Jumaat, Julai 08, 2022

SALAM BUAT KEKASIH


:dengan nama Allah
yang Maha Pengasih
yang Maha Penyayang...

Aku berada di dalam himpunan debu
tanpa sedar ini dari beberapa perjalanan.

Hari ke hari kerap dilenyapi waktu
tiba di tasik sedar membersihi diri
dan akal, lalu berjalan lagi
pintu ke pintu waktu dipameri wajah
menggaru rasa mendesak teguhnya iman
tiba-tiba menyentuh hanyir debu
pada suatu perhentian malam.

Gusarku mencipta ingatan pada
Illahir-rabbi
pada perhentian inisedarku menyusur lembut
seperti sutera
bertakarub di  menara ini
di suatu rumah-Nya yang menyimbah cinta
keintiman al-quddus
sedarku mengintai sentiasa
debu-debu yang hinggap tiada sedar
lalu menjunjung istigfar di sepi malam
berkata pada hari yang bersih
melontar kasih rindu yang syahdu
al-'aliyyu di pundak khusyuk.

Maha Suci Tuhan
al-'afuwwu wal-ghaffar
restuilah tabubat seorang hamba
yang menambat cita dan cinta
dalam baju Nur-Mu
dari qada'-Mu di setiap pintu kembara
pinta kasih ketika pergi abadi
bersama kekal cahaya yang tak pudar
seperti restu-Mu kepada para Syiddikin
dan para Syuhada...

Sembulan,
Kota Kinabalu.



Tersiar di: Daily Express17 Julai 1985

Hadiah Sastera Malaysia, 1984/1985

Tiada ulasan: