Khamis, September 08, 2022

Internasional itu bagaimana?

Pada 80-an pernah sertai hari sastera, hari puisi di tanah air, temu sastera di Brunei atau Indonesia tiada istilah antarabangsa, tidak terasa berada di dalam kem atau sempadan tertentu. Yang terasa ialah semua berada dalam dunia yang satu. Yakni dunia susastera. 

Pada 2011 di festival sastera  Korea-Asia Tenggara berlangsung di Pekanbaru, Riau apa yang jelas berbeza ialah bahasa, sudah tentu iklim budaya dan interpretasi. Suara Asia dipersatukan. Ciri antarabangsanya sangat semula jadi. 

Menjadi tidak semulajadi apabila mengutip seorang dua berciri antarabangsa, kebetulan berada dalam negara penganjur. Ini berlaku beberapa tahun lalu. Wah ada orang Afrika, ada orang Perancis dan sebagainya. 

Bunyinya mungkin hebat. Padahal dikatakan internasional atau tidak, soalnya ialah pengisiannya, bukan? Apa pun inilah trend mandala sekarang. Memang semua memerlukan tampak impak yang memberikan sesuatu nan hebat daripada terhebat, bukan hebat yang biasa-biasa. 

Akademi Rupha

Tiada ulasan: