Oleh Hasyuda Abadi
MUKADIMAH
AMMI MANJA, nama pena kepada Abdul Manaf Kamarudin, lahir dan dibesarkan di Kampung Melabau, Beaufort, Sabah. Ammi Manja adalah antara penulis anak jati daerah Beaufort yang sangat prolifik menulis karya kreatif. Selain puisi dan cerpen, genre drama khususnya radio, nama Ammi Manja sangat dominan dalam kalangan penulis genre ini di Sabah. Namun demikian kehadiran Ammi Manja dalam dunia persuratan di Sabah dan Malaysia amnya menonjol dalam genre puisi. Ini dibuktikan apabila beliau pernah menerima warkah penghargaan daripada Kerajaan Negeri Sabah sempena Malam Tinta Emas pada 8 Mei 2008. Puisi-puisinya turut pernah meraih Hadiah Sastera Sabah 2006/2007 dan 2008.Beliau telah beberapa kali memenangi Sayembara Menulis Puisi Ramadan anjuran Ikatan Penulis Sabah (IPS).
Sehingga kini beliau telah menghasilkan
lebih 300 buah puisi, 40 buah cerpen, 40 buah skrip drama radio. Sebuah drama
pentas berjudul ‘Sebuah Perjuangan’ hasil karya beliau telah dimuatkan di dalam
teks KOMSAS bertajuk ‘Harga Sebuah Lukisan’ untuk pelajar Tingkatan 3 mulai
tahun 2012 sehingga tahun 2017.
Karya-karya beliau tersiar di dalam
akhbar tempatan, majalah dan media massa di Sabah, Sarawak dan Brunei
Darussalam. Karya-karya beliau juga termuat dalam antologi bersama, antaranya Meniti
Sinar (Cerpen 1997), Eh Anak Perwira (Cerpen 1997), Kemarau
Semusim (Drama Pentas (1999), Mimpi Helang (Puisi 1999),Jurnal
Puisi IPS (Puisi 1997), Mujaddid (Puisi 1997), Teluk Persalaman
(Puisi 2001), Nyanyian Iman (Puisi 2004), Kasmaran (Puisi 2005),
Syair Nabalu (Syair 2007), Di Sebalik Cermin (Puisi, Cerpen, Drama
Pentas 2008), Aki Sompoton (Cerpen 2008), Senja Merah (Puisi
2008), Naungan Waktu (Puisi 2010), Kumpulan Puisi Persendirian
Bagandang (Puisi, 2010), Kembali Bersinar (Cerpen 2011), dan Kumpulan
Drama Radio di Sebalik Sebuah Perjuangan (Drama Radio, 2021).
Kumpulan Puisi ‘Bagandang’[1] adalah
himpunan puisi-puisi karya penyair Ammi Manja. Buku ini mengandungi 109 buah
puisi merupakan karya-karya terbaiknya sepanjang penglibatannya dalam bidang
penulisan puisi.
Dalam makalah ini, penulis akan mengupas puisi-puisi
terpilih untuk memperlihatkan kekuatan Ammi Manja dalam menggarap
persoalan-persoalan kehidupan pada mata fikirnya. Berdasarkan keyakinannya
kepada diksi-diksi khas mewakili fikiran dan emosinya, puisi-puisi ini kelak
membongkar hal-hal besar meskipun hanya berdasarkan peristiwa-peristiwa biasa.
Bagaimanakah Ammi Manja terpesona untuk menulis karya
kreatif? Beliau hanya berkata kerana terlalu meminati bidang ini. Rupanya
maksud meminati dunia sastera khususnya puisi, sebenarnya menyimpan
harapan-harapan agar kata-kata tersebut dapat disajikan beberapa persoalan dan
jawapan yang baharu. Semakin jauh ia menerokai jalan-jalan sunyi puisi
memandunya untuk lebih berani berbicara.
Dr.Sapardi
Djoko Damono dalam sebuah bengkel puisi Mastera di Jakarta sedikit masa dahulu,
mengatakan bahawa kata-kata adalah segala-galanya dalam puisi. Menurut penyair
Inggeris, Marjorie Boulton (1975), unsur-unsur pembentuk puisi dapat dilihat
dari dua segi iaitu bentuk fizikal dan bentuk mental. Bentuk fizikal itu
meliputi tipografi, diksi, irama, intonasi, enjambemen perulangan dan berbagai
peringkat gaya bahasa yang lain, sementara bentuk mental meliputi tema,
asosiasi, simbol, pencitraan, dan emosi.
Pembahasan
atas setiap unsur-unsur dalam puisi adalah hal yang sangat rumit terutama saat
kita tidak melihatnya dalam kaitannya dengan unsur-unsur yang lain, kerana
sebuah puisi merupakan sebuah 'keseluruhan yang unikum', akan tetapi kesedaran
seorang penyair atas keberadaan kata sebagai unsur yang paling utama dalam
penulisannya akan membantu diri si penyair dalam memahami keperluan dari proses
kreatif penulisan puisi itu sendiri, sekali pun tentu saja seorang penyair
dituntut pula memiliki pemahaman yang sama mendalamnya atas unsur-unsur puisi
yang lain sehingga ia mampu melahirkan puisi yang bagus dan berhasil.
Kata-kata
dalam puisi adalah kata-kata yang sama sekali berbeza dengan teks dalam genre
yang lain. Kata-kata dalam puisi memiliki peranan sangat penting kerana ia
tidak saja harus mampu menyampaikan gagasan, tetapi juga dituntut untuk mampu
menggambarkan imaji penyair dan memberikan impresi ke dalam diri pembacanya,
sebab itu kata-kata dalam puisi lebih mengutamakan intuisi, imajinasi, dan
sintesis sebagaimana dapat kita lihat daripada pendekatan puisi itu sendiri
bertitik tolak dari bentuk organik puisi seperti menurut Herbert Read[2] (1893–1968)
yang menyatakan bahawa puisi adalah ‘predominantly
intuitive, imaginative, and synthetic’ sementara pilihan kata-kata dalam
prosa lebih mengedepankan logika, bersifat konstruktif dan analitis.
Sebuah puisi Ammi Manja, Penyair, telah membuka
mata fikirnya dengan persoalan ‘mampukan penyair menjadi cermin di balai
kehidupan?’ ketika ia menyatakan bahawa penyair digambarkan sebagai
individu yang seringkali menyampaikan keyakinan melalui frasa-frasa puitis dan
simbolik. Meskipun kata-katanya mendalam dan penuh makna, realiti kehidupannya
tidak sepadan dengan pencitraan tersebut. Pertanyaan itu menyinggung tentang
kemampuan penyair untuk merefleksikan dan menyamaikan realiti kehidupan yang
sejati melalui karya mereka. Apakah puisi dapat berfungsi sebagai cermin
kejujuran bagi kehidupan atau sekadar ilusi yang menutupi kekurangan dan
ketidakpastian mereka sendiri.
Penyair sering kali menugal keyakinan
lewat frasa nan puitis
berkias simbolik penuh makna menggores
walhal hakikatnya
penyair juga masing terkatung-katung
di tengah-tengah samudera kehidupan tanpa horizon
tercari-cari pulau kemantapan pergelutan
bersuara dengan alun kata-kata
atau secuma mahu mengonsi ceritera luka
hidupan kendiri.
(Penyair,
dalam ‘Bagandang’ M/surat 15)
Nilai estetika
kata dalam puisi biasanya merujuk kepada intuisi atau kepekaan dan pengalaman
puitik seorang penyair sehingga mampu menciptakan pengertian kata dalam
dimensinya yang baharu, yang lebih segar dan hidup. Dimensi dalam perspektif
yang lebih luas dari makna kata-kata itu sendiri dalam kandungan pengertiannya
yang lama. Nilai kata-kata dalam puisi haruslah fleksibel atau lentur dalam
erti kata lain tidak semata–mata mengacu pada pengertian leksikon yang baku,
tapi terlebih lagi mampu mewujudkan imaji puitis penyairnya.
Seorang
penyair yang baik akan memusatkan perhatian sepenuhnya pada pilihan kata-kata
untuk menyampaikan pengalaman puitiknya agar tidak terjebak kepada kitsch, slogan, protes, esei atau bahkan
prosa. Di dalam puisi, kata tidak lagi berfungsi sebagai alat komunikasi semata
tetapi sesungguhnya merupakan lagu penggambaran jiwa penyair sebagai sebuah
peribadi yang utuh. Tatkala berhadapan dengan puisi kita tidak lagi berasosiasi
dengan kalimat, tetapi jestru kepada pemikiran, pengalaman, emosi dan cinta.
Oleh
kerana itu puisi yang baik tidak tampil sebagai sebuah realiti harafiah, ia
harus mengandung misteri, terselubung oleh kabut tipis yang ghaib tapi tidak
sepenuhnya gelap atau pelik, harus ada setitik cahaya yang menghantarkan kita
kepada pemaknaan, lentik api itu harus terbit untuk merangsang pemikiran dan
mampu menggugah perasaan. Kata-kata dalam puisi dipilih untuk menggugah rasa
keindahan dan sekaligus harus mengandung kejujuran, kerana kejujuran adalah
elemen penting dalam setiap karya sastera yang bermutu.
AMANAT KEPADA BANGSA (M/surat 38-39)
Bangsaku, ini persada damai
yang kita punya
di atas, bulan memercik sinar menyimbah sejahtera
di bawah, laman tiada kerikil atau serpihan kaca
kita bisa berkejaran sebebasnya
celikkah mata fikir menterjemah sejuta makna?
Segala-galanya betapa bertuah
segala-galanya betapa terpelihara
bagaikan inderaloka berumpunlam pohon warga
bertunjangkan akar tegar melilit bangsa
Bangsaku, bangunkan langkah siaga setiap masa
hunuskan keris was kita setiap Ketika
tanah ini adalah Mutiara martabah bangsa
terjajah semula berputih mata.
Mari kita imbas zaman gerhana bulan menyerkup
persada damai ini
berhembusan keringat akal bijaksana para kepala
mencucuhkan obor perjuangan waja
tanpa menumpahkan setitis darah anak bangsa
kita mencecap Merdeka!
Bangsaku, pacakkkan amanat ini di dada terbuka
usah sekali alpa pad anugerah
hargai dan junjunglah keringat yang bercucuran
demi kemakmuran ini
percikan minda dan lelah
demi kemederkaan ini.
Di hamparan makmur persada indah
pulaukan sejauh-jauhnya waham sesama bangsa
tancapkan pilar perpaduan sesame warga
eratkan dengan ukhuwah sejiwa
takkan berani petualang mengocak angkara
andai anak-anak bangsa sudah hafal Sejarah
memartabatkan watannya di persada gah.
Puisi
ini menggambarkan rasa cinta dan kebanggaan terhadap tanah air serta seruan
untuk mempertahankan kemerdekaan dan perpaduan bangsa. Terdapat beberapa tema
utama yang diketengahkan dalam puisi ini:
1. Kedamaian dan Kemakmuran:
Penyair menggambarkan tanah air sebagai tempat yang damai dan makmur, di mana
rakyat dapat hidup dengan bebas tanpa gangguan.
2. Penghargaan terhadap
Kemerdekaan:Terdapat penekanan terhadap pentingnya menghargai kemerdekaan yang
telah dicapai melalui perjuangan nenek moyang.
3. Perpaduan dan
Ukhuwah:Penyair menyeru kepada perpaduan dan persaudaraan sesama rakyat untuk
memastikan keamanan dan kestabilan negara.
4. Kewaspadaan dan Pertahanan:
Penyair mengingatkan tentang pentingnya sentiasa bersiap sedia untuk
mempertahankan tanah air dari ancaman penjajahan semula.
Puisi
ini adalah seruan patriotik kepada rakyat untuk menghargai dan mempertahankan
kemerdekaan, serta mengekalkan perpaduan dan keharmonian di tanah air. Penyair
menggunakan bahasa yang indah dan penuh makna untuk menyampaikan pesan-pesan
penting ini, menjadikan puisi ini sebagai karya yang menggugah semangat
kebangsaan dan kesedaran tentang pentingnya mempertahankan kemerdekaan dan
perpaduan.
PESAN KEPADA POHON WAKTU
(M/surat 58)
Setelah
berkurun mengulum kata
membersit
jua bicara getir
dari
hujung lidahnya
“Aku
semakin renta dan uzur
daun-daunku
telah banyak yang gugur
ranting-rantingku
telah ada yang menjadi ranggas
dan
akar tunjangku juga semakin longgar
meniti
batas kurun demi kurun beredar
hanya
menanti ketika
untuk tumbang.
Jikalau
tamsil seorang tualang
aku
kian hamper menemukan mukim asalku
maka,
manfaatkanlah sisa hayatku ini
dengan
sebaiknya
memetik
buah buat bekal
mengisi
keranjang diri”
Puisi
"Pesan kepada Pohon Waktu" menggunakan metafora pokok untuk menggambarkan
perjalanan kehidupan dan kematian. Pokok yang semakin tua mencerminkan proses
penuaan manusia, dengan daun yang gugur sebagai simbol kehilangan kekuatan dan
kecergasan. Cawangan yang menjadi daun dan akar penyokong yang menjadi lebih
longgar menunjukkan penurunan keadaan fizikal dan mental dari semasa ke semasa.
Pokok
itu menyedari bahawa masanya di bumi hampir tamat, dan ini dinyatakan oleh
kenyataan bahawa ia sedang menunggu untuk jatuh. Pokok ini juga mengingatkan
kita bahawa kita mesti memanfaatkan sisa hidup kita dengan sebaik-baiknya,
seperti memetik buah untuk bekalan dan mengisi bakul. Ini adalah pesanan untuk
menjalani kehidupan dengan bijak, menggunakan masa yang tinggal dengan perkara
yang berguna dan bermakna.
Puisi ini menyampaikan mesej tentang
kepentingan menghargai masa dan menjalani kehidupan dengan penuh bermakna
sebelum masa kita habis. Penggunaan bahasa yang indah dan metafora yang kuat
menjadikan puisi ini menyentuh dan merenung.
PESAN DUDA KEPADA BUJANG
(M/surat 102)
Kalau
kau ingin membangunkan mahligai
memulakan
kehidupan berkeluarga
pilihlah
pasangan yang teguh kesetiaannya
bukan tertawan
pada jelita wajah saja.
Sebuah
bangunan perkahwinan adalah mahligai kebahagiaan
kesilapanmu
akan menghura-harakan fikiran
menghimpunkan
beban
meletuskan
perbalahan.
Segalanya
terpulang
aku
sekadar ingin menyumbang
agar
nasibku tidak berulang
jadikan
cermin timbang-menimbang.
Puisi
“Pesan Duda Kepada Bujang” memuatkan nasihat-nasihat bijak daripada seorang
yang berpengalaman (duda) kepada yang belum berkahwin (bujang). Nasihat ini
memberi tumpuan kepada kepentingan memilih pasangan hidup yang setia, bukan
hanya berdasarkan kecantikan fizikal semata-mata.
Puisi ini menekankan bahawa dalam
membina keluarga, kesetiaan adalah kunci utama. Wajah yang cantik tidak
sepatutnya menjadi alasan utama untuk memilih pasangan. Perkahwinan diibaratkan seperti ‘bangunan’
bermakna perkahwinan yang diharapkan membawa kebahagiaan. Walau bagaimanapun,
kesilapan dalam memilih pasangan boleh mengakibatkan pemikiran keliru, beban
mental dan konflik.
Penyair
bercakap berdasarkan pengalamannya, memberi nasihat agar orang lain tidak
mengulangi kesilapan yang sama. Pengalaman peribadi penyair dijadikan cermin
untuk menimbang keputusan yang akan diambil.
PESAN JANDA KEPADA DARA
(M/Surat 103)
Kalau
kau ingin mengubah statusmu
memulakan
sebuah pelayaran baru
pilihlah
nakhoda yang arif mengenal tuju
utuh melawan
gelora dan deru.
Sebuah
pelayaran adalah perjalanan jauh
kesilapanmu akan melonggokkan jenuh
mencetuskan keluh
meledakkan keruh.
Segala
terserh
aku
hanya ingin menghebah
dari
kisah diri yang terkena
menjadi
teladan nan berguna,
Puisi
“Pesan Janda Kepada Dara” memberikan nasihat daripada seorang janda kepada
seorang wanita muda (dara) yang ingin memulakan perjalanan hidup baharu melalui
perkahwinan. Penggunaan metafora ‘pelayaran’ untuk menggambarkan perkahwinan
dan kehidupan keluarga memberikan gambaran yang kaya dan bermakna.
Pembukaan
puisi menekankan kepentingan memilih pasangan hidup yang bijak dan mempunyai
matlamat yang jelas. Pasangan yang boleh menghadapi cabaran dan kesukaran
dengan kekuatan dan ketabahan adalah sangat penting untuk kejayaan sesebuah
perkahwinan.
Perkahwinan
diibaratkan seperti perjalanan jauh yang penuh dengan rintangan. Kesilapan
dalam memilih pasangan boleh menyebabkan kebosanan, keluhan dan konflik yang
tidak berkesudahan.
Mesej
tentang kepentingan memilih pasangan yang betul dan belajar daripada pengalaman
orang lain adalah kuat dan relevan. Puisi ini menawarkan nasihat bijak yang
boleh diambil oleh pembaca, terutamanya mereka yang mempertimbangkan
perkahwinan.
PESAN KARYA KEPADA PENYAIR
(M/Surat 110)
Andai
kau ingin mendirikan cerita
memulakan
pertukangan kata-kata
pilihlah
abjad yang retorik menyarat makna
bukan
bahasa rangkaian auta.
Sebuah
hasil seni adalah teladan kehidupan ini
kesilapanmu
akan mendinginkan sambutan
menyajikan
kehampaan
memudarkan
harapan.
Segala-galanya
atas perkiraan fikiran
aku
cuma ingin mengingatkan
supaya
diriku tidak di pinggiran
julangan
agung bukan khayalan.
Puisi
"Pesan Karya Kepada Penyair" menyampaikan nasihat dari perspektif
karya seni kepada penyair. Puisi ini menekankan kepentingan integriti dan
kedalaman dalam mencipta karya sastera.
Puisi
ini mengingatkan penyair agar memilih perkataan yang penuh makna dan retorik,
bukan sekadar rangkaian kata kosong atau auta (penipuan). Karya yang tulen dan
bermakna akan lebih dihargai.
Karya
seni diibaratkan sebagai cerminan kehidupan. Kesilapan dalam mencipta karya
boleh mengakibatkan penerimaan dingin daripada pembaca, menimbulkan kekosongan,
dan mengurangkan jangkaan tentang mesej yang ingin anda sampaikan. Penyair
diingatkan bahawa kejayaan karya mereka bergantung kepada kedalaman pemikiran
dan integriti dalam karya. Kerja yang hebat bukanlah hasil imaginasi
semata-mata, tetapi usaha dan pemikiran yang matang. Puisi ini juga menawarkan nasihat yang mendalam tentang
kepentingan integriti dan makna dalam karya sastera. Ini adalah peringatan yang
kuat kepada penyair agar sentiasa memerhatikan mutu karya mereka.
Puisi
ini menekankan kepentingan keaslian dan kedalaman dalam karya, mengingatkan
penyair bahawa karya yang dihayati adalah karya yang sarat dengan pemikiran dan
makna, bukan sekadar rangkaian kata-kata kosong.
PESAN
UJANA KEPADA RAMA-RAMA (M/Surat 111)
Kau
muncul di ujana sunyi
dengan
semerbak mesra meriakan
menyinar
laman wajah.
Kau
silau sukma
dengan
seni dondon mempesona
mengembang
benih kasmaran.
Kau
terbang ke taman baru
dengan
sisa kenangan menghiris kalbu
mencantas
seluruh harapan zakiahku,
Kini,
kalau kau singgah kembali
dengan
gemilap warna-warni
warna
pengalaman telah kumiliki
melengkungi
gapura diri.
Puisi
"Pesan Ujana Kepada Rama-Rama" menggambarkan hubungan antara sebuah
tempat yang sunyi (ujana) dan rama-rama (kupu-kupu) yang memberikan warna dan
kehidupan. Namun, ada juga rasa kehilangan dan harapan yang muncul ketika
rama-rama itu pergi dan kembali.
Kehadiran
rama-rama di ujana sunyi memberikan semerbak mesra dan menyinari wajah laman.
Rama-rama ini diibaratkan sebagai sumber kebahagiaan dan keindahan yang membawa
seni dan pesona. Rama-rama mengembangkan benih kasmaran (cinta) di hati ujana,
namun kemudian terbang ke taman baru, meninggalkan kenangan yang menghiris
kalbu dan mencantas harapan.
Ketika
rama-rama kembali dengan warna-warni baru, ujana menyatakan bahawa ia telah
memiliki pengalaman yang melengkungi gapura diri. Ini menunjukkan pertumbuhan
dan pembelajaran dari pengalaman masa lalu.
Penggunaan
metafora seperti rama-rama yang membawa semerbak mesra dan seni dondon
memberikan gambaran yang jelas tentang keindahan dan pengaruhnya terhadap
ujana. Ini berhasil menyampaikan emosi yang mendalam, mulai dari kebahagiaan,
cinta, kehilangan, hingga harapan dan pembelajaran.
Pesan
tentang pengalaman dan pertumbuhan sangat kuat dalam puisi ini. Ujana yang
awalnya terluka oleh kepergian rama-rama kini telah belajar dan siap menyambut
kembali dengan pemahaman yang lebih dalam.
PESAN PENGUNDI KEPADA
CALON (M/Surat 115)
Andai kau telah menjadi
pilihan rakyat
memulakan kehidupan
sebagai yang berhormat
ingatlah penyokongmu
yang setia dan taat
kenangi janji pikul
tanggungjawab.
Sebuah kemenangan
adalah hasil perjuangan
kesilapan akan
mensesiakan pengharapan
mencairkan kepercayaan
meleraikan kesetiaan.
Segala-galanya berada
di kepala
aku hanya mencanangkan
saja
besar alpa akan binasa
kecil bersatu akan
perkasa.
Puisi
ini menekankan bahawa pemimpin harus mengingat janji-janjinya dan bertanggung
jawab atas kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.Kesilapan oleh pemimpin dapat menghancurkan harapan,
kepercayaan, dan kesetiaan rakyat. Kewaspadaan sangat penting dalam
kepemimpinan. Kelalaian besar membawa kehancuran, sedangkan persatuan, walaupun
kecil, dapat membawa kekuatan.
Puisi
ini adalah nasihat kepada calon pemimpin untuk menjalankan tugas dengan
bertanggung jawab, menjaga kepercayaan rakyat, dan pentingnya perpaduan serta
kewaspadaan dalam memimpin. Puisi ini juga menyoroti pentingnya pemimpin yang
bertanggung jawab dan berhati-hati dalam tindakannya untuk menjaga kepercayaan
dan kesetiaan rakyat.
PESAN
NELAYAN (M/Surat 124)
Kita
jangan cuba bermimpi
Bermain
gara-gara
Di
lautan tenang ini
Mencorak
ombak sengketa
Dari
riak wasangka
Yang
kabur warnanya.
Bukalah
jendela akal
Teguklah
rasa iktibar
Saat
menyelami rupa
Lautan
bergelora ini
Jeritan
nelayannya berkaparan
Dan
berterbangan di mana-mana.
Dari
atas
Angin
melihat keberantakan
Dengan
wajah selamba.
Puisi
"Pesan Nelayan" menggunakan metafora laut dan nelayan untuk
menyampaikan pesan tentang konflik, kesadaran, dan pembelajaran.
Puisi
ini mengingatkan agar kita tidak bermimpi atau berkhayal tentang menciptakan
konflik (gara-gara) di tengah situasi yang tampak tenang. Konflik ini
diibaratkan sebagai ombak sengketa yang muncul dari riak wasangka (prasangka)
yang kabur dan tidak jelas.
Penyair
mengajak untuk membuka jendela akal dan merasakan iktibar (pengajaran) dari
situasi yang ada. Saat menyelami lautan yang bergelora, kita akan mendengar
jeritan nelayan yang menderita akibat konflik tersebut.
Dari
sudut pandang yang lebih tinggi, angin melihat kekacauan dengan wajah yang
selamba, menunjukkan ketidakpedulian atau ketidakmampuan untuk merasakan
penderitaan yang terjadi di bawahnya. Gaya bahasa personifikasi menggambarkan
angin seolah-olah memiliki mata dan ekspresi wajah. Ini memberikan kesan bahawa
angin adalah saksi tak peduli atas kekacauan yang terjadi.
Penggunaan
metafora lautan, ombak sengketa, riak wasangka, dan jeritan nelayan memberikan
gambaran yang jelas tentang konflik dan penderitaan yang disebabkan oleh
prasangka dan kesalahfahaman. Puisi
ini menyampaikan pesan moral tentang pentingnya kesedaran dan pembelajaran dari
situasi konflik. Dengan membuka jendela akal, kita diajak untuk lebih bijaksana
dan tidak terjebak dalam prasangka yang akan merusak kedamaian. Pengamatan dari angin memberikan
perspektif yang berbeza, menunjukkan bagaimana kekacauan dapat dilihat dengan ketidakpedulian
dari luar. Ini mengajak pembaca untuk lebih peka dan peduli terhadap
penderitaan yang terjadi di sekitar mereka.
SESUDAH
MENYELAMI SUNGAI RESAH (M/surat. 125)
Sesudah
menyelami sungai resah
yang
mengalir di wajah bapa
terapung
aku di permukaan sedar
betapa
kemerdekaan minda anak bangsa
yang
telah dijajah semula
tidak
sepening
memerdekakan
tanah air.
Lalu
kupohon padamu
adik-adikku
jangan
lagi meminta bapa
memulakan
perjuangan baharu
lihatlah
kulit kudratmu.
Ayuh kita
berkebun
di tanah
kemerdekaan ini
dengan
pohon-pohon akal
berbajakan
iktibar
buah
kebahagiaan
tersaji di
meja kehidupan.
Puisi
"Sesudah Menyelami Sungai Resah" menggambarkan perjuangan generasi
lama dalam mencapai kemerdekaan dan mengakui bahawa kemerdekaan minda anak
bangsa adalah cabaran yang lebih besar. Penyair menggunakan metafora
"sungai resah" untuk melambangkan kegelisahan dan "wajah
bapa" sebagai simbol generasi terdahulu yang telah berjuang. Melalui
seruan kepada generasi muda, penyair menekankan pentingnya mereka mengambil
tanggung jawab untuk membangun negara dengan ilmu dan kebijaksanaan,
digambarkan melalui metafora pertanian seperti "berkebun di tanah
kemerdekaan" dengan "pohon-pohon akal" dan "berbajakan
iktibar." Puisi ini menyeru kepada usaha bersama untuk mencapai
kebahagiaan sejati, mengingatkan bahawa perjuangan membebaskan pemikiran adalah
esensi dari kemerdekaan yang sebenarnya.
IMBASAN
Anggapan
bahawa esensi puisi adalah tema atau gagasan dan bukannya kata menjadi gugur
dengan sendirinya manakala kita melihat kenyataan bahawa puisi bukan semata
kerja intelektual tapi lebih merupakan kerja seni, sebagaimana contoh yang
pernah dikemukakan oleh Dr. Sapardi Djoko Damono bahawa seorang cendekiawan
dengan segudang idea belum tentu dapat dengan mudah menulis sebuah puisi yang
bagus dan berhasil. Bagi penyair seharusnyalah puisi merupakan sebuah proses
pencarian, iaitu sebuah proses mencuba terus menerus dalam usahanya untuk
menakluk kata.
Setiap
penyair yang baik pasti memiliki arah dan punya obsesi tertentu dalam berkarya
di mana ia dengan setia dituntut terus menerus mengunyah kata demi kata untuk
mencapai kesempurnaan estetikanya, sekali pun proses itu harus ia lalui
berulang kali dengan susah payah. Mengolah gagasan yang sama terus menerus
merupakan bentuk obsesi, kerana kata-kata boleh diciptakan kembali lewat sekian
banyak pendekatan atau diproses kembali melalui segala aspek kreatif untuk
mencapai sebuah impresi yang baru dan lebih segar dengan gaya pengucapan yang
lebih bernas. Oleh kerana itu seorang penyair yang baik pada hakikatnya tidak
pernah berhenti bereksperimen kerana setiap bentuk percubaan penulisan
pengalaman dan perenungan ke dalam puisi adalah upaya untuk memperoleh jawapan
daripada kegelisahan puitik seorang penyair untuk menemukan kata-kata yang
tepat mewakili perasaan dan isi hatinya.
Penyair
Ammi Manja telah melalui semua ini. Setiap kali berkarya bererti mengasah
kreativiti dan salah satu ciri kreativiti adalah mencari, tetapi tugas utama
kreativiti bukan terletak pada usaha mencari itu sendiri melainkan terletak
pada keakraban terhadap apa yang seseorang penyair pakai, garap dan temukan.
Oleh sebab itu sudah seharusnya para penyair mengakrabi kata-kata, atau kalau
perlu memperlakukan kata-kata sebagai seorang kekasih kerana itu merupakan
salah satu bentuk pendekatan yang efektif agar kata-kata dapat tampil hidup
dalam puisi-puisinya. Tema memang selalu saja berulang, seorang penyair sanggup
terus menerus menulis tentang cinta, hidup atau kematian tetapi setiap kali
pula ia mampu menghasilkan puisi yang berbeza sama sekali daripada karya yang
sebelumnya. Hal ini hanya mungkin berlaku bagi seorang penyair yang mahu secara
konsisten berkarya, mengasah kepekaan dan pengalaman puitiknya sehingga setiap
pengalaman, kejadian, mahupun gagasan pemikiran yang paling sederhana sekali
pun dapat ia gubah lewat inspirasi puitik menjadi sebuah puisi yang baik tanpa
merasa perlu kehabisan kosa kata.
Intuisi
di dalam puisi adalah mengacu pada kemampuan karya itu untuk menyatakan
kebenaran yang dapat diterima secara universal, jadi puisi yang baik mutlak
mengandungi nilai-nilai kebenaran universal.
Sementara imajinasi dalam puisi merupakan upaya kreatif untuk memperkuat
kesan suatu pengalaman puitik yang hendak disampaikan oleh seorang penyair.
Dengan kata lain proses penulisan genre ini sepenuhnya harus lahir melalui
sebuah proses kreatif.
PENUTUP
Akhirnya
dapat dirumus bahawa puisi merupakan sebuah sintesis kata-kata. Di dalamnya,
puisi haruslah memiliki keunikan yang tidak langsung mengacu kepada sesuatu
yang diungkapkannya bahkan juga ikut mengangkat pengertian yang luas dan mampu
menimbulkan kesan rasa dan daya anggap yang jauh lebih mendalam.
Puisi-puisi
terpilih karya Ammi Manja dari Kumpulan Puisi ‘Bagandang’ telah diakui melalui
penggunaan bahasa yang indah dan teknik sastera yang teliti. Dengan ini, puisi
dapat menyampaikan nilai murni, membina jati diri bangsa, menggalakkan
kesedaran sosial dan alam sekeliling, serta memberi inspirasi dan motivasi.
Puisi
sebagai sebuah karya seni harus diciptakan dengan kreativiti yang melahirkan
perjalanan jiwa seorang penyair, dan diksi dipilih dari unsur yang dihayati
oleh penyair. Penyair harus dapat menemukan nilai-nilai yang ada dalam
masyarakatnya dan mengangkatkannya menjadi sebuah karya yang sanggup memberi
manfaat bagi kemanusiaan.
Salah
satu jaminan yang penting dalam kreativiti adalah kejujuran penyairnya terhadap
apa yang dia kuasai. Boleh dikatakan bobot sebuah puisi dan juga karya sastera
lainnya adalah untuk mengungkapkan kebenaran universal. Dalam sesebuah puisi,
kebenaran itu terbungkus oleh metafora layaknya sutera tipis yang indah dan
halus motifnya. Di situlah tantangan utama bagi seorang penyair untuk
melahirkan sebuah puisi yang bagus, ia harus melewati sebuah perjuangan kreatif
yang tidak mudah. Perjuangan merangkai kata-kata menjadi suatu kesatuan unikum
yang utuh yang mampu menggelorakan perasaan dan mampu menyentuh kalbu
Semoga
penyair Ammi Manja terus gigih melahirkan karya-karya besar sesuai dengan
pengalaman yang beliau miliki.
RUJUKAN:
Ammi Manja, 2010. Kumpulan
Puisi ‘Bagandang’. Kota Kinabalu: Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.
Ammi Manja, 2021. Kumpulan Drama
Radio ‘Di Sebalik Sebua Perjuangan’’. Kota Kinabalu: Iris Publishing &
Distributors.
Boulton, Marjorie, 1975. The
Anatomy of Poetry. London: Routledge and Keagan Paul
Hamzah Hamdani… dan Jennitah
Noordin, 2004. Biografi Penulis Sabah. Kota Kinabalu: Dewan Bahasa dan
Pustaka Cawangan Sabah.
[1]
Kumpulan Puisi ‘Bagandang’ ditrbitkan pada 2010 oleh Iris Publishing and
Distributors, Kota Kinabalu.
[2] The
Meaning of Art – Herbert Read mengatakan seni sebagai percubaan untuk mencipta sesuatu yang menyenangkan hati kerana perasaan yang menyenangkan hati itu merupakan perasaan yang mengalami keindahan. Oleh itu, sesuatu objek yang dicipta-kan untuk menimbulkan keindahan bukan sahaja bertujuan untuk digunakan tetapi ia bertujuan supaya ke-indahan itu dapat melahirkan rasa dihargai, mengembirakan dan menyenangkan hati.”