Label

2017 2022 A.Halim Ali Adat Agama Aktiviti HA Aktiviti IPS Al-Quran Alur Amil Jaya Ammi Manja Analisis Analisis Puisi Andekdot Anekdot Anugerah Anugerah Pena Kinabalu Anugerah Sasterawan Negeri Sabah Apresiasi Apresiasi Sastera Ariffin Artikel Artikel Sastera Artistik ASAS ASIS2 2024 ASN Azlinah Azrone Baca Puisi Bagandang BAHASA Bahasa Melayu Bait-bait Baitul Muqaddam Baju Baju Hasyuda Abadi Bakhtin Basirah Bayaran BBK Bengkel Puisi Berimpak Tinggi Berita Harian Online Bernama Bicara Karya Biodata Biodata Ringkas Biodata Ringkas2 Budaya Bukit Selembau Buku Buku Puisi Burung Burung-burung Demokrasi Catatan Perjalanan Cerpen Dajal Data Hasyuda Abadi Datuk Hj Suhaibun Yussuf DBP Malaysia DBP Sabah Deklamasi Puisi Demokrasi Desigining Dewan Masyarakat Dewan Sastera di Samudera Dialog Teluk 11 Dialogisme Diam diLembukan Dr Mahathir dunia sastera Ekokritik Emin Madi Esei Esei Sastera Fatwa Sastera Islami Fauziah Moksin Filem Fitri Foto Frost Futuristik gagasan Galeria Visual Hasyud Abadi Gapena Gizi H1 N1 HA Arts Hadiah Puisi K.Bali Hadiah Sastera Hadiah Sastera Sabah Hadijah Haji Hamka Hari Kebangsaan Hari Sastera Hasyuda Abadi Hedonis hiper Hirah HSPM Hujan Hutan Ayah Hutan Ayah (Cover) Hutan Ayahm IPS Idea Ikatan Penulis Sabah Ilustrasi intelek Intertekstualiti IPS Istiqomah Izzuddin Fitri Jakim Jamdin Buyong Janatan Kandok Jasni Matlani Jheains Juara Rakyat Julia Kristeva K.Bali Kata Kata-kata Katapilar Keberhasilan Keberhasilan Tertinggi Hasyuda Abadi Kekuasaan Kelahiran Sekuntum Cermin Keluargaku Kemali di Lahad Rahsia Kematangan Kembali di Lahad Rahsia Kembara Kalimantan Kepaduan Keratan akhbar Sabah Kesenian Islam Kesusasteraan Borneo Ketua Satu IPS Khilaf Klise Komposisi Kota Kota Kinabalu Kota Literasi Dunia Kota Sastera Kritikan Lagu IPS Larut Lirik Lagu Penulis Sabah Literasi Lukisan Maal Hijrah Madani Mahathir Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Majalah Makalah Makkah Maktab Sabah Malam Hari Tiga Malaysia Madani MAPENA KINABALU Masa lalu MASTERA Maulidurrasul MBSS Melawan Melawan Kebiasaan Membakut Memilih Memuji Menikahi Merdeka MHT Miri Montaj Motto IPA Muhasabah Muizz Musim Perubahan di Negeri Kami Muzalifah Nadwah Sastera Islam Nadwah Serantau Persuratan Islam Naratif Kesempatan Narudin Nasyid Norawi Hj Kata Numera Nur Nusantara Orang Jaga Panduan Menulis Puisi Panji Pratama Pantun Paradox Patriotisme Pelancaran Buku DBP Pemikiran Hasyuda Abadi Pena PENA. Hasyuda Pencalonan ASNS3 Pengarang Pengolah Pengurusan Sastera Penulis Penulis Kreatif Penulis Sabah Penyair Penyair Islam Percakapan Tentang Tema Perpaduan Persidangan Persuratan Kebangsaan Perspektif Persuratan Islami Pilihan raya Pingat Penulis Sabah plagiarisme Pokok politik Politikj Potugis PPS PPSB PPSMI Profesional Proper Psikologi Puisi Puisi Adalah Puisi Adalah... Fenomena Puisi Amil Jaya Puisi Esei Puisi Islami Puisi kabur Puisi Ramadan Pustaka Iqbal Nazim Putatan Rabbani Rahman Shaari Raja Lawak Rencana Riadah Seni Rumah Kita Rumah Puisi Hasyuda Abadi RupHA RupHAm Sabah Sabah Maju Jaya Sahara Sajak Koperasi Salam buat Kekasih Sastera Sastera Islam Sastera Kanak-kanak Sastera Nusantara Sastera Sabah SASTERAWAN Sasterawan Negara Sasterawan Negeri Sabah ke-3 Sasterawan Sabah Sayembara Sayembara Puisi Adalah SEA Write Award Seberkas Idea Tentang Pohon Sejarah Hadiah Puisi K.Bali Sengsara Sepanggar Sepasang Sayap Jelita Sesekali Menoleh Ke Belakang Siapa Hasyuda Abadi SMJ SMK St John Suara yang Terbuka Suntik Sunyi Surat Surat Khabar Susatera Tadabur Teater Terjemahan Tinta Titik di kalbu nazim Tokoh Mahrajan 2014 Toleran Tots Tuan Tun Juhar TYT Sabah Ucapan Ulasan Cerpen Ulasan Sayembara Peraduan Menulis Cerpen Sempena Hari Malaysia 2020 UNESCO utube Utusan Borneo Wacana Sasterawan Wasatiyyah Wawancara Zubaidi Zubir Ali

Sabtu, September 03, 2022

ANUGERAH SASTERAWAN NEGERI SABAH

Dekad kebelakangan ini, dunia sastera sentiasa menyemarak dan bergelora, kadang-kadang merimaskan. Cara pandang dalam kalangan para pemain sastera juga sentiasa berombak. Barangkali inilah keunikan sastera itu sendiri, selain politik yang sentiasa bermain-main di ladang kehidupan manusia di mana-mana sahaja di dunia ini.

Beberapa tahun lepas, isu jadi panas apabila Kerajaan Sabah menerusi urus setia pemilihan Anugerah Sasterawan Negeri Sabah (ANS) telah memilih tokoh penulis bukan kelahiran Sabah. Isu ini berbaur antara hak dan jasa, berbaur antara sumbangan dan sikap terhadap negeri ini sendiri. Apakah individu yang dinobatkan itu tidak berjasa atau tidak ada sumbangan terhadap negeri Sabah meskipun dia tidak lahir di negeri Sabah? Dan sebaliknya, jika diinsafi setiap orang ada hujah masing-masing. Logiknya memanglah begitu. Panel yang dilantik juga memiliki otoriti, kemahiran, fikiran dan sebagainya sehingga memberikan sebuah keputusan yang berpihak kepada yang dimenangkan. Soal pengadilan ini seharusnya tidak wajar disentuh. Mereka juga ada hujah yang tersendiri dan harus dihormati. Hanya seperkara yang harus dimiliki para panel penilai iaitu sensitiviti. 

Hujah di pasca keputusan tentulah hebat lagi. Datuk Jasni Matlani, presiden BAHASA sangat lantang kerana beliau mengaku bahawa beliau adalah pejuang dan sudah tentu perjuangannya itu telah dilihat sebagai sangat perlu direalisasikan oleh Kerajaan. Namun apa yang berlaku adalah wujud ketidak seragaman dari sudut pelaksanaan anugerah ini. Bagi saya kedua-duanya mempunyai kekangan. Kedua-duanya berpendapat otoriti dalam isu ini ada pada pihak masing-masing. Bahasa ada sejarahnya sendiri melalui penerima pertama ASN, dalam kes ini DBP Cawangan Sabah tidak terlibat secara utuh. Namun kali ini DBP Cawangan Sabah memainkan peranan penting. Salah faham mengenai siapa yang jadi pemula walaupun ini kecil. Dalam catatan keratan surat khabar di bawah ini menjelaskan lebih terperinci. Bacalah.

Saat ini (mungkin) kita hanya mengenang rentetan peristiwa berkenaan, ada rasa sakit, ada rasa wajar, ada rasa memahami situasi bukan memihak di mana-mana. Kita raikan pandangan dan sikap, kerana semua itu telah berlaku. Berundur bukan caranya. Saling memarahi juga tidak sepatutnya. Pemurnian isu ke arah lebih cakna demi keindahan suasana bersastera lebih baik lagi, dan lebih berfaedah kita teruskan gerakan sastera secara matang dan berhemah.

Bekerjalah lebih ikhlas. Anugerah seperti ini berupa bahagian kecil dalam kehidupan yang sementara. Berjuang dalam berkarya, memang dituntut tetapi menghargakan karya atau kegiatan bersifat individu bukan hak mutlak para penulis. Ini tugas pihak berwibawa. Sebab itu keikhlasan sangat penting. 


Keratan akhbar di bawah ini sekadar sebuah arkib penting.





Antara warna-warni sastera di Negeri Sabah. 



Hujah Datuk Jasni Matlani, Presiden BAHASA.



Penjelasan yang terbaik - Puan Aminah Awang Besar. Beliau telah 
menggalas isu ini dengan penuh hemah. Umpama menarik benang
dari dalam tepung.



Tiada ulasan: