PANDANGAN DI SEBALIK NUSA
ORANG-ORANG BERJIWA MEWAH
1 Dua helai daun yang gugur di hadapan pengadilan mencari kebenaran
antara timbunan daun-daun kering.
Kedengaran gempa gempita di jalanan bukan tsunami bumi tetapi mereka
meniup kemarahan terhadap perubahan cuaca. Ada kejengkelan dan ada
kebencian padahal hanya helaian daun yang gugur, yang menerima
tamparan 2 angin baharu dari semarak burung-burung di belantara.
Di persekitaran telah lama berdoa agar datang cuaca baharu buat mereka.
Pohon besar dan tua di seberang jalan itu harus diratakan dan disirnakan
dari pandangan dan ingatan. Ketika serpihan daun-daun ini dikutip cahaya
purnama dan para semut serta soldadu ulat di dahannya menyapa dengan
tanpa sukma, layu sayu dan pilu.
1 Pohon merupakan salah satu contoh dari Tuhan untuk mengajari kita tentang kehidupan. Kita
mempunyai batas, seperti daun-daun itu. Betapa pun bagusnya atau termasyhurya kita mahupun
tingginya kehormatan yang kita miliki, saatnya akan tiba ketika kehidupan akan jatuh seperti
daun-daun yang berguguran dari pohon. Kita akan meninggalkan segalanya dan tinggal sendirian,
tanpa memiliki apa-apa, telanjang dan dalam keadaan tertekan, tanpa pertolongan seseorang.
Pada saat kematian kita, ketika Malaikat Izra’il a.s. datang menemui kita, pada Hari
Penghisaban, tidak seorang pun di sini yang akan menolong, tidak juga anak-anak, kaum kerabat,
kedua orang tua, dan juga paman mahupun bibi kita, Kita akan pergi sendirian dan menjawab
pertanyaan Tuhan. Kemudian kita akan pergi ke neraka atau ke syurga. Ini akan terjadi pada
semua manusia di suatu hari nanti.
Seperti halnya daun-daun yang jatuh berguguran dari pohon, kita semua pada satu hari
nanti pasti akan pergi. Relasi-relasi kita dari dunia ini tidak akan pergi bersama kita, hanya relasi-
relai sejati kitalah yang akan pergi. Siapakah relasi-relasi sejati kita itu? Tuhan, kebaikan-Nya,
kebenaran, keadilan dan kejujuran-Nya, kesadaran dan kesabarann. Relasi-relasi ini akan
memberi kita kedamaian dan ketenangan serta menunjukkan cinta kepada kita. Hanya hubungan
kita dengan Tuhan inilah yang menolong kita, saat ini atau kelak nanti. Ketika segalanya jatuh
sebagaimana pohon yang gundul sesudah daun-daunnya berguguran, jiwa akan tinggal sendirian,
dan tidak dapat dihancurkan. (Kebun Makrifat, M.Rahim Bawa Muhaiyaden, m.s. 574-575).
2 Yakinlah bahawa setiap kali kita melangkah zon yang mencabar, maka setiapkali jugalah
ketakutan-ketakutan baharu akan muncul. Terimalah ketakutan-ketakutan yang berada dalam
lingkungan zon yang mencabar daripada terus menghadapi ketakutan-ketakutan lama dalam zon
yang selesa. Apalah ertinya menjadi ‘jaguh kampung’ yang hanya mampu menang di dalam
gelanggang sendiri dan menghadapi lawan yang sama dibandingkan dengan jaguh sebenar yang
menghadapi pelbagai lawan di pelbagai gelanggang.
Impian yang menyala-nyala akan memadamkan ketakutan dalam diri kita. Impian kita
mesti cukup besar untuk menakluki rasa takut. Sekiranya kita ada keinginan tetapi keinginan itu
tidak cukup kuat untuk memadamkan rasa takut, itu sebenarnya bukan keinginan. Itu hanya
angan-angan. Sebaiknya, tukarkanlah angan-angan itu kepada satu keinginan yang menyala-nyala
dengan dorongan ketakutan kita.
Tukar rasa takutdari pada kemiskinan kepada dorongan menjadi kaya. Ketakutan
menghadapi mati pula dapat mendoron kita berhati-hati dalam menjalani kehidupan. Ketakutan
terjerumus ke dalam dosa dapat menggalakkan keghairahan kita meraih pahala. (Berteduh
daripada Kegelisahan Hati, Pahrol Mohamad Juoi, m.s. 72).
Apakah masih mampu daun-daun menjadi baja buat pohon-pohon yang
bertunas, hanyalah sebuah kepercayaan yang tak mungkin lunas. Mustahil,
sergah angin yang berligar di udara. Ini cuaca baharu biarlah lahir daun-
daun baharu yang mulus menuju di puncak dengan aman dan amanah.
2.
Izinkan tumbuhan yang layu dulu ikut mekar bersama mendukung dan
menyokong. Matahari menyinari segala kemahuan biar pun ada purnama
yang meminjam cahayanya.
Di atas jalan keadilan ini bawakan obor dijulang menjadi sinar meluncurkan
siaga perjuangan. Bakar ragam fitnah menjadi sunyi redup hidup sejahtera
ukhuwwah bersama.
Baharu kufaham ketika menatap wajahmu petanda duka yang luka tumbuh
tatkala dunia membenamkan masa sudah. Bicaramu calar, senyummu
kelat, langkahmu lahan, pandangmu tumpul.
Sungguh haru terlalu untuk menimang diri apabila sampai waktunya
memeriksa kendiri. Menyangkal bukanlah bersebab kekalahan padahal
mampu kubaca yang ada apa pada sukma. Kau rindu pada sapa tepu
ampu. Kau rindui pemandangan di menara bahtera.
3 Nafsu menjadi penghalang utama untuk manusia melangkah menuju Allah SWT. Bahkan
kejahatan nafsu lebih sukar ditangan daripada tipu daya syaitan. Ini kerana syaitan hanya boleh
menguasai manusia setelah nafsu membuka laluannya. Maksudnya, nafsu ialah pohon atau
flatform syaitan untuk menyesatkan manusia. Oleh sebab itu, ahli tasawuf berpendapat sekiranya
nafsu dapat dididik dan dikawal secara automatik syaitan akan mudah dikalahkan kerana pintu
masuknya telah dipersempitkan.
Dalam konteks ini, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan
itu bergerak mengikut aliran darah, maka persempitkanlah jalan syaitan melalui lapar dan
dahaga.’ (Muttafaq ‘alihi).
Adakah lagi getar suara emasmu atau hanya getir syair yang sering dibaca
dulu? Kau ingin berkata dengan lantang, sayang kudratmu telah
seumpama daun-daun lelah berguguran dalam tatapan alam. 4 Insan yang
mahu berjuang tanpa azam iman yang telah dicengkam ingin yang
terjulang.
Waktu semakin datang mendekati untuk mendengar sapaan, apakah yang
mereka inginkan dari seorang pejuang yang tersungkur kemabukan?
Kutatap wajamu dari wajah yang kusam dan penuh dendam.
3.
Kau gundah rupanya melihat gelanggang sunyi tiada celah mencelah
meraih keributan dan amarah kau terlalu gembira memukul meja melaung
lolong bagai haiwan belantara hanya bersebab tingkah-tingkah
mempersenda menampil gelagat melupai adat dan adab bercakap tak
dibuat laung lolong gempita meluruhkan wibawa gelar yang berhormat
wajar tidak perlu dihormat.
Kau gelisah rupanya membenahi penat lelah mengurus strategi menggalas
tanggungjawab ala kadar teruja di musimnya menjaja janji setelah itu
menjadi sumbu tanpa cahaya semata-mata api menyedut untung daripada
kepercayaan jelata pandai dari sifat semasa berhujah suara menikam
bumbu-bumbu kata membungkam, di mana titiknyajika bukan perjuangan
dipacu amarah dan perseteruan.
4 “Dengan rahmat-Mu, ya Allah, hatiku tenteram. Baik dalam sembunyi-sembunyi mahupun terang-
terangan, baik pagi mahupun malam. Tak terkecuali saat aku bangun tidur dan ketika mengantuk,
zikir-Mu selalu hadir di antara jiwa dan nafas. Sungguh Engkau telah menganugerahkan kepadaku
pengetahuan bahwa Engkaulah Tuhan Pemilih nikmat dan kesucian. Sungguh aku telah melakukan
banyak dosa dan Engkau tidak membuka aibku dengan cara menyakitkan. Berilah aku anugerah
untuk mengingat orang-orang soleh dan jangan jadikan agama suatu ketidakjelasan. Kiranya
Engkau tetap bersamaku sepanjang dunia dan akhirat, serta di hari mahsyar, dengan apa yang
dalam surah ‘Abasa Engkau firmankan.” (Mutiara Hikmah & Syair Indah Imam Ahlussunnah dalam
Al-Hikam Imam Syafi’i. m.s. 72).
Kalau bukan gundah atau gelisah keresahan jua bergantung di dada kepala
buntu andai saraf akal tidak bertamu di gelanggang api marak menyala - ini
semangat - fikirmu mengasah belati niat lawan sampai tertawan mengapa
menikam kawan.
Cuaca malam itu sungguh berbeza fasa mengembalikan 5 nusa mencari titi
masa sudah dalam semangat ukhuwwah bukan mengalah atau beralih arah
andai ada jalan-jalan lebih menyerlah bukalah pintu untuk menemukan
pintu demi pintu kebaikan.
Keributan menutup kepercayaan ketika ingin memberikan kebaikan yang
terbaik damaikan gundah dan gelisah di balik orang-orang berjiwa mewah.
5 Hati adalah sebuah nusa, pemungkiman semua amal ibadah untuk membersihkan hati. Manakala dosa
mengotori hati. Hakikatnya, hidup adalah satu perjalanan menuju Tuhan untuk mempersembahkan hati
yang bersih kepada-Nya. Keuntungan atau kerugian hidup manusia ditentukan oleh usaha yang
membawa kebersihan hati atau sebaliknya.
Firman Allah SWT: Dan beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan merugilah orang
yang mengotorinya. ( Surah As-Syamsi 91: 9-10)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan