunyi daripada keyakinan itu apabila pertengkaran terus terjadi sejak manusia ada di muka bumi.

Puisi 'Andai Melayu Itu Matahari' menzahirkan imej sebuah bangsa yang harus diagungkan, bahkan memberi nilai positif. Sayangnya manusia sering lupa keagungan Penclpta.

Sebuah puisi terinspirasi dari Pilihan Raya Kecil Kimanis yang berlangsung ketika puisi ini disiapkan. Puisi ini barangkali sama seperti orang lain fikirkan tatkala berlakunya pertindihan keinginan sesetengah pihak terhadap memilih sang juara. Di sini bertemu pemikiran yang biasa, kebiasaan yang dibawa dalam menyelesaikan siapa yang benar dan sebaliknya, siapa yang berkuasa dan siapa yang mampu memenangi hati rakyat. Namun yang jelas di arenalah para domba-domba beradu, burung-burung bercit membawa kesesiaannya.

Sekadar sebuah apresiasi. Salam puisi.

TALI

Antara dua saling bertekak
           di sini tidak
di sana juga tidak
jadilah tali penegak
gelora di jiwa berombak
api telagah yang marak

inilah tali yang mengikat
jangan silap menyulam kata
jangan salah memilih lilitannya
ikat jangan sembarang niat
tidak hanya semangat
tanpa mulia jiwa disemat

jika menjadi tali jadilah pengikat
yang utuh dan tegap
kalau longgar mudahnya terlepas
hilanglah prinsip simpul yang dipegang
sebagai azimat berzaman
jadilah tulang dan tunjang
jangan biarkan pengikat khianat

Penentu siapa menang siapa tewas
berawaslah ketika tali direntang
jangan jauh alihnya dari niat
perjuangan tidak semata pada kuat
tumpuan dan gerakan harus senafas
pinggirkan nafsu hanya mahu
rentap dan beringat tali ini
bukan digenggam hujungnya
bahkan seluruh siratan kalbunya.

RupHA
13 Sept 2018

ANDAIKAN MELAYU ITU MATAHARI

setelah kau berkata soal Melayu
harus diperutuh jangan melayu
bagai sekeping papan di taman
dibugar hujan dan terang
rupanya itu hanya ragi kata
permukaan papan dibalut warna
setelah pudar dibalut lagi warna-warna

di panggung telah lalu matahari
setiap mata ikut mencari
padahal itu hanya matahari
terus diperaga dan jadi menara
lebih tinggi seperti tak ada lagi
Dia sering dilupai

sesungguhnya malam lebih tenang
kerana ada yang bersembunyi
tak pernah mata berkongsi
tapi dengan matahati
berbicara soal hakiki
bukan bulan atau bersebab bintang
apa lagi matahari

jika benar Melayu itu matahari
asal tak terpanggang akhirnya membumi
di menara akhirnya apa
andai permukaan diperindah retorika
gah di sudut-sudut yang payah
bermula dari garis yang sama
kemarin atau hari berikutnya
titiknya masih juga merayu sayu
meratap mengharap

Dicatat di:
Kampung Pa'go Ciwedey
Bandung pada 22/11/2014

DOMBA-DOMBA DI NEGERI MANIS

Memeroleh manis seperti semut 
berbondong-bondong mendapatkannya
pada kali ini bersamanya ayat-ayat yang sama
bersumber bahasa masa sudah yang mudah
disemai di segala pelusuk desa

Beradu di rumah-rumah tua
kembali memalu canang muzika muafakat
berkampung menjahit wibawa
sekali disantuni sekemasnya
jika terkoyak mahu ditenun semula
biarlah benangmu benang musiman
menjanji busana terindah

Siapakah yang pernah lupa
pasti sedia dimaafi oleh segunung peri
diulang-ulangi kalimat bermukjizat
dironai kebaikan dalam kekurangan
menjarum akal dangkal
pada yang kurang memikirkan
kendur oleh huluran
luntur oleh serapah muslihat

Mendomba apa lagi di negeri manis
memperaku salah tetap saja mahu
menuai semangat yang berbaki
mereka melata mecakar-cakar damai
membawa masalah negeri orang
padahal meskipun batu ini negeri sendiri
biarlah diusai sendiri warga yang mengerti

Sebuah waspada membawa padah
andai sengaja meladeni burung-burung sesat
hinggapnya decit yang sia-sia
bukankah tanah ini milik leluhur berabad
biarlah dukanya duka yang merakyat
sama dihayati sama-sama dipohon rahmat

HASYUDA ABADI
Akademi RupHA
Kota Kinabalu

29/12/2019

Tiada ulasan: