Jumaat, Mei 13, 2022

SYAUM

begitu segera berlalu waktu-waktumu, tanpa pernah diberikan kepayahan kini ia kembali. ia datang membawa seribu satu perbezaan insan dan kemanusiaan yang melarutkan segala keegoan, budaya lapuk dan songsang yakni gaya hidup yang melupakan perjanjian. bukan kerana hanya dahaga atau lapar, ia datang membawa seribu satu rahsia, kau lebihkan waktu-waktu yang tinggal berteleku setiap malam, tiada ucap selain zikir mengingati detik-detik yang berlalu agar berlagu cahaya, mentarbiah batin dan zahir dan istiqamah zahir dan batin, berjuang di landasan kasih sayang, redha, bersyukur dan berusaha memakmur syariat syariah, jangan terus tersungkur. detik demi detik yang datang dan berlalu, tiada yang ditinggalkan selain amal yang kekal bakal menutup setiap silap atau alpa. hidupkan segala waktu, detik dan kesempatan selagi masih ada untuk dilafazkan, diniatkan, dizikirkan, hanya semata kerana Dia, Yang Maha Agung.

HASYUDA ABADI
pustaka-iqbal-nazim
3 ramadan 1443

Tiada ulasan: