Rabu, November 13, 2024

PERJALANAN HADIAH PUISI K.BALI 2023/2024

Ikatan Penulis Sabah (IPS) mengambil inisiatif memperkasakan khazanah sastera melalui penulisan puisi yang bermutu tinggi menerusi penganjuran peraduan yang dijenamakan sebagai HADIAH PUISI K. BALI. Hadiah penulisan ini mengambil nama sasterawan tersohor yang memberikan banyak sumbangan kepada perkembangan sastera di Sabah, iaitu Allahyarham K. Bali.

Inisiatif ini merupakan sebahagian sasaran besar projek Puisi Adalah... di samping memperbanyak penerbitan buku-buku sastera di Negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

Poster Mini Pemakluman Hadiah Puisi K.Bali

SERBA SEDIKIT MENGENAI K.BALI
Ada pihak berkata, K.Bali sasterawan yang terbuang. Benarkah? Bagi kami anak-anak didiknya tidak berfikiran demikian. Beliau sosok seniman sasterawan yang sentiasa diingati dan kenang. Jasanya sangat besar dan tersendiri.
DBP di Sabah meletakkan ketokohan ini dengan menampilkannya dalam pelbagai program. Pada saya, bapak K.Bali telah mengasuh saya sebagai penulis ysng istiqomah, gigih, berani dan rajin. Begitu yang ia miliki. Penampilan yang sangat sederhana, mengurus karya-karya eceran surat khabar. Menyimpan karya-karya yang tidak tersiar. Dia pilih lagi mana-mana yang sesuai. Satu hari bapak menemui saya untuk membantunya mencetak secara stensilan. Maka tampillah karya-karya (puisi) yang jika dibiarkan akhirnya dimakan debu atau semut putih atau dibuang begitu sahaja.
Di Sabah dia tidak terbiar. Papan tanda kedainya di Tanjung Aru masih ada sampai sekarang. Buku memorialnya juga diterbitkan setelah dia menjadi penulis tamu DBP Sabah. Buku-bukunya juga telah diterbitkan oleh DBP dan IPS .
Bahkan IPS menjenamakan salah satu hadiah penulis sempena mengenang nama yang unik itu. Malah ke ranah lebih besar, IPS meletakkan nama itu untuk sebuah peraduan penulisan kreatif di peringkat Asean. Hadiah Puisi K.Bali yang sedang berjalan proses penjurian, kami fikir antara penghormatan yang wajar buat tokoh ini.
K.Bali bukan terbuang, suka disebutkan sekali lagi bahawa kami sangat penyanjunginya. Dia dikatakan terbuang mungkin kerana tidak diberikan gelaran kebesaran negara dan negeri (walaupun ada) Sasterawan Negara atau Sasterawan Negeri atau dicalonkan anugerah-anugerah berprestij yang lain seperti augerah sastera Asia Tenggara dan seumpamanya. Anugerah tidak diberi bukan bermakna wujud maksud terbuang. Ada cara lain seseorang itu dihargai. Kamu berfikiran agak lain.


SELEPAS PENYERTAAN DITUTUP
IPS sebagai peneraju utama peraduan ini ingin menyatakan rasa penghargaan serta terima kasih kepada semua pihak yang mengambil perhatian terhadap projek ‘PUSI ADALAH…’ ini. Alhamdulillah setelah melepasi enam bulan sejak bulan Oktober tahun lalu semasa diumumkan di Kota Marudu Sabah oleh Ketua Satu IPS, Al Fadhil Ustaz Awang Abdul Muizz Awang Marusin, pihak panatia telah menerima 44 naskhah manuskrip para penyair dari Malaysia dan Indonesia.
Bukan senang mengumpul karya yang memerlukan komitmen berkarya tetapi bagi yang sentiasa ada karyanya insyaAllah mampu ditekuni. Kami percaya masing-masing penyair memiliki pengalaman proses masing-masing.
Diharap para peserta yang terlibat bersabar untuk mengetahui pemenang peraduan ini. Kami akan melaku beberapa siri pemakluman naskhah yang berjaya melepasi penilaian awal, tengah dan akhir.

Senarai 44 Naskhah Manuskrip Hadiah Puisi K.Bali


Carta Penjurian Naskhah Hadiah Puisi K.Bali


6 buku Finalis Hadiah Puisi K.Bali




Tiada ulasan: