Sabtu, Februari 01, 2020

BUGAR CINTA


Semakin diam dalam pelukan deru hujan. Pagi yang masih rebah menyambung episod percintaan embun. Bumi tetap basah kerana fitrahnya telah lama ada, setia telah berabad berakar.
Apa khabar bangsaku? Masihkah lena dibuai mimpi-mimpi marhaen yang belum menemukan janji peti suci? Kali yang dihitung ini juga belum bermakna ada tanda lahir wibawa bernama manusia yang sempurna.
Apatah lagi ketika deru hujan terus memainkan iramanya jauh ke lebuh sukma di padangnya mendiamkan impian yang memekar. Percayalah pertemuan ini belum berakhir. Peristiwa menelusuri liang-liang sepi menyegarkan lagi harapan yang diwarisi para pejuang.
Bugarlah rasa cinta itu, bangsaku.

RupHA Kampung Gudon
Kota Kinabalu
30.10.2018

Tersiar di Dewan Sastera, Februari 2020

Tiada ulasan: