Rabu, Jun 19, 2024

Menjadikan Kota Kinabalu sebagai kota sastera dunia - sekadar pandangan umum

Untuk menjadi sesuatu yang boleh meletakkan kota ini menjadi kota destinasi sastera mesti ada legasi yang asli dan boleh dipertanggung-jawabkan. Kita perlu sebuah produk unggul yang dimiliki berzaman. Namun jika memperjuangkan produk yang bersifat longgar, tidak dinamik,baru merangkak, bahkan didukung oleh pihak lain. rasanya untuk ke arah kepada kota ilmu, kota sastera atau sebagainya sudah pasti sangat payah.

Sebelum itu barangkali llakukan pelbagai kolokium atau seminar yang. berkaitan mauduk yang memungkinkan persuratan sangat utuh bukan dalam literasi semata-mata tetapi lebih meluas lagi. Kita mesti mempunyai data yang meyakinkan. Kerja-kerja berpasukan juga harus digembelingkan. Destinasi sastera sudah pasti akan terus diusahakan melalui pelbagai prasarana termasuk penglibatan agensi yang banyak. Dan ini sangat pasti memerlukan dana yang besar.

Sebab itu juga dukungan serta sokongan daripada pihak Kerajaan diperlukan. Pengaruh pihat pemerintah menerusi agensi berkaitan juga wajar diperhatikan. Pendek kata, betapa mencabarnys perjuangan ke arah itu walau bagaimanapun jika ada hasrat untuk memperkasakan dunia literasi ini kerja keras yang luar biasa patut dilakukan. Inilah cabaran hebat buat para pendukung dan kita semua yang beriltizam dunia sastera yang lebih hebat. Mungkin menubuhkan sebuah sekritariat khas sebagai agensi pusat yang bertanggungjawab dalam pengendalian program berkaitan lebih berkesan.

Pastinya semua itu perlukan permulaan yang positif. Misalnya menggiatkan masjlis bahasa dan sastera Sabah semula. Majlis ini disokong Kerajaan sepenuhnya bersama penglibatan pertubuhan bukan Kerajaan dan agensi-agensi serta sektor swasta yang berkaitan. Di hujung nota kecil ini ditekankan bahawa tidak mudah untuk membina suatu tamadun yang hebat kecuali ia didukung kebersamaan nawaitu semua yang terlibat.

Meja SNS
RupHA


Tiada ulasan: