
Pertama kali menyertai urusan penjalanan pilihan raya kecil di luar Sabah menjadi satu lagi pengalaman, saya fikir begitu. Walaupun sebelum ini pernah diarah bertugas semasa Pilihan raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak pada tahun 2006, kali ini kelihatannya lebih mencabar. Bertugas mengendalikan pilihan raya tidaklah banyak bezanya kecuali suasana tempat. Namun begitu bagi pilihan raya kecil, suasananya memang hebat kerana tumpuan ramai lebih ke tempat berkenaan.
Saat ini saya berada di Kuala Terengganu dan antara pengalaman yang menarik sepanjang berkhidmat dengan Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR). Pertama, merasai sendiri perihal 'pesta' pilihan raya seperti gembar gembur dalam media. Kedua,

melihat sendiri peperangan saraf menerusi pelbagai saluran pihak parti yang bertanding, seterusnya warna-warni sebuah bandar yang biasa menjadi lebih didekati dan dikenali ramai pihak terutama pekerja-pekerja parti politik serata tanah air. Kadang-kadang saya seperti tidak perlu berada di sini memandangkan keberadaan saya sepatutnya di Sabah tetapi akhirnya semacam penghargaan pula apabila mendapati pilihan raya kecil bakal melalui pelbagai perkara baru, setidak-tidaknya akan menglengkapkan keberadaan saya di jabatan penting ini.
Beberapa perkara baru yang dilalui sepanjang pilihan raya kecil ini ialah penarikan diri Pegawai Pengurus di saat-saat akhir, ini mendapat liputan yang pelbagai di media dan juga persepi orang ramai. Penglibatan
MAFREL juga menjadi tumpuan kepada saya kerana sepanjangan pilihan raya di Sabah, badan ini tidak bergerak seperti mana negeri-negeri di Semenanjung. Semasa pilihan raya umum yang lain, mereka dibenarkan masuk ke pus

at mengundi tetapi kali ini mereka hanya dibenarkan berada di pintu bilik mengundi walaupun kali ini 2 orang
petugas MAFREL diberikan pas kebenaran bagi setiap pusat mengundi.
Jika berada di Kuala Terengganu saat ini memang menarik perhatian. Bukan sahaja pekerja politik dari seluruh negara tetapi anggota polis, salut juga kepada agensi keselamatan itu. Dan kita berharap pilihan raya kecil ini berjalan dengan lebih telus, lebih lancar pengendaliannya sama seperti penghargaan yang diberikan kepada SPR semasa proses
penamaan calon.
Dicatat di Hotel Grand Continental,Kuala Terengganu.