Rabu, September 07, 2022

Hantar Naskhah Buku ke Perpustakaan Negeri Sabah

Penulis tempatan tak kenal penulis di tempatnya. Siapa mereka ini? Mereka berada di sekeliling. Mungkin mereka penulis karya eceran. Barangkali sudah dikenali dalam kalangan kelompok masing-masing. Ternyata mereka menulis novel. Mereka ni perakam kehidupan marhaen di pedalaman sana.
Syabas Perpustakaan Negeri Sabah mengangkat penulis ini. Usaha mendedahkan karya serta penulisnya sangat dihormati. Dedah di sini termasuklah memasarkan karya dan perkongsian proses penulisan.
PNS juga mempunyai flatform khalayak mengenali latar penulis menerusi portalnya. Ini sangat penting buat penyelidik dan orang ramai. Di samping itu menjelaskan pertanggungjawaban penulis terkait dengan penghantaran naskhah ke PNM dan PNS.
Setiap penerbitan wajib buat penulis atau penerbit buku mengemukakan 5 naskhah (keperluan ISBN) ke PNM dan 3 naskhah ke PNS (keperluan Seksyen 4B, Enakmen Perpustakaan Negeri 2007).

Tiada ulasan: