Rabu, Jun 19, 2024

ILTIZAM DALAM ORGANISASI - IPS


Iltizam dalam organisasi - kenapa terus tekal bersama biarpun hanya menjadi ahli biasa hingga diberi penghargaan menjadi ahli sepanjang hayat. Keserasian terhadap objektif organisasi sangat menyokong, mungkin selain berkongsi idea-idea bernas bahkan sentiasa memiliki rasa kebersamaan. Menyantuni semua orang sesiapa jua juga meletakkan organisasi akan dihormati. Sentiasa disokong ramai pihak. Pupuklah mereka yang baru bersama dengan ilmu yang sesuai, beri keselesaan sekiranya ia memilih bidang, berjiwa besar dalam menerima pandangan.
Pasti tidak mudah pun demikian ada caranya. Pimpinan lebih terbuka, miliki rasa hormat yang tinggi, wasatiyyah dalam membimbing kerana niat yang murni mudah dikembangkan kewangiannya. Organisasi terus subur atas program-program berimpak. Tidak ramai tetapi sentiasa ada, bekerja bersama-sama seperti membingkaikan idea-idea baru untuk dianalisis kepada kebaikan organisasi dan dalam menggerakkan objektif sedia ada.
Sesungguhnya setiap orang pasti ada potensinya sendiri. Jangan risau dianggap pinggiran tetapi dirasakan keberadaannya. Biarpun setiap organisasi mahukan kecapaian terbaik harus sentiasa berpada dalam kendali kemanusiaan. Jujur, amanah, bertimbangrasa perlu diletakkan di hadapan setiap orang harus punyai. Semoga kita semua istiqomah, kaizen, husnuzon - insyaAllah.
IPS - Kentalkan minda. Mantapkan jiwa. Majukan bangsa. Karyakan negara.

Tiada ulasan: