Selasa, September 13, 2022

Aktiviti-aktiviti Hasyuda Abadi (4)

TERLIBAT SEBAGAI PEMBENTANG KERTAS KERJA/PANEL
FORUM PROGRAM PERSURATAN:

1.         Pembentang Kertas Kerja di Perkampungan Penulis Muda Malaysia di Hotel Grand Continental Kuching, Sarawak pada 12-15 Jun 2003.

Program ini dianjurkan oleh DBP Kuala Lumpur.

2.         Moderator Majlis Wacana Penerbitan buku Refleksi karya Jasni Matlani dan Terbang Tinggi Nun Jauh karya Raymond Majumah, di DBP Cawangan Sabah pada 29 Jun 2004. Buku-buku ini diwacanakan oleh Janatan Kandok dan Ramlie A.R.

Anjuran DBP Cawangan Sabah.

3.         Pembentang Kertas Kerja Perkampungan Sasterawan pada 23 hingga 25 Ogos 2004 di Kota Kinabalu.

Anjuran DBP Cawangan Sabah.

4.         Pemakalah Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2005 pada 3-6 Jun 2005 di Kukup Golf Resort, Pontian, Johor.

Anjuran DBP, PENA dan PPJ.

5.         Pembentang Kertas Kerja Dialog Borneo-Kalimantan ke-VII pada 2-5 Julai 2005 di Hotel Sandakan. Judul Kertas Kerja: Kesan Budaya dan Bahasa dalam Sastera Siber.

Anjuran DBP.

6.         Ahli Panel Majlis Dialog Karyawan dan Seniman Peringkat Negeri Sabah pada 28 Oktober 2012 di Sudut Penulis DBP Cawangan Sabah, Kota Kinabalu.

Anjuran Persatuan Kreativiti dan Inovasi Sabah dengan kerjasama Ikatan Penulis Sabah (IPS).

7.         Pembentang Kertas Kerja Perkampungan Sasterawan 2015 pada 13-15 November 2015 di INTAN Kampus Sabah.

Anjuran DBP Cawangan Sabah.

8.         Bicara Proses Kreatif Sastera Islam semena Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara ke-6 pada 6 Mac 2017 di Membakut, Sabah.

Anjuran Majlis Ugama Islam Negeri Sabah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan Pejabat Daerah Kecil Membakut.

9.         Pembicara Karya Eceran Puisi dalam Program SUNTIK pada 5 Ogos 2017 di Sudut Penulis DBP Cawangan Sabah.

Anjuran Krew SUNTIK dengan kerjasama DBP Cawangan Sabah.

10.     Pembicara Karya Eceran Puisi dalam Program SUNTIK di Sudut Penulis DBP Cawangan Sabah pada 6 Januari 2018

Anjuran Krew SUNTIK dengan kerjasama DBP Cawangan Sabah.

11.     Panel Forum dalam Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu Zon Sabah 2018 pada   20 Januari 2018 di Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu, Sabah.

Anjuran GAPENA, DBP dan BAHASA.

12.     Moderator Nadwah Sastera Islam sempena Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Membakut, Sabah pada 10 Mac 2018 di Resort Binsulok, Membakut.

.Anjuran Majlis Ugama Islam Negeri Sabah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan Pejabat Daerah Kecil Membakut.

13.     Panel Bicara Karya Buku 'Peristiwa Berdarah Kalabakan' karya Mohamed Hj Salleh 4 Mei 2019.

Anjuran Persatuan Bekas Perajurit dengan Kerjasama DBP Cawangan Sabah.

14.     Panel Forum Nadwah Sastera Islam Mahrajan Persuratan & Kesenian Islam Nusantara ke-8 Membakut 2019 pada 28 Jun 2019 di Perpustakaan Membakut.

 

Anjuran Mahrajan Persuratan Islam Nusantara Membakut.

15.     Ahli Panel forum Program Festival Seni Budaya, Puisi dan Kulintangan Nusantara 2019 yang diadakan di Beaufort, Sabah, Malaysia pada 9 November 2019.
 

Anjuran Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA)

16.     Bicara Puisi - Buku Balada Paduka Mat Salleh pada 5 Oktober 2019 di Pantai Teluk Likas, Kot Kinabalu.

 

Anjuran Persatuan Jom Sastera Sabah.

17.     Ahli Panel forum Nadwah Sastera Islam pada 19 September 2020 di Dewan Amil Jaya DBP Cawangan Sabah. Judul forum: Rahmah dalam Persuratan dan Kesenian.

 

Anjuran DBP Cawangan Sabah.

Tiada ulasan: