Ahad, April 03, 2022

INFLASI


 
Melebarkan anggapan bahawa algojo
hidup di mana-mana, mempermainkan 
kekejamannya
 
Kali ini menyimpul tali keinsafan
di sekeliling sentiasa saling memerlukan
 
Sampai di mana, memintal peluang
seakan mempergunakan retoriknya
konon keinsafan ini ampuh, tapi
memperdaya
 
Harga kemanusiaan tak mampu dinilai
dengan harga seorang algojo
kesilapan sering bermain di pantai
kemewahan...
 
 
1995

Tiada ulasan: