Saya
ingin membawa anda merenung semula bagaimana rasa selesa dalam sebuah
suasana yang telah kita jangka dalam kehidupan. Suasana ini mungkin
berlaku tetapi amat jarang yang berfikir bahawa keselesaan bukanlah
jawapan kehidupan yang maha indah ini sentiasa indah. Kita perlu ada
niat yang suci. Betul. Menghargai apa yang telah diberikan. Juga betul.
Ruang yang dimiliki yang diberikan Ilahi dan ruang yang dianugerahiNya
bagi mengimarahkan bumi harus tidak dicemari dengan angan-angan keji.
Kita sentiasa ingat bahawa setiap yang kita lakukan merupakan rahsia
yang diberikan Tuhan, kita melakukannya dengan sebaik mungkin. Hanya
mungkin kealpaan membawa kepincangan mengalir ke muara keinginan dan
niat yang sepatutnya murni itu membinakan pula benteng antara yang
berhak dan tidak. Sesekali kita gagal memilih dan menilai dengan baik.
Kita berada dalam ruang yang sama sekali tidak berubah. Inovasi kita
hanyalah sebuah ulangan atau 'rebranded' sebuah peristiwa masa lalu.
Dengan cepat, sebaiknya kembali mengenali ruang yang kita diami. Untuk
siapa apa kita fikirkan itu; ruang yang ada di mana kita berada ini mahu
dijadikan apa, apabila berasa selesa. Sering kali orang berkata anda
jangan terlalu selesa berada dalam keadaan yang selamat! Sebuah bilik
yang kecil tentu tidak memberikan makna keselesaan, setidak-tidaknya ada
ruang lain untuk mengekalkan 'kedudukan' atau fikiran-fikiran baru yang
perlu diselesaikan. Masalah yang datang tiba-tiba wajar ditempatkan
pada ruang-ruang yang berbeza dan dekat dengan kita. Kita harus
memetakkan fikiran-fikiran lain juga yang harus seiring dengan hasrat
yang akan berlangsung pada ruang itu. Siapa pun tidak inginkan faedah
yang tiada, apakah anda sanggup memberikan nafas kepada orang lain
sedangkan nafas anda 'ngam-ngam' untuk kehidupan anda? Kita perlu
memberikan sebuah jawapan yang tepat dan meyakinkan.
Kota Kinabalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan