Selasa, Julai 06, 2010

Citra cinta

: ain

telah lebur aku kekasih dalam lebur cinta. sunyi bunyi bagai dini hari yang melarutkan makna menjadi rasa perkasihan yang berulang datang. salju kalbu melestari hadir yang bertahun merungkai rahsia. citra cinta akhirnya terungkap dari rahsia kalbu dan semakin pasti milikmu aku yang abadi.


~ Hasyuda Abadi ~

PPSB di Kem di Bawah Bayu Tuaran



Rakaman fotoku bersama sebahagian wira di Kem Di Bawah Bayu, Tuaran.


Seorang sahabat...

Suatu ketika dahulu, aku mengenali seseorang hingga menjalin ikat persahabatan seperti juga sahabat-sahabatku yang lain. Kami akrab, semuanya sering bersama-sama dalam sebuah perjuangan. Meski kini sebahagian telah memilih jalan sendiri-sendiri tapi hakikatnya kami tetap bersama, setidak-tidaknya ingatan dan kenangan. Masa sudah bukan sekadar sebuah sketsa atau galeri kehidupan tetapi ia lebih daripada itu kerana apa juga yang dilalui telah menjadi sebati dalam sanubari.

Demikian juga dengan seseorang ini, kami bersahabat begitu lama, hingga satu hari kami bertemu di alam rasa yang maha dalam. Dan ia berjalan tidak mudah, malah dalam ketidakmudahan itulah kami menempuhnya dengan sabar dan iktibar.

Akhirnya kusarung sebentuk cincin di jari manisnya!

~ Hasyuda Abadi ~

Detik sebuah sajak

ketika terhenti memikirkan lahir sebuah sajak, kau telah melupakan sesuatu yang berlaku, apakah yang terjadi sebentar tadi akan mengulang peluang menikmati detiknya sebagaimana sebelumnya? tapi kau telah rakam detik yang serupa tamsil yang dinukil dari mata pedang waktu yang mencantas usia. meski telah berlalu peristiwa, kau hanyalah bahagian daripada detik-detik itu termasuklah saat meletakkan titik di hujungmu.

~ Hasyuda Abadi ~