Ahad, Jun 18, 2023

Santai Bersama Sasterawan Sabah Ke-3


RUMAH PUISI HASYUDA ABADI (RUPHA)
18 JUN 2023









Mengumumkan beberapa hal penting dalam lestari program buat IPS dan RupHA. Terima kasih kepada kerabat IPS dan sahabat yang sudi hadir. Kulinari yang
mantap
. Lebih bermakna hubungan ukhuwwah persaudaraan.

PROJEK SASTERAWAN SABAH Ke-3:
1. Merekayasa ‘ PUISI ADALAH…‘ sebagai sebuah aktiviti induk.
2. Mendaftarkan akaun FB menggunakan nama ‘ Puisi Adalah...'
3. Menetapkan pengertian 'puisi' dalam konteksnya hendaklah diperluaskan kepada pantun dan sebagainya.
4. Sayembara ‘ Puisi Adalah… ‘ setiap bulan menerusi medan FB. Penilaian akan dilakukan oleh panel dalam, sekurang-kurang memilih 5 buah puisi terbaik. Hujung sayembara ini karya-karya
terbaik
akan diterbitkan. Sayembara ini akan dilancarkan pada 30 Jun 2023 dam titik bermula sayembara sehari sepas tarikh ini.
5. Acara baca puisi dan apresiasi ‘Puisi Adalah…’
6. Wacana dunia ‘Puisi Adalah…’ berupa Seminar atau mini seminar.
7. Program yang sesuai dari semasa ke semasa.
8. Sandaran kekuatan: IPS, DBP, RupHA, Rakan-rakan IPS dan para pemimpin lokal Kg Gudon, Manggatal.

Tiada ulasan: