Merdeka dulu dan sekarang ini ujian. Dulu dengan ujian-ujiannya. Kini dalam ujian-ujiannya juga. Tugas merdeka kita sekarang tentulah bukan kerana mahu melawan penjajah. Tugas kita sekarang ialah melawan sesuatu yang salah berlaku di tanah air kita. Sedar atau tidak inilah fokus rakyat sekarang. Lazimnya pada setiap merai ulangtahun kemerdekaan seluruh negara akan menyambut dan memberitahu bagaimana negara bebas daripada belenggu penjajah dan penjajahan. Nyatanya masa lalu itu telah pergi, yang tidak pernah pergi adalah "perbuatan jahat" yang ditinggalkan bangsa penjajah. Perbuatan jahat inilah yang harus dilawan. Namun sebilangan rakyat sangat taasub kepada yang jahat ini. Inikah bala yang Tuhan telah kirim? Setiap tahun rakyat melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdekakah kita dalam kebodohan ini?
Akademi Rupha
31/12/2022
Tiada ulasan:
Catat Ulasan