Ahad, November 27, 2016

Pengalaman Religius Haji dalam Sajak

Oleh: Mohd Izzuddin Fitri Abdul Aziz

TERDAPAT empat buah sajak Hasyuda Abadi terbit di Utusan Borneo pada 13 November 2016 menceritakan tentang pengalaman religius beliau melaksanakan ibadah haji. Pencari Batu, Mengoyak Riyak, Bahasa Istiqamah dan Syiar Aidiladha. Peristiwa atau pengalaman ini ditumpahkan ke dalam bentuk sajak. Bagaimana seorang penyair menuliskan pengalaman itu ke dalam sajak?

Salah satu siri wajib ibadah haji adalah Melontar Jamrah. Jemaah akan bermalam atau mabit di Muzdalifah setelah terbenam mentari pada 9 Zulhijah. Mempersiapkan diri sebelum Melontar Jamrah keesokan paginya. 10 Zulhijah adalah tarikh melontar bersamaan hari raya Aidiladha.

Jamrah bermaksud tiang dalam bahasa Arab. Jemaah akan melontar sebanyak tujuh buju batu. Tiang tu sebenarnya adalah sebagai penanda sahaja. Sebenarnya ia mengimbas kembali perbuatan Nabi Ibrahim a.s melontar syaitan kerana menimbulkan was-was ketika menunaikan perintah Allah. Ia juga mengambil daripada sunnah Rasulullah yang melontarnya setiap menunaikan ibadah haji. Ia sebenarnya protes terhadap tindakan mesir Kuno menyembah Obelisk. Obelisk (tiang) ialah sebuah simbol kepada Tuhan Amun Ra. Dipercayai diambil dari bentuk Sun Pillar.

Sajak pertama mencitrakan pengalaman beliau sebagai pencari batu. Bermalam di Muzdalifah yang diumpakan beliau sebagai taman. Lantainya yang sejuk. Baris ketiga dalam rangkap pertama tiba-tiba bertukar kepada teringat batu sebelum berangkat. Batu itu ada tujuh semuanya untuk dilempar kepada syaitan degil. Pada rangkap ketiga menggambarkan suasana malam di Muzdalifah yang diam namun para jemaah terasa ditemani oleh malaikat dan Tuhan jua yang merestuinya. Begitulah bagaimana kemahiran seorang penyair mendeskripsi situasi ketika berada di sana. Bagaimana semua sedang tunduk menghadap Ilahi. Perasaan yang sungguh menenangkan menjadi buruan jemaah setiap tahun.

Puisi kedua bertajuk Mengoyak Riyak menceritakan tentang bangga diri. Kita tidak harus riyak dalam ketika berada di tanah suci. Allah yang telah menjemput para jemaah menunaikan haji. Ia tidak seharusnya menjadi kebanggan atau riyak dalam hati.

 

Kami datang atas undangan

menjadi dhuyufurrahman

bukan riyak

doa yang dibacakan hanya Dia yang berhak

 

Begitulah penyair Hasyuda Abadi memberi pesan kepada jemaah lain supaya jangan riyak dalam beribadah. Setiap apa yang dilakukan di tanah suci itu akan dibayar tunai. Sudah banyak kisah-kisah haji yang kita dengar mendapat balasan serta merta. Begitulah puisi ini membenarkan dan memberi amaran kepada para jemaah agar sentiasa mengikhlaskan diri dalam beribadah. Jangan terpaksa atau memaksa diri.

Dalam puisi Bahasa Istiqamah, sangkutan daripada puisi mengenai riyak, penyair mula memahami tentang erti cabaran dalamnya aqidah. Akidah merupakan rukun agama yang menjadi asas kepada keimanan yang diyakini. Beliau menuliskan

Telah kufahami erti cabaran

yang lebih mendunia

di dalamnya satu aqidah

 

Lalu beliau mendapati sesuatu tentang bahasa mereka yang ramai menuju ke kiblat di setiap lorong.

 

Kiblat yang dituju

ketika berbondong setiap lorong

kamu berbahasa apa?

Inilah bahasa manusia

ditandai senyum tapi tak semua menerima

atau berjabat tangan, nah ini persaudaraan.

 

Beliau bukan sebenarnya mempersoalkan bahasa apa yang digunakan. Ia sebagai perlambangan kepada kepelbagaian bangsa ia memiliki berbilang bahasa. Bahasa jiwa bangsa. Bagaimana seseorang bertutur itu menunjukkan kebangsaannya. Penelitian beliau mencitrakan jemputan-jemputan yang hadir dari setiap pelosok negara. Walau masing-masing memiliki bahasa, warna kulit, dan adat yang berbeza, tetap memahami konsep Islam Ad-din yang sama. Beliau menyambung lagi…

 

Rumpun ini bukan kecil

kita diamanahkan meningkatkan syiar

dan ini buktinya tuju tawaf dan saie’

 

Beliau sedang mencitrakan kesatuan hati umat Islam beristiqamah dalam perbezaan bangsa demi menengakkan syiar Islam.

Puisi keempat menceritakan kebesaran Aidiladha. Beliau mencatatkan peristiwa yang berlaku semasa menyambut Adiladha di Mina. Ketika cahaya terbenam dalam sirna wajah. Tentang kerinduan terhadap ketenangan jiwa yang dialami. Pada rangkap ketiga baris pertama dan kedua bersangkut paut. Namun baris ketiga berlaku sedikit kekeliruan. Apakah kesinambungan wajah yang riuh tenggelam dalam riang dan cahaya merawat keimanan. Beliau menuliskan begini…

 

meramahi riuh wajah

rupanya tenggelamnya riang

cahaya merawat keimanan

 

Wajah dan keriangan itu berkenaan dalaman dan luaran. Betapa wajah itu dapat memancarkan sinar keikhlasan. Mungkin penyair ingin memgungkapan cahaya yang terpancar di wajah dapat merawat keimanan. Tidak nampak jelas cahaya apa yang dimaksudkan oleh penyair. Mungkin saja tiba-tiba cahaya muncul, menunjukkan segala kemungkinan boleh berlaku atas kekuasaanNya jua.

Bukan mudah untuk menumpahkan pengalaman religius ke dalam sajak. Pemilihan perkataan harus tepat agar tidak menimbulkan kekeliruan. Terutamanya Sajak Pencari Batu yang memiliki sejarahnya tersendiri. Ada istilah tertentu yang digunakan penyair yang tepat, seperti mabit separuh malam. Apabila sebut mabit ia menggambarkan tentang bermalam d Muzalifah. Sekiranya penyair tidak menyebut un Muzalifah menjadi taman pada baris pertama. Pembaca tentu di mana seharusnya mabit separuh malam itu berlaku. Mungkin perlunya pencarian kata habuan terlaknat syaitan degil. Habuan itu biasanya memberi keuntungan kepada orang yang mendapatnya. Jika dilihat semula protes terhadap penyembahan Obelisk sebenarnya ia bukan berbentuk habuan. Lebih kepada simbolik ketidaksetujuan.

Tuntasnya, menumpahkan pengalaman religius ke dalam sajak bukan kerja mudah. Kita harus memiliki kemahiran tinggi dalam menginterpretasinya. Ia soal ketuhanan sedikit sahaja silap boleh menyebabkan kepesongan. Tapi tidak menjadi masalah kepada penyair yang pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Penyair Islam Sabah (2008).


Sabtu, September 10, 2016

Seputar bahasa dan kreativiti penyair


BAHASA adalah rumah dan tanah air para penyair. Di situlah dia lahir dan dibesarkan. Di situ juga dia tumbuh dan berkembang. Kemudian dia mengembara untuk memberi makna terhadap kehidupannya, sebelum pada akhirnya kembali ke rumah keabadiannya. Yang pasti dia akan meninggalkan khazanah bahasanya yang bakal diikuti generasi selanjutnya.
Bahasa adalah jati diri penyair. Kerananya, penyair yang kehilangan bahasanya, akan kehilangan segalanya dan kehilangan jati diri.  ‘Yang tak berumah takkan menegakkan tiang’, begitu kata pada salah satu bait  puisi penyair Republik Czeck, Rainer Maria Rilke,  ‘Di Batu Penghabisan ke Huesca’.

Salah satu tugas penting seorang penyair adalah memelihara, memperkaya, memperasa dan mempertahankan bahasanya. Kerana, itulah perjuangan menegakkan jati dirinya. Apatah lagi, sekarang ini pada kenyataannya, bahasa adalah salah satu benteng terakhir nasionalisme yang masih mampu bertahan di tengah  sumber misteri dan inspirasi  yang terkandung di dalamnya. Menjadikan karya-karya, yang hakikatnya adalah untuk mengangkat dan mempertahankan harkat dan martabat kemanusiaan. Karya-karya inilah yang kelak menjadi keterlibatan para penyair terhadap pembentukan kebudayaan bangsa dan tanah airnya. Bukan menulis untuk sekadar suka-suka melainkan siaga dengan motif yang jitu.

Seorang penyair ialah seorang seniman yang mencipta karya dan secara langsung atau langsung   membincangkan   kehidupan.  Alatnya,   seperti   disebutkan   di   atas,   ialah bahasa. Untuk   menjadi   seorang   penyair   yang   baik,   dia   harus   mengenali   bahasa  itu   dengan sesempurna mungkin kerana dengan pengetahuan ini, dia dapat mengambil atau mengutip daripada   beratus-ratus   ribu   perkataan   dan   menyusunnya   dalam   rangka  makna   yang diinginkannya.

Seorang penyair ialah seorang seniman yang mencipta karya dan secara langsung atau langsung   membincangkan   kehidupan.  Alatnya,   seperti   disebutkan   di   atas,   ialah bahasa. Untuk   menjadi   seorang   penyair   yang   baik,   dia   harus   mengenali   bahasa  itu   dengan sesempurna mungkin kerana dengan pengetahuan ini, dia dapat mengambil atau mengutip daripada   beratus-ratus   ribu   perkataan   dan   menyusunnya   dalam   rangka  makna   yang diinginkannya.

Seorang penyair bagi Dr. Muhammad Haji Salleh, ialah seorang seniman yang mencipta karya dan secara langsung atau langsung membincangkan kehidupan. Alatnya, seperti disebutkan di atas, ialah bahasa. Untuk menjadi seorang penyair yang baik, dia harus mengenali bahasa itu dengan sesempurna mungkin kerana dengan pengetahuan ini, dia dapat mengambil atau mengutip daripada beratus-ratus ribu perkataan dan menyusunnya dalam rangka makna yang diinginkannya.

Karya-karya yang wujud dalam bentuk puisi, novel, cerpen, teater, dan karya budaya lainnya, yang hanya lahir kerana adanya bahasa dan seluruh inspirasi yang disediakannya. Eksistensi seorang penyair, sasterawan, budayawan, adalah kerana karyanya. Karya-karya itu hanya lahir daripada proses kreativiti, dan kreativiti itu hanya dapat tumbuh dan berkembang, jika ada media ekspresinya yang hidup dan menggairahkannya, dan itu adalah bahasa. Kita belajar menulis puisi, belajar membangun kreativiti, sejak degup kehidupan manusia ini bermula. “Kun Fayakun “ itulah kata pertama. Itulah puisi pertama. Itulah imaji pertama yang mengaliri darah dan nafas para penyair. Dan kerana itu pulalah, bahasa Melayu sebagaimana wujudnya, dan kesedaran awalnya, adalah bahasa yang sangat kreatif, imaginatif dan ‘menggairahkan’.

Bahasa yang baik bagi penyair, adalah bahasa yang memberikan kebebasan kepadanya untuk mengembangkan dan mengolahnya menjadi media komunikasi yang mudah, ancar, dan bermakna dalam karya-karyanya. Keadaan yang demikian diperlukan penyair untuk menghasilkan karya-karya yang kuat, termasuk karya sastera. Karya-karya yang besar hanya lahir daripada bahasa yang merdeka, yang bebas, yang lentur, yang tidak terkurung dan terperangkap dalam berbagai aturan dan tata bahasa yang kaku dan beku.

Dalam hal ini, bahasa Melayu, adalah salah satu bahasa yang sangat apresiatif. Bukan hanya memiliki kemerdekaan dalam bentuk dan struktur bahasanya, juga memiliki keindahan dalam diksi,  intonasi, dan ritmanya sehingga menjadi bahasa yang sangat puitis. Lihatlah syair, salah satu bentuk karya sastera Melayu. Atau pantun, gurindam, seloka dan sebagainya. Membacanya, seakan kita bernyanyi. Kita berdendang. Kerana itu, ada yang menyamakan keindahan bahasa Melayu itu dengan keindahan bahasa Sepanyol. Bahasa yang merdeka, yang bebas, adalah bahasa  yang selalu memberikan inspirasi, yang seakan tak pernah diam. Terus menggelitik batin penyair untuk terus meluapkan ekspresi, yang terus mengajaknya untuk terus menggali mencari inti esensinya. Bahasa yang demikian sangat diperlukan untuk proses kreativiti menghasilkan karya-karya sastera, terutama puisi. Kerana bahasa yang merdeka itu sangat imajinatif. Berapa ramai yang boleh melakukannya, bahkan para penyair yang telah menulis puisi bertahun-tahun ada masanya gagal melahirkan sebuah karya atau karya-karya yang terbaik, yang boleh diingat-ingat, manis disebut dan dihafal malah. Berapa ramai antara kita dapat mengingat puisi-puisi A.Samad Said, Usman Awang atau Kemala? Tolak para peserta sayembara dekalamasi puisi. Saya sendiri tidak mampu mengingat puisi yang saya tulis. Tentu anda akan ketawa. Ya saya akui hal itu. Sebagai penulis, bagaimanapun, dia mempunyai kelebihan tersendiri yang tidak dipunyai orang lain. Antara penyair dengan penyair yang lain juga kelihatan wujud perbezaan yang ketara dari sudut teknik penulisan, pemilihan diksi, gaya bahasa, stail pengungkapan dan sebagainya.

Pada saya menulis puisi itu adalah menulis metafora, menuangkan ‘imaginasi’. Dengan sepatah kata, serangkai  dengan hanya satu kata saja, penyair sudah bisa menghasilkan sebuah puisi yang penuh makna. Lihat puisi Usman Awang yang berjudul ‘Melayu’, atau puisi panjang Kemala ‘Meditasi’ atau A.Samad Said dalam ‘Al-Amin’, dan karya-karya luar biasa As-Suhaimi, dalam buku-bukunya ‘Wajah’, ‘Taman Takwa’ dan beberapa yang lain, atau yang sangat terkenal sajak-sajak Chairil Anwar berjudul ‘Aku Ini Binatang Jalang’ dan sajak satu baris penyair Sitor Sitomurang, ‘Bulan di Atas Kuburan’. Kalau permata dari Sabah pula kita telah dihadiahkan melalui kelahiran penyair-penyair terbaik seperti Jasni Matlani (Dongeng Perkebunan), Norawi Haji Kata (Akta Batin), Soibil Madun (Laut Sebuah Ayunan), Ramzah Dambul (Dari Cinta kepada Cinta) dan Mabulmaddin Shaiddin (Stensil Pari-Pari), Jair Sulai (Kebun Hayat), Sahara Jais (Cinta Seroang Aisyah) dan tanpa melupakan Amil Jaya (Suatu Amanah), Jamdin Buyong (Ada dalam Tiada) dan Zaiton Ajamain (Bagai Layang-layang).

Kerana itu, di negeri kita ini, misalnya,  karya-karya besar dan kuat, banyak lahir dari para penyair atau sasterawan yang berlatar belakang dan bertutur dalam bahasa Melayu walaupun barangkali ada yang berasal daripada kaum Kadazan-Dusun, Bajau, Sino Kadazan, Orang Sungai dan sebagainya, kerana pengaruh dan keunggulan bahasa Melayu yang sangat imaginatif itu dan atas sebab dasar Pendidikan Kebangsaan. Bahkan ada yang mengatakan, semua orang boleh jadi penyair, kerana memiliki bahasa Melayu, salah satu bahasa yang mempunyai semua aspek puitikal terbaik sebagai bahasa puisi. Bahkan pernah dikatakan juga, masyarakat kita di Sabah ini lebih baku bahasa Melayunya berbanding di negeri-negeri lain. Ini menjadi satu nilai tambah dan yang menggahkan dunia sastera Malaysia sebenarnya.
Meskipun puisi-puisinya ditulis dalam bahasa Melayu, tetapi di dalam puisi-puisi itu dapat dirasakan gaya pengucapan yang menampilkan semangat dan tradisi tuturan lokal, jejak awal sejarah dan budaya ibundanya. Muncul sejumlah kata-kata lokal, bahkan yang sudah termasuk kata-kata arkais. Bentuk-bentuk pengucapan, terutama  puisi, makin banyak yang kembali ke struktur syair, gurindam, dan berbagai bentuk lain dalam bahasa-bahasa sukuan.

Puisi-puisi ini, akan semakin kelihatan kelokalan, keasalannya, bila sudah dibacakan. Dan pada kenyataannya, meskipun dominasi bahasa ibunda, gaya penuturan setempat, karya-karya itu tetap komunikatif, dapat dirasakan, dapat difahami, kerana pada hakikatnya bahasa itu, bagaimanapun bezanya, rohnya adalah pada kesamaan rasa, yang dapat dibangkitkan dalam bentuk simbol-simbol, dalam isyarat-isyarat. Lihatlah bagaimana bahasa prokem itu masuk dan mengaduk-aduk karya sastera, termasuk puisi, cerpen dan novel, terutama bahasa Bajau atau Kadazan atau Murut dan bahasa pergaulan di Sabah. Ini merupakan impak daripada penganjuran peraduan menulis karya kreatif oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah sejak beberapa tahun yang lalu yang mensyaratkan penyerapan kosakata-kosakata lokal (baca: etnik). Juga bahasa Facebook, bahasa Twitter, dan yang sangat fenomenal adalah bahasa Android, yang mampu membangun komunikasi secara luas, hanya dengan simbol-simbol (simile), yang betapa pun asing dan aneh, tetapi seakan dapat berbaur dan berkomunikasi dengan komuniti mereka yang berbeza.

Bahasa juga adalah bahagian daripada kesejarahan. Dalam pemahaman harfiah, bahasa memang berfungsi sebagai alat untuk berkomunikasi. Dimulai dengan simbol-simbol, lalu kata, lalu kalimat, dan seterusnya. Kini, bahasa komunikasi, kembali kepada simbol-simbol, meskipun lebih universal. Bahasa Melayu sebagai bahasa yang merdeka, kreatif, imaginatif, dan sugestif, ada di dalam proses modenisasi dan simplikasi komunikasi manusia dalam berbahasa, ikut membangun simbol-simbol universal itu.

Kerana itu, ungkapan klasik - takkan Melayu hilang di dunia, sepanjang mereka masih memiliki bahasa, sepanjang masih memiliki simbol-simbol yang universal. Masih ada kira-kira 300 juta umat Melayu di dunia. Maka tegakkanlah Melayu di atas pancang bahasanya. Sebab  kalau orang Melayu sudah kehilangan bahasanya, maka mereka kehilangan segala-galanya. Dan hampir kepada satu pembuktian apabila memilih dasar, memandang ke timur sedangkan bahasanya, memandang ke barat. Inilah realiti yang amat sukar lagi dibendung terutama dalam kalangan adikuasa kita!

PUSTAKA IQBAL NAZIM
© 2016