Ingin
dilihat besar kerana manusia
ingin
dilihat kecil kerana Allah.
Buat baik
semata-mata kerana Allah
niatkan
salawat ini kerana Allah.
Merekapun
datang berbodong-bodong
bersalawat
beramai-ramai.
Lelaki dan
wanita
bersentuh
bahu bersalawat memenuhkan padang.
Mereka
berkata, kami datang meramaikan
niat kami
mengenang hijrah nabi.
Namun
hairan mereka ketika sampai waktunya
diangkakan
bilangan ke sekian.
Diberi
senyum kerana mencapai rekod kehadiran
hingga
habis salawat mereka berkeliaran.
Padang ini
sepi
mengharap
redha dan restu Ilahi.
Tersiar di: Harian
Ekspres, 23 Mei 2004
Hadiah Sastera
Sabah 2004/2005
Nota: Puisi ini juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Portugisusahasama antara Malaysia-Indonesia-Portugal. Buku tersebut diterbitkan oleh PT Gramedia Pustaka Utama, Jakarta pada tahun 2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan