Membina persepsi ada masanya ketika menyaksikan sesuatu peristiwa di babak awal. Saat membuka tirai wujud gambaran mengenai peristiwa-peristiwa selepas itu. Audiens sedang menanti sesuatu kejutan meskipun ia sedang bermula. Dengan keyakinan yang tinggi, mulakanlah keluarbiasaannya, rasai getar tenaga dan segar sewajarnya pasti akan berlaku lebih
hebat
lagi!
Setiap kita tidak mahu membuangkan masanya duduk (atas undangan) sebaliknya juga inginkan di hadapannya itu sebuah kesatuan produksi yang
mantap,
padu; membawa pulang bersama semangat (pengalaman baharu) bukan suatu kenangan yang membingitkan sepanjang malam. Sambil di hati kecil berkata: sayangnya... alangkah baiknya... dan seumpamanya. Mungkin kepada yang mahu menghargai masa 2-3 jamnya di luar rumah, hal ini difikirkannya. Jika dulu guru berpesan: ibarat membina bangunan (klise bunyinya, tidak mengapa), melaksanakan sesuatu yang harus berhasil sebuah kejayaan dipastikan keutuhan setiap komponen (baca: peranan dan kerjasama). Ini intinya, sesiapa pun akan faham soal yang diutarakan.
Selain fokus kepada hal-hal pengurusan tetapi disiplin, saling yakin meyakini, ada ilmu (faham apa yang mahu dibuat), cerdik (cepat bertindak apabila terjadi hal-hal tanpa diduga) dan latihan yang banyak sekali. Bukan setakat buat sampai jadi, tetapi buat sehingga memberikan kepuasan paling maksimum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan