Jumaat, September 22, 2023

Biodata Ringkas Hasyuda Abadi (2024)


Nama: Hasyuda Abadi (Sns)
Nama Asli: Sukor bin Usin @ Hussin (Haji)
Tarikh Lahir: 1 September 1960
Tempat Lahir: Kampung Lumadan, Beaufort, Sabah
Bidang Penulisan: Puisi, cerpen, esei, kritikan sastera, dan drama
Gelaran: 'Penyair Seribu Puisi'
Pendidikan: SK Lumadan Beaufort, SM St John Beaufort, Uitm dan UMS.
Penataran Sastera: Terlibat dalam Program Penulis Anak Angkat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah pada tahun 1987 di bawah bimbingan Sasterawan Negara Dato’ Dr. Haji Ahmad Kamal Abdullah (Kemala), serta Program Penulisan Mastera di Jakarta pada tahun 1997 bersama tokoh sastera seperti Dr. Sapardi Joko Damono, Dr. Abdul Hadi W.M, dan Taufiq Ismail.
Pencapaian & Anugerah:
1. Anugerah Sastera Sabah ke-3 (2022) – Sasterawan Negeri Sabah
2. Anugerah Mahrajan Persuratan Islam Nusantara (2024)
3. Anugerah Tokoh Seni Sastera Islam ASIS (2022)
4. Anugerah Tokoh Penyair Islam Sabah ke-9 (2008)
5. Hadiah Sastera Perdana Malaysia – Beberapa puisinya memenangi anugerah ini.
6. Hadiah Sastera Sabah – Beberapa karya beliau diiktiraf.
7. Hadiah Penyajak Terbaik Berita Sabah (1997)
8. Hadiah Tinta Sastera kategori puisi (1999 dan 2004)
9. Hadiah Karya Sulung (2002)
Karya-karya Terkenal:
• Kumpulan Puisi:
1. Balada Paduka Mat Salleh (1989)
2. Akar Cahaya (1997)
3. Datang Kembali (1997)
4. Menginai Badai (2004)
5. Sirna Sirna (2006)
6. Kembali di Lahad Rahsia (2008)
7. Suara yang Terbuka (2014)
8. Kelahiran Sekuntum Cermin (2018)
9. Musim Perubahan di Negeri Kami (2021)
10. Melawan Kebiasaan (2023)
11. Hutan Ayah (2023)
12. Ilustrasi Memilih Sengsara (2024)
• Kumpulan Cerpen: Sepasang Sayap Jelita (2004)
• Buku Pantun: Usul Mengenal Asal (2014)
Aktiviti & Sumbangan Lain:
• Pengasas: Rumah Puisi Hasyuda Abadi (RupHA) di Kampung Gudon Manggatal, Kota Kinabalu.
• Pengasas: Rumah Ngaji Baitul Muqaddam di Kampung Gudon Manggatal, Kota Kinabalu.
• Pemilik: Pustaka Iqbal Nazim, yang menyimpan lebih 7,000 judul buku.
• Bekas Ketua Satu: Ikatan Penulis Sabah (1999-2019).
• Ketua Majlis Penasihat: Ikatan Penulis Sabah.
• Ahli aktif: Kelab Penggiat Komuniti Buku Negeri Sabah (KEBUKU).
• Ahli Sepanjang Hayat: Ikatan Penulis Sabah (IPS), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dan Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHAS).
Sumbangan Antarabangsa:
• Karya-karya Hasyuda diterbitkan dalam 75 antologi puisi, 4 antologi cerpen, 1 antologi skrip drama pentas, dan 3 antologi esei sastera di Malaysia, Brunei, Thailand, Filipina, Korea Selatan, dan Indonesia.
Kerjaya Terkini:
Setelah bersara dari perkhidmatan kerajaan pada tahun 2015, beliau kini menumpukan sepenuh masa dalam penulisan serta mengembangkan sastera di Sabah. Di samping merupakan Bendahari Pertubuhan Permuafakatan Baitul Muqaddam Negeri Sabah.

Tiada ulasan: