Ahad, Ogos 28, 2022

AGENDA IPS

IPS juga telah menentukan hala tuju dan juga wawasannya berasaskan kepada objektif persatuan. Tumpuan atau sasaran IPS ialah kepada golongan generasi muda yang mempunyai masa depan yang baik dalam bidang penulisan. Di bawah ini disenaraikan lapan agenda utama IPS :-
o Mewujudkan rangkaian pemikir dan pelaksana dalam organisasi melalui pembentukan Majlis Penasihat yang terdiri daripada pakar-pakar tertentu dalam bidang seni, budaya dan sastera.
o Mewujudkan jawatankuasa Urus setia yang bertindak membantu menjaga tempat urusannya dan melaksana semua kegiatannya. Urus Setia terdiri daripada Ahli-ahli Jawatankuasanya sendiri serta Ahli-ahlinya yang dilantik sebagai kakitangan dan sukarelawan bagi membidangi urusan-urusan tertentu dalam IPS.
o Merekayasa semula objektif organisasi agar lebih terarah dalam usaha memandu gerakan sastera di Sabah;
o Melahirkan sasterawan muda yang berkaliber menerusi program-program penataran, latihan, pertandingan penulisan dan sebagainya;
o Membentuk minda sasterawan muda dengan menjadikan bidang penulisan sebagai suatu profesion yang serius;
o Menggerakkan aktiviti sastera secara lebih terarah di samping meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap aktiviti-aktiviti sastera;
o Menjadi penggerak utama aktiviti sastera di Negeri Sabah dan meletakkan peranannya membantu badan-badan yang sedia ada sebagai salah satu pusat sumber rujukan berkaitan sastera tanah air; dan
o Memberi penilaian secara profesional terhadap karya sastera dan sasterawan melalui sebuah institusi yang telah ditubuhkan iaitu Institut Penilaian Sastera (INPES) atau The Registered Trustees of The Literary Evaluation Institute menerusi Amanah Raya Berhad (ARB) dan diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sabah dengan perkenan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah pada 28 November 2001.

Akademi RupHA 28/8/2022

Tiada ulasan: