Khamis, April 03, 2014

Memilih Judul


Mengapa sesebuah judul itu kita pilih? Sudah pasti ia mewakili intipati karya. Ini adalah jawapan yang lumrah. Rata-rata penulis mengakui. Namun ada penulis yang mungkin tidak memilih sedemikian tetapi amat jarang. Bagi yang peka terhadap karya penulis-penulis yang lain saya sealiran pemikiran bahawa kita perlu berhati-hati supaya judul karya belum pernah digunakan penulis lain. Agar tidak menyebabkan kekeliruan pembaca atau pengkaji sastera. Ada ketikanya sebuah karya itu menjadi ikon berdasarkan judulnya. Hinggakan wujud pertanyaan itu karya siapa lantaran berlakunya pemilihan judul yang sama. Sudah menjadi satu trend masa kini (mungkin telah sekian lama) penulis memilih judul-judul yang dimulai atau diakhiri dengan kata seperti 'Negeri...', 'Rindu...', 'Ratib...', 'Sukma...', Kota...,' dan sebagainya pada saya merupakan judul-judul yang puitis dan indah. Ada kalangan penulis yang sambelawa dalam memilih judul hingga daripada judul saja pembaca tidak berminat membaca padahal pencitraan dan inipatinya cukup bagus. Sebagai penulis yang ingin terus berwibawa dalam dunia kreatif, kreativiti akan terus memainkan peranan. Pilihlah judul yang baru dan bernas, seperti kata Supardi Joko Damono. Kreatifkan minda agar tidak bertembung dengan judul-judul yang telah dibuat orang. Namun jika judul yang sedemikian yang dipilih, terserah kerana itu adalah hak mutlak dan tidak mungkin mengakibatkan hukuman atau dosa atas tuduhan meniru judul karya orang lain.

RUMAH PUISI
HASYUDA ABADI

Tiada ulasan: