Selasa, September 13, 2022

Aktiviti-aktiviti Hasyuda Abadi (3)

TERLIBAT SEBAGAI PANEL HAKIM
SAYEMBARA/PERADUAN DEKLAMASI PUISI DAN PENULISAN KREATIF:


1. Pengadil Deklamasi Sajak sempena Pertandingan Ekspo Pendidikan Pembangunan Murid Peringkat Bahagian Pantai Barat Selatan ada 19 Julai 1997 di Dewan SMK Putatan, Penampang, Sabah.


Anjuran Pejabat Pendidikan Bahagian Pantai Barat Selatan.

2. Hakim Pertandingan Puisi dan Lagu Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Daerah Kota Kinabalu pada 3 Ogos 2000 bertempat di Dewan SM La Salle Kota Kinabalu.
 

Dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu

3.    Panel Penilai Peraduan Puisi Berunsur Islam sempena Mahrajan Sastera Islam Sabah 1425H2004M di Bilik Mesyuarat, DBP Cawangan Sabah pada 6 Julai 2004. 

Anjuran DBP Cawangan Sabah.

4.   Hakim Sayembara Puisi dan Gurindam 2005 Zon Keningau pada 7 Julai 2005 di Dewan Visi, SM Teknik Keningau.

Anjuran Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sabah.

5.  Panel Hakim Peraduan Baca Puisi Pelbagai Kaum Peringkat IPT Ke-5, 2005 (Saringan Peringkat Negeri Sabah) pada 16 Ogos 2005 di Dewan Besar DBP Cawangan Sabah.

Program ini anjuran DBP Kuala Lumpur dan DBP Cawangan Sabah.

6.  Panel Hakim Peraduan Menulis Puisi Berunsur Islam Tahun  2005.

Anjuran DBP Cawangan Sabah.

7.      Panel Hakim Sayembara Menulis Cerpen Peringkat Sekolah Menengah 2005. Cerpen-cerpen yang dimenangi telah dimuatkan dalam sebuah buku antologi cerpen Tangisan Mentari oleh DBP Cawangan Sabah.

Anjuran DBP Cawangan Sabah.

8.  Hakim Pesta Pantun 2005 Peringkat Negeri Sabah pada 4 Oktober 2005 di Kompleks Tabung Haji Sabah, Sembulan, Kota Kinabalu.

Anjuran Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sabah.

9.  Hakim Peraduan Baca Puisi Pelbagai Kaum Peringkat IPT (Awam/Swasta) ke-6 pada 5 September 2006 di Institut Perguruan Kent, Tuaran.

Program ini dianjurkan oleh DBP Cawangan Sabah.

10.  Panel Hakim Sayembara Deklamasi Puisi sempena Karnival Kesenian Islam Kali Ke-2 di Wisma MUIS  pada 21 Julai 2009.

Anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.

11.     Panel Hakim Hadiah Sastera Sabah bagi tahun penilaian 2008/2009.

Anjuran DBP Cawangan Sabah.

12. Hakim Peraduan Menulis Puisi karya Banduan Tahun 2010.

Anjuran DBP Cawangan Sabah dan Jabatan Penjara Pusat Kota Kinabalu.

13.   Hakim Pertandingan Baca Puisi Program Malaysia Negaraku 2017 di Pusat Seni Suria, Kampung Likas, Kota Kinabalu pada 10 September 2017.

Anjuran Pusat Seni Suria dan Persatuan Seni Lukis Visual Sabah.

14. Hakim Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan ke-32 Peringkat Negeri Sabah 2018 di Rumah BAHASA pada 22 September 2018.

Dianjurkan oleh DBP, GAPENA dengan kerjasama BAHASA.

15.  Hakim Pertandingan Deklamasi Sajak - Program Riang Ria Maulidur Rasul Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMS 2018/1440H pada 2 Disember 2018 di UMS.

Dianjurkan oleh Pusat Islam UMS.

16.     Panel Penilai Sayembara Menulis Puisi Islam Mahrajan Persuratan Islam Nusantara Membakut pada 17 April 2019.

Anjuran Mahrajan Persuratan Islam Nusantara Membakut

17.     Pengadil deklamasi puisi dalam Program Karnival Merdeka@Komuniti  pada 7 September 2019.

Anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sabah

18. Pewasit Buku Antologi Puisi Gedung Ilmu Gadang  yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 12 Mac 2020.
 

Anjuran Penerbit UMS

19. Panel Penilai Sayembara Puisi Islam Mahrajan Persuratan Islam Nusantara Membakut pada 10 Julai 2020.

Anjuran Mahrajan Persuratan Islam Nusantara Membakut

20. Panel Penilai Aktivis Susastera Muda Negeri Sabah 2020 sempena Dekad Bahasa Kebangsaan yang diadakan pada bulan Oktober hingga November 2020.


Anjuran DBP Cawangan Sabah.

21.   Panel Hakim Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan ke-35 Peringkat Negeri Sabah pada  17 Julai 2021.

Anjuran GAPENA dengan kerjasama DBP Cawangan Sabah dan BAHASA.

22.   Panel Penilai Sayembara Menulis Cerpen Sempena Hari Malaysia 2021.

Anjuran Ikatan Penulis Sabah (IPS).

23.  Panel Hakim Peraduan Penulisan Puisi bertemakan MALAYSIA pada 9 September 2021 sehingga 30 September 2021.

Anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi (SPARC), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) Kuala Lumpur.

 

24.   Panel Hakim Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan ke-35 Peringkat Negeri Sabah pada  26-27 Ogos 2022.


Anjuran GAPENA dengan kerjasama DBP Cawangan Sabah dan BAHASA.

 

Tiada ulasan: