Label

2017 2022 A.Halim Ali Adat Agama Aktiviti HA Aktiviti IPS Al-Quran Alur Amil Jaya Ammi Manja Analisis Analisis Puisi Andekdot Anekdot Anugerah Anugerah Pena Kinabalu Anugerah Sasterawan Negeri Sabah Apresiasi Apresiasi Sastera Ariffin Artikel Artikel Sastera Artistik ASAS ASIS2 2024 ASN Azlinah Azrone Baca Puisi Bagandang BAHASA Bahasa Melayu Bait-bait Baitul Muqaddam Baju Baju Hasyuda Abadi Bakhtin Basirah Bayaran BBK Bengkel Puisi Berimpak Tinggi Berita Harian Online Bernama Bicara Karya Biodata Biodata Ringkas Biodata Ringkas2 Budaya Bukit Selembau Buku Buku Puisi Burung Burung-burung Demokrasi Catatan Perjalanan Cerpen Dajal Data Hasyuda Abadi Datuk Hj Suhaibun Yussuf DBP Malaysia DBP Sabah Deklamasi Puisi Demokrasi Desigining Dewan Masyarakat Dewan Sastera di Samudera Dialog Teluk 11 Dialogisme Diam diLembukan Dr Mahathir dunia sastera Ekokritik Emin Madi Esei Esei Sastera Fatwa Sastera Islami Fauziah Moksin Filem Fitri Foto Frost Futuristik gagasan Galeria Visual Hasyud Abadi Gapena Gizi H1 N1 HA Arts Hadiah Puisi K.Bali Hadiah Sastera Hadiah Sastera Sabah Hadijah Haji Hamka Hari Kebangsaan Hari Sastera Hasyuda Abadi Hedonis hiper Hirah HSPM Hujan Hutan Ayah Hutan Ayah (Cover) Hutan Ayahm IPS Idea Ikatan Penulis Sabah Ilustrasi intelek Intertekstualiti IPS Istiqomah Izzuddin Fitri Jakim Jamdin Buyong Janatan Kandok Jasni Matlani Jheains Juara Rakyat Julia Kristeva K.Bali Kata Kata-kata Katapilar Keberhasilan Keberhasilan Tertinggi Hasyuda Abadi Kekuasaan Kelahiran Sekuntum Cermin Keluargaku Kemali di Lahad Rahsia Kematangan Kembali di Lahad Rahsia Kembara Kalimantan Kepaduan Keratan akhbar Sabah Kesenian Islam Kesusasteraan Borneo Ketua Satu IPS Khilaf Klise Komposisi Kota Kota Kinabalu Kota Literasi Dunia Kota Sastera Kritikan Lagu IPS Larut Lirik Lagu Penulis Sabah Literasi Lukisan Maal Hijrah Madani Mahathir Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Majalah Makalah Makkah Maktab Sabah Malam Hari Tiga Malaysia Madani MAPENA KINABALU Masa lalu MASTERA Maulidurrasul MBSS Melawan Melawan Kebiasaan Membakut Memilih Memuji Menikahi Merdeka MHT Miri Montaj Motto IPA Muhasabah Muizz Musim Perubahan di Negeri Kami Muzalifah Nadwah Sastera Islam Nadwah Serantau Persuratan Islam Naratif Kesempatan Narudin Nasyid Norawi Hj Kata Numera Nur Nusantara Orang Jaga Panduan Menulis Puisi Panji Pratama Pantun Paradox Patriotisme Pelancaran Buku DBP Pemikiran Hasyuda Abadi Pena PENA. Hasyuda Pencalonan ASNS3 Pengarang Pengolah Pengurusan Sastera Penulis Penulis Kreatif Penulis Sabah Penyair Penyair Islam Percakapan Tentang Tema Perpaduan Persidangan Persuratan Kebangsaan Perspektif Persuratan Islami Pilihan raya Pingat Penulis Sabah plagiarisme Pokok politik Politikj Potugis PPS PPSB PPSMI Profesional Proper Psikologi Puisi Puisi Adalah Puisi Adalah... Fenomena Puisi Amil Jaya Puisi Esei Puisi Islami Puisi kabur Puisi Ramadan Pustaka Iqbal Nazim Putatan Rabbani Rahman Shaari Raja Lawak Rencana Riadah Seni Rumah Kita Rumah Puisi Hasyuda Abadi RupHA RupHAm Sabah Sabah Maju Jaya Sahara Sajak Koperasi Salam buat Kekasih Sastera Sastera Islam Sastera Kanak-kanak Sastera Nusantara Sastera Sabah SASTERAWAN Sasterawan Negara Sasterawan Negeri Sabah ke-3 Sasterawan Sabah Sayembara Sayembara Puisi Adalah SEA Write Award Seberkas Idea Tentang Pohon Sejarah Hadiah Puisi K.Bali Sengsara Sepanggar Sepasang Sayap Jelita Sesekali Menoleh Ke Belakang Siapa Hasyuda Abadi SMJ SMK St John Suara yang Terbuka Suntik Sunyi Surat Surat Khabar Susatera Tadabur Teater Terjemahan Tinta Titik di kalbu nazim Tokoh Mahrajan 2014 Toleran Tots Tuan Tun Juhar TYT Sabah Ucapan Ulasan Cerpen Ulasan Sayembara Peraduan Menulis Cerpen Sempena Hari Malaysia 2020 UNESCO utube Utusan Borneo Wacana Sasterawan Wasatiyyah Wawancara Zubaidi Zubir Ali

Selasa, Ogos 30, 2022

BIODATA RINGKAS HASYUDA ABADI (Dikemaskini sehingga 18.12.2022)

 


Lahir pada 1 September 1960 dan dibesarkan di Kampung Lumadan, Beaufort, Sabah. Mula menceburkan diri dalam aktiviti penulisan sejak 40 tahun yang lalu. Cenderung dalam penulisan puisi di samping cerpen, esei, kritikan sastera dan drama. Hasyuda Abadi yang mendapat jolokan ‘Penyair Seribu Puisi’ adalah penerima Anugerah Sastera Sabah ke-3 2022 yang membawa gelar SASTERAWAN NEGERI SABAH, Anugerah Tokoh Mahrajan Persuratan Islam Nusantara, Sabah 2024, Anugerah Tokoh Seni Sastera Islam ASIS 2022 dan  Anugerah Tokoh Penyair Islam Sabah ke-9 pada 2008. 

Puisinya pernah meraih Hadiah Sastera Perdana Malaysia dan sering meraih Hadiah Sastera Sabah. Program Penulis Anak Angkat Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, 1987 asuhan Al-Marhum Sasterawan Negara Dato’ Dr. Haji Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) dan Program Penulisan Mastera di Pusat Pengembangan Bahasa, Jakarta, 1997 di bawah pimpinan Al-marhum Dr. Sapardi Joko Damono, Dr. Abdul Hadi W.M dan Taufiq Ismail, adalah program penataran utama yang pernah beliau ikuti. 

Hasyuda Abadi memiliki rumah puisinya sendiri, iaitu RupHA (Rumah Puisi Hasyuda Abadi) dan sebuah perpustakaan - Pustaka Iqbal Nazim yang terletak di Kampung Gudon Manggatal, Kota Kinabalu. Pustaka ini menyimpan lebih 7 ribu judul buku pelbagai genre. Hasyuda Abadi telah bersara daripada perkhidmatan Kerajaan sejak 2015, kini menumpukan sepenuhnya dalam bidang penulisan melalui Kelab Penggiat Komuniti Buku Negeri Sabah (KEBUKU). Hasyuda Abadi dilantik sebagai Ketua Majlis Penasihat Ikatan Penulis Sabah yang pernah dipimpinnya selama 20 tahun (1999-2019).

Pencapaian Hasyuda Abadi dalam bidang penulisan yang lain ialah Hadiah Penyajak Terbaik Berita Sabah (1997), Hadiah Tinta Sastera kategori puisi (1999 dan 2004) dan Hadiah Karya Sulung (2002). 

Hasyuda telah menghasilkan lebih 1,000 buah puisi di pelbagai media dan buku, 45 buah cerpen, 300 buah esei sastera dan lebih 200 pantun. Puisi-puisi Hasyuda dimuatkan dalam kumpulan puisinya: Balada Paduka Mat Salleh (DBP, 1989), Akar Cahaya (IPS, 1997), Datang Kembali (IPS, 1997), 'Menginai Badai'(DBP, 2004), 'Sirna Sirna' (DBP, 2006), 'Kembali di Lahad Rahsia' (Iris, 2008), 'Suara yang Terbuka' (ITBM, 2014), Kelahiran Sekuntum Cermin (Iris, 2018), 'Musim Perubahan di Negeri Kami', (Iris, 2021), 'Melawan Kebiasaan' (DBP, 2023) dan 'Hutan Ayah' (IPS, 2023). Cerpen-cerpen Hasyuda dihimpunkan dalam Kumpulan Cerpen 'Sepasang Sayap Jelita' (Inpes, 2004). Sebuah buku himpunan pantun karya Hasyuda Abadi juga diusahakannya melalui projek penerbitan DBP dalam buku 'Usul Mengenal Asal' (IPS, 2014). Puisi-puisi Hasyuda Abadi juga turut diterbitkan secara bersama dengan para penulis lain di Malaysia, Negara Brunei Darussalam, Thailand, Filipina, Korea Selatan dan Indonesia melalui 75 buah antologi puisi, antologi cerpen (4 buah), antologi skrip drama pentas (1 buah) dan antologi esei sastera (3 buah).



RUMAH PUISI HASYUDA ABADI (RupHA)

Tiada ulasan: