Sabtu, Mei 16, 2015

Apabila menusantarakan karya sastera kita


SYABAS kepada para penganjur yang berjaya melaksanakan sebuah acara berprestij dalam konteks tempatan. Saya lihat standardnya belum sampai kepada tahap nusantara apatah lagi antarabangsa. Andaikata dengan kehadiran seorang dua individu dari wilayah nusantara, ini belum boleh disahkan bahawa itulah dia nusantara. Nuansa nusantara itu bukan sekadar itu. 

Misalnya mengangkat sesebuah karya sastera atau ketika membicarakan isu-isu kearifan tempatan, fokusnya harus lebih meluas. Memperkatakan sasteranya, sudah tentu bukan sekadar bercakap mengenai metafora. Jika sekadar memperkenalkan syair-syair, saya fikir ia harus lebih meluas lagi. Sebagai contoh setiap buah karya yang diberikan perhatian itu sewajarnya mencerminkan latar sejarah dan intipatinya, sasaran dan juga masa depan yang perlu dibincangkan.


Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam ke-4 yang baru sahaja berlangsung di Pekan Membakut, perlu melihat kesatuan pemikiran yang lebih jauh di masa akan datang. Saya tidak pasti apakah pandangan mereka yang mengikuti program ini, terutama sekali pada sebelah pagi. Pengisian yang alang-alang dengan ungkapan yang klise - tidak cukup masa. Disebabkan tidak cukup masa, sebab itulah pengisiannya menjadi alang-alang. Berguru kepalang ajar bagai bunga kembang tak jadi. Inilah realitinya. Pembicaraan terhadap sajak-sajak penyair Arifin Arif tidak kesampaian apabila pemakalanya, seorang penulis tersohor Malaysia, (Dr) Hajah Zaiton Haji Ajamain tidak memperluaskan ujiannya terhadap buku 'Api Laut Merah' dan 'Semasa Pesawat Runduk'. Semua ini dikaluti oleh masa yang alang-alang. Ditambah lagi ketiadasan salinan kertas kerja yang sebaiknya diedarkan. Pada saya program pemakalahan hanyalah cerita-cerita kosong di kedai kopi. Apa yang diperkatakan berlalu begitu sahaja.


Sekadar sebuah pandangan dan mungkin dapat dijadikan iktibar. 

PUSTAKA IQBAL NAZIM

Tiada ulasan: