Menulis puisi menulis fikiran, berat bunyinya. Secara semula jadi memang beginilah dan tanpa disedari sesiapapun. Saat ia berkreatif idea-idea mengalir. Idea-idea itu berupa salinan fikirkan kepada bentuk kata. Kata-kata dari salinan diksi-diksi. Kata-kata terpilih digubah menjadi bentuk dan gaya bahasa menjatikan lagi ciptaan. Semakin padat semakin sedap tetapi harus berhati-hati agar aliran idea menerusi diksi atau kata-kata terpilih tidak kesasar atau tidak fokus sehingga melahirkan karya yang hambar, klise, lemah dan sebagainya.
Tiada peraturan dalam menulis puisi (Fahd Razy dalam SMP). Sebagai sebuah karya seni, biarlah ia berlaku secara semula jadi. Puisi tidak dapat diajar tetapi boleh dipelajari. Ada pendekatan sainsnya. Maknanya menghasilkan karya kreatif genre ini tidaklah semudah yang disangkakan. Pasti boleh siap tetapi bukan siap yang sebenarnya. Telusuri karya-karya besar atau karya-karya biasa tetapi segar.
Sekarang banyak puisi ditulis, diedar dan kita membaca. Tolak dulu mengapa puisi itu dihasilkan tetapi mengapa puisi semudah itu ditulis. Dalam sayembara, karya yang harus dibentangkan hendaklah sebuah hasil yang terhabis baik untuk pertembungan karya. Bukanlah yang
terbaik
, kerana tiada yang terbaik
sebenarnya berbanding ciptaan Ilahi. Namun, sebagai sebuah karya kreatif, terlalu banyak yang boleh dibentuk mengikut acuan idea, fikiran atau tema-tema yang dikehendaki. Jika mendasari 'cadangan' sains dalam menulis puisi, akhirnya kita boleh melihat semula, atau merasai kembali suka duka menghasilkan puisi. Namun jika itu kepuasan, kita belum berjaya sebenarnya. Menulis apapun karya kreatif merupakan percubaan-percubaan lain daripada kehidupan sebenar agar ia dirasai indah dan sebagainya.
Menulis puisi hanya separuh daripada perjalanan, kata buku SMP. Bahgian pertama rumus dalam berkarya. Seterusnya, tidak kurang penting juga apakah jodoh puisi tersebut? Mungkin sebilangan penulis tidak kisah, karyanya nanti bagaimana. Karya yang melekat dalam fikiran pembaca, apakah berlaku begitu? Jika ada karya yang bisa mengubah kehidupan seseorang tentu lebih baik. Soalnya ada tidak sesiapa menyatakan demikian. Sebab menikmati sesuatu agak sukar dibicarakan dalam bentuk kata-kata. Hal-hal ghaib ini mungkin ada.
Di akhir penulisan itu, pasti inginkan jodoh yang
terbaik
selain diterima pembaca, iaitu dinobatkan sebagai karya yang diketengahkan sebagai contoh untuk diberikan hadiah dan sebagainya. Tiada salahnya, namun usahakan sebaik mungkin ketika kita memulakannya. Menyemak ketika membina. Membaiki sebelum diberikan kepada sesiapa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan