bukan payah merasai nikmat
yang mencurah
dari cahaya yang gemilang benderang
siapa yang kenal wajahnya
adalah cahaya yang maha sempurna
kenal setiap liku dan lorong
kenal makna cabaran dan kesabaran
kenal suara yang diulit sunyi
lebih bererti
kenali rahsia cahaya
ketika sengketa mengalir darah amarah
kenali daerah lingkunganmu
dari berjalan menggulat silap
langkah dan tingkah
dengan rasa syukur
nikmat itu tak pernah luntur
dengan kenal sabar
cahaya menyinarkan kehidupan
yang akur setiap peristiwa
berbunga rahsia.
HASYUDA ABADI
Pustaka Iqbal Nazim
Kota Kinabalu
SABAH
3 Ogos 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan