2017 2022 A.Halim Ali Adat Agama Aktiviti HA Aktiviti IPS Al-Quran Amil Jaya Analisis Andekdot Anekdot Anugerah Anugerah Pena Kinabalu Anugerah Sasterawan Negeri Sabah Apresiasi Artikel Artikel Sastera ASN Azlinah Azrone BAHASA Bahasa Melayu Baitul Muqaddam Baju Hasyuda Abadi Bakhtin Bayaran BBK Berita Harian Online Bicara Karya Biodata Biodata Ringkas Budaya Bukit Selembau Buku Buku Puisi Catatan Perjalanan Cerpen Datuk Hj Suhaibun Yussuf DBP Malaysia DBP Sabah Deklamasi Puisi Desigining Dewan Masyarakat Dewan Sastera Dialogisme Dr Mahathir dunia sastera Ekokritik Esei Fatwa Sastera Islami Fauziah Moksin Filem Fitri Foto Frost Futuristik Gapena H1 N1 Hadiah Sastera Hadiah Sastera Sabah Hadijah Haji Hamka Hari Kebangsaan Hasyuda Abadi Hedonis hiper Hirah HSPM Hutan Ayah Hutan Ayah (Cover) Hutan Ayahm IPS Idea Intertekstualiti IPS Istiqomah Izzuddin Fitri Jakim Janatan Kandok Jasni Matlani Jheains Juara Rakyat Julia Kristeva Katapilar Keberhasilan Keberhasilan Tertinggi Hasyuda Abadi Kelahiran Sekuntum Cermin Keluargaku Kemali di Lahad Rahsia Kematangan Kembali di Lahad Rahsia Kembara Kalimantan Kepaduan Keratan akhbar Sabah Kesenian Islam Kesusasteraan Borneo Klise Komposisi Kritikan Maal Hijrah Madani Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Majalah Makalah Makkah Malaysia Madani MAPENA KINABALU MASTERA Maulidurrasul Melawan Melawan Kebiasaan Memuji Merdeka Muizz Musim Perubahan di Negeri Kami Muzalifah Nadwah Sastera Islam Narudin Nasyid Norawi Hj Kata Numera Nusantara Panduan Menulis Puisi Pantun Paradox Patriotisme Penulis Sabah Penyair Penyair Islam Percakapan Tentang Tema Persidangan Persuratan Kebangsaan Perspektif Pilihan raya plagiarisme politik Potugis PPSB PPSMI Psikologi Puisi Puisi Amil Jaya Puisi Esei Puisi Islami Puisi Ramadan Pustaka Iqbal Nazim Rabbani Raja Lawak Rencana Riadah Seni Rumah Puisi Hasyuda Abadi RupHA RupHAm Sabah Sabah Maju Jaya Salam buat Kekasih Sastera Sastera Islam Sastera Kanak-kanak Sastera Nusantara Sastera Sabah SASTERAWAN Sasterawan Negara Sasterawan Negeri Sabah ke-3 Sasterawan Sabah Sayembara SEA Write Award Seberkas Idea Tentang Pohon Sepanggar Sepasang Sayap Jelita Sesekali Menoleh Ke Belakang SMJ Suara yang Terbuka Suntik Surat Surat Khabar Susatera Tadabur Teater Terjemahan Titik di kalbu nazim Tots Ucapan Ulasan Cerpen Ulasan Sayembara Peraduan Menulis Cerpen Sempena Hari Malaysia 2020 utube Utusan Borneo Wacana Sasterawan Wasatiyyah Wawancara Zubaidi Zubir Ali

Isnin, Jun 16, 2008

Resah Puisi

Dalam Kumpulan Puisi 'Menginai Badai', sebuah puisi saya bertajuk 'Harga Puisi' mengungkaikan persoalan harga dan maruah puisi atau sesebuah puisi yang menjadi pilihan atau pendekatan pelbagai pihak ketika berusaha menyampaikan amanat dan sesuatu buah fikiran. Puisi menjadi bahan jajaan di mana juga apabila ramai orang memilih genre ini termasuklah para pemimpin besar negara. Ini dilihat secara positif memberi tangga terbaik kepada puisi dan para penyair khususnya. Paling tidak puisi telah berada di pasaran pilihan rakyat. Namun demikian harga puisi semakin murah kerana mudah dibaca, dibaca tidak seperti sebenarnya sesebuah puisi itu harus dilakukan. Nilai seninya hilang hingga kepada makna yang tersirat telah tidak diambil penting.

Tentu saja setiap orang yang bergelar penyair berasa bangga dan menghargai semangat yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin yang dimulai ketika itu oleh (Tun) Dr. Mahathir Mohamad, selepas itu puisi bagai 'buah-buah yang dipetik' tanpa mengira ranum atau tidak, sesuai untuk dikunyah atau tidak, lazat atau masam menjadi tidak penting. Mereka mesti ikut slogan ini: Kepimpinan Melalui Teladan. Ketua buat, semua orang kena jadikannya sebagai contoh dan ikutan.

Mudah-mudahan kehebatan puisi terus mendapat tempat di hati setiap orang meskipun akhirnya bait-bait puisi itu akan disimpan di almari-almari, atau dirak-rak buku, dipamer dan dijadi hiasan perpustakaan. Ia menjadi suatu keresahan seperti tulis sahabat saya Ammy Manja:

Dalam diam resah sendiri
Mengenang akan belakang hari
Meniti masa silih berganti
Terasingkah aku di bilik sepi?
(Harian Ekspres - 15 Jun 2008, M/surat 5)

Puisi Ammy berjudul 'Resah Puisi' menjelaskan tanggapan yang jujur dan benar betapa puisi boleh menjadi 'Kitab Lama', diperlukan bila tiba masanya. Ini akui Ammy Manja:

Lalu aku diletak
Di merata rak khalayak
Tak ramai yag menyebak
Meski seringkali tampak.

Inilah realitinya puisi, cetusan rahsia rasa yang bermula daripada kesunyian yang terbentuk daripada naluri dan perasaan yang tidak mungkin mampu dibaca orang lain. Anugerah Ilahi kepada para penyair yang besar citra fikirnya dan mampu menterjemah hiruk pikuk kehidupan dari yang rumit hinggalah kepada seagung kehidupan. Daya mampu kepekaannya sering menjadi panduan bagai 'cahaya yang menembusi gelap pekat malam', bagai 'lilin yang membakar dirinya', bagai 'mata batin yang membuka setiap pedih kegusaran'.

Saya begitu tersentuh membaca bait-bait indah karya Ammy Manja, penyair kelahiran Beaufort ini. Puisi seperti mengumpul keperluan-keperluan yang sedang mengalir ke muara makna iaitu penghakiman yang jujur terhadap kearifan para penyair menyampaikan isu atau isi yang tersirat. Memang tidak semudah yang disangka, seperti ketika kita membuat baju untuk dipakai ramai orang. Atau membuat rumah untuk dihuni ahli keluarga. Bezanya hanyalah sejauh mana cara kita memakainya atau menghuni. Apakah penilaian kita terhadap intipati yang ada di sebalik yang 'ada' itu. Apakah penciptanya pernah terlahir dalam mata fikir. Penanam kapas yang gigih, penenun kain yang tekun atau pereka dan penjahit pakaian yang hebat. Begitu juga pemotong kayu yang jauh di belantara sana, para pekerja kilang simen dan seterusnya pereka bangunan, para buruh yang membangunkan rumah, para pekerja yang mengurus jual beli dan sebagainya lagi. Apkah penilaian kita terhadap semua ini. Demikianlah puisi. Biarpun jurangnya tetap ada, secara roh dan materi. Sejauh mana puisi itu diperhati, selepas dibaca dan dihayati. Sesungguhnya harga puisi tetap hebat dan secara bermaruah harga puisi ialah nilai yang menjati diri di sebalik makna diksi-diksi yang diadun.

Begitulah tanggapan saya, resah puisi resah penyair tetap sama dan sebati menyatu. Saya akhiri tulisan ini dengan petikan ini:

Aku mula percaya
apabila puisi menjadi buku-buku bacaan
yang tak laku di pasaran
tapi puisi tetap kuagungi
rahsia rasa menyimpan maknanya
dalam bahasa indah
lembut ketika diungkapkan
mesra apabila didengarkan
menusuk merdu mengharu
kerana pisi bukan untuk dikomoditikan
di pasar lelong buku-buku tak laku.

('Harga Puisi' dalam Menginai Badai, M/Surat 72-73)


Tiada ulasan: